W🐺:15

540 60 19
                                    

🌙🌙🌙

"Appa nak pergi mana?" Soalku apabila ternampak Appaku keluar dari biliknya dengan berpakaian segak.

"Appa nak jumpa dengan kawan lama appa dekat bandar" beritahunya

"Yeke? Ke appa nak jumpa Omma baru?" Usikku.

"Mana ada..Tak ada perempuan lain yang dapat menggantikan Omma kamu" balas Appaku.

"Uwuu...romantiknya..alangkah bagusnya kalau Hana dapat lelaki macam appa"

Appaku tersengih.

"Appa pergi dulu ye"

"Nae.."

Selepas Appaku pergi, aku kembali duduk di ruang tamu.

Rasa sunyi pulak.

Dari tadi aku tidak nampak batang hidung Hyunjae.

Apalah yang dia buat dalam bilik dia....hmmm....

Ding~Dong~

Aku mengangkat punggungku lalu pergi ke arah pintu.



Aku menjadi beku sebaik sahaja melihat gerangan yang berada di sebalik pintu itu.

Anak mataku mengigil memandang mereka yang kini berdiri di depan rumah aku.

Mereka ialah...

Younghoon, Juyeon dan member mereka yang lain.

Baru sahaja aku ingin menutup pintu, Juyeon terlebih dahulu menghalang aku menutup pintu dengan meletak kakinya di celah pintu.

"Ko-Korang buat apa dekat sini?" Soalku ketakutan.

"Kami nak jumpa Hyunjae" beritahu Younghoon.

"Tak Boleh! Aku tak benarkan korang jumpa Hyunjae!" Kataku lalu menendang kaki Juyeon.

"Argh!"

Apabila Juyeon menarik kakinya, aku terus tutup pintu dan kunci.

Aku menyandarkan tubuhku di pintu. Dadaku naik turun. Pernafasan ku menjadi tidak normal akibat gemuruh dan ketakutan.

"Kenapa ni? Siapa yang datang?" Soal Hyunjae yang baru keluar dari biliknya.

"H-Ha? T-Tak ada sesiapa.." bohongku.

"Ouh yeke. Tapi..saya ada dengar bunyi lonceng tadi" ujar Hyunjae sambil menggaru kepalanya.

"Bunyi loceng? Ada ke? Saya tak dengar pun"

Dahi Hyunjae berkerut.

Baru sahaja Hyunjae nak kembali ke dalam biliknya...

Ding~Dong~

Kedua-dua mata kami membutang luas dan saling pandang antara satu sama lain.

"Oh! Oh! Tu bunyi lonceng!"

"Ma-Mana ada bunyi lonceng. Saya tak dengar pun" bohongku lagi walaupun ianya terlalu jelas.

"Betullah saya dengar bunyi lonceng tadi. Biar saya tengok siapa yang datang" ujarnya lalu pergi ke arah pintu dimana aku sandarkan tubuh aku sekarang.

Aku sedaya upaya untuk menghalangnya tapi kekuatannya tidak mampu aku kawalnya.

Apabila Hyunjae membuka pintu, dia kelihatan sangat terkejut melihat THE BOYZ berada di depan rumahku.

"Lari Hyunjae! Mereka nak bunuh awak" kataku sambil menarik tangan Hyunjae untuk dibawa lari.

Aku tidak dapat menggerakkan sedikit pun tubuh Hyunjae kerana dia terlalu berat buat aku yang cuma bertubuh kecil.

WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now