W🐺:11

529 69 7
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

Laluan menunju ke rumahku sangat gelap.

Memandangkan rumahku berada di hujung perkampungan, jarang kereta kelihatan di laluan itu.

Selepas turun di perhentian bas yang terletak di jalan utama kampung, kami perlu berjalan kaki untuk pulang ke rumah kerana bas tidak dapat memasuki laluan itu.

Nasib baik Hyunjae berada disisi aku  menemani aku pulang.

Kegelapan itu membuatkan aku terpaksa membuka touchlight di telefon aku.

Laluan itu tiada satu pun lampu jalan. Hanya mengharapkan cahaya bulan menerangi laluan itu.

Awan yang menutup bulan menambahkan lagi kegelapan pada malam itu.

Tipulah jika aku tidak takut dengan keadaan gelap itu.

Perjalanan kami hanya menemani bunyi cengkerik.

Kami berdua tidak membuka mulut sejak kami mula berjalan di laluan ini.

Wajah serious Hyunjae yang terpapar sejak kami mula melangkah masuk ke laluan ini, membuatkan aku tertanya-tanya.

Apa yang membuatkan Hyunjae menjadi serious begitu?

Apa yang membuatku bertambah pelik, Hyunjae tidak henti-henti memerhati kawasan disekelilingnya dengan pandangan yang tajam.

Langkahku terhenti apabila Hyunjae tiba-tiba menghentikan langkahnya secara tiba-tiba.

Aku memandang Hyunjae yang merenung ke arah semak yang berada di tepinya.

Aku menjadi takut.

"Hyunjae...wae?" Soalku takut.

Hyunjae memandang aku.

"T-Tak ada apa. Jom kita balik" jawabnya.

Hyunjae memegang tanganku erat lalu bawaku pulang.

Aku sempat menoleh ke arah semak yang Hyunjae renung tadi.

Ada sesuatu ke sebalik semak itu ke?

•••

🌙🌙🌙

Selesai sahaja kami berdua mengalaskan perut kami, kami berdua duduk di ruang tamu dan melayan drama yang dimainkan ketika itu.

Kami berdua khusyuk menontonnya sehingga apabila watak utama di dalam drama itu mula melakukan pergerakan yang tidak menyenangkan aku.

Hero di dalam drama itu berjalan mendekati heroin yang sedang baca buku.

Hero itu duduk di sebelah heroin itu.

Hero itu mengambil buku yang berada di pegangan heroin itu.

Heroin itu terkejut dengan kelakuan hero itu.

Hero itu meluahkan perasaanya pada Heroin itu

Heroin itu terkejut dengan luahan itu lalu mereka pun mendekatkan wajah mereka.

Scene bibir ke bibir itu membuatkan aku mengalihkan pandangan aku ke arah lain.

Sebaik sahaja aku mengalihkan pandangan aku, anak mataku bertemu dengan anak mata Hyunjae yang turut mengalihkan pandangannya dari terus melihat scene itu.

Kejadian mata bertentangan mata itu membuatkan kami berdua kekok.

Terus kami mengalihkan pandangan ke arah lain.

Hyunjae menggosok tengkuknya manakala aku buat-buat seperti tiada apa yang berlaku.

⚡⚡⚡⚡

Suasana yang janggal itu hilang apabila guruh tiba-tiba berbunyi.

Pada masa yang sama bekalan elektrik di rumahku terputus.

Kawasan rumahku menjadi gelap.

Keadaan yang tiba-tiba berlaku itu membuatkan aku terus duduk rapat dengan Hyunjae.

Guruh di langit tidak henti-henti berbunyi. Petir juga tidak henti-henti menyambar.

Hujan yang lebat turun dari langit secara tiba-tiba.

"Hyunjae-ah. Saya takut..." Kataku sambil memegang lengah Hyunjae.

🔥🔥🔥

Terbuntang mataku apabila ada api muncul di atas tangan Hyunjae apabila Hyunjae membuka genggamannya.

Ruang tamu diterangi dengan cahaya api itu.

"E-Eo? Ma-Macam mana awak boleh buat macam tu?" Soalku terkejut.

"Saya sebenarnya memang ada kuasa api" beritahu Hyunjae dengan tenang.

Aku menjadi beku sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan oleh Hyunjae.

Apa lagi yang Hyunjae rahsiakan daripada aku?

Aku tidak sangka serigala jadian mempunyai kuasa api.

Adakah ianya mustahil?

"E-Eoh?" Aku terkejut apabila api yang membara di atas tangan Hyunjae semakin mengecil.

"Ke-Kenapa jadi macam tu?" Soalku.

Wajah Hyunjae kelihatan risau.

"Separuh kuasa saya dah disedut oleh Ratu Serigala hitam. Kuasa saya semakin lemah" beritahu Hyunjae sambil mencuba memarakkan lagi api itu.

Sebanyak mana pun usahanya, api itu tetap menjadi kecil dan akhirnya api itu terpadam.

Keadaan di ruang tamu kembali menjadi gelap.

Aku berasa simpati dengannya.

"Saya ada lilin dekat dapur. Boleh temankan saya pergi ke dapur?"

"Nae.."

Hyunjae mengikut aku ke dapur.

{Hyunjae pov.}

Sementara aku menunggu Hana mengambil Lilin dekat rak, aku melihat sekeliling ruang dapur yang gelap itu.

Pandangan aku teralih ke arah tingkap dapur.

Susuk tubuh hitam di luar sana menarik perhatian aku.

Cahaya petir membuatkan wajah susuk tubuh itu jelas kelihatan.

Aku tergamam apabila melihat wajah susuk tubuh itu.

Dia ialah...


































































Ratu Serigala hitam, Lee Gwangja.

{Hyunjae pov. End}





TBC

Walaupun dah seminggu berlalu, author masih gembira dengan kemenangan THE BOYZ dalam ROAD TO KINGDOM.

Author bangga jadi THEB sejak diorang debut lagi.

THE BOYZ memang terbaik👍












WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now