W🐺:08

513 68 12
                                    

Sampai sahaja di depan kelasku, aku terus memandang 2 orang pelajar baru iaitu Younghoon dan Juyeon yang duduk di bahagian belakang meja aku.

Mereka sedang berbual sesama sendiri.

Perbualan mereka kelihatan agak serious.

Apalah yang mereka bualkan. Nak juga tahu. Hehehe

Aku berjalan ke arah meja aku dengan bersahaja.

Sekali sekala aku mata aku memandang ke arah mereka berdua.

Baru sahaja aku nak memasang telinga, mereka berdua terus berhenti berbual apabila perasan kedatangan aku.

Alooo baru nak dengar...

Aku sempat melemparkan senyuman kepada mereka berdua sebelum duduk di tempat aku.

Mereka berdua turut balas dengan senyuman.

Kaki aku bergoyang-goyang, bosan menunggu pelajar lain masuk ke kelas.

Dalam kelas itu hanya ada 5 orang sahaja. 2 orang lagi berkeliaran di sekeliling sekolah.

Jadi cuma ada kami bertiga dalam kelas.

Cuba bayangkan tahap bosan tu.

Apa patut aku buat eh? Bosanlah...

Aku menjeling ke arah Juyeon dan Younghoon di belakang aku.

Kelihatan mereka sambung berbual. Wajah mereka kelihatan sangat serious.

Aku menjadi rasa ingin tahu perkara yang dibualkan mereka berdua.

Untuk memasang telinga, aku membelakangkan kerusi aku perlahan-lahan agar dapat dengar perbualan mereka dengan baik.

Aku tersenyum kecil apabila aku dapat dengar perbualan mereka dengan jelas.

"Kita kena rampas balik hak kita"

"Betul tu. Tapi macam mana? Dia semakin kuat"

Sedang aku khusyuk mendengar perbualan mereka, tiba-tiba mereka hentikan perbualan mereka.

Aku menoleh ke arah mereka.

Mereka berdua memandang aku pelik.

Kedua-dua kening aku terangkat pelik melihat mereka memandang aku begitu.

Aku melihat kedudukan aku kini.

Kerusi yang aku duduk sekarang ni betul-betul berada di depan meja Younghoon.

Manakala meja aku pulak berada jauh dihadapan.

Wow. Jauhnya aku undur. Patutlah dia pandang aku macam tu.

Aku tersengih kepada mereka berdua.

Aku mengheret kerusi aku semula ke tempat aku.

Hanya bunyi seretan kerusi aku sahaja kedengaran di dalam kelas itu.

Mereka berdua hanya memandang aku yang sedang mengheret kerusi aku itu.

Buk!

Beg sekolah aku yang tergantung di belakang kerusi aku terjatuh.

Aku tersengih malu kepada mereka berdua yang memandang aku lalu mengambil semula beg aku itu.

Habis terkeluar semua barang yang berada di dalam beg itu.

Aduhhhh...

Ini mesti kes aku tak zip beg aku. Haih...

Aku mengutip semula semua barang aku yang terkeluar itu.

Satu demi satu aku masukkan barang ke dalam beg aku.

Mataku terhutang apabila ternampak rantai milik Hyunjae turut terkeluar dari beg aku.

Aku terus ambil sebelum orang lain nampak.

Baru sahaja aku nak masukkan rantai itu ke dalam beg aku, tiba-tiba Juyeon menegur aku.

"Jakkaman"

Aku memandang Juyeon yang kini berjalan ke arah aku.

Younghoon juga turut mengikut Juyeon.

"Rantai tu...awak dapat dekat mana?" Soalnya dengan wajah yang serious.

Younghoon yang kini berada di sebelah Juyeon memandang rantai itu dengan riak terkejut.

"Emm...ini rantai...rantai...kawan saya." Beritahu ku gagap.

Dahi Juyeon dan Younghoon berkerut.

"Kawan? Siapa kawan awak tu?" Soal Juyeon ingin tahu.

"Emm..Hyun..--"

"Hana-ah" celah Soyeon budak dari kelas sebelah.

Aku memandang Soyeon yang berada di pintu kelas kami.

"Sam Lee nak jumpa dengan kau" beritahunya lalu beredar.

Aku terus masukkan rantai itu ke dalam kocek kot uniform aku lalu berlari keluar dari kelas itu.

Juyeon dan Younghoon terkedu melihatku hilang sekelip mata.












TBC


WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now