W🐺:10

534 68 9
                                    

Aku dan Hyunjae melangkah masuk ke dalam mall dengan perasaan teruja.

Dah lama aku tidak menjejaki mall itu.

Dah alang-alang keluar, baik aku pergi Mall terus. Lagipun dekat sana ada market juga.

Aku memandang Hyunjae yang terpegun melihat orang ramai yang datang ke situ.

Kami datang tepat pada masanya kerana ketika itu terdapat promosi di setiap kedai.

Ada yang 20%, 30% dan 50%.

"Hyunjae-ah kajja" ajakku lalu berjalan mara ke hadapan.

"Jakkaman" panggil Hyunjae yang ketinggalan di belakang.

Aku hentikan langkahku.

Dia berjalan ke arahku lalu memegang tanganku.

"Jangan tinggalkan saya" ujarnya sambil merenung anak mataku.

Aku tergamam.

"Saya takut" sambungnya.

Aku terpinga.

Ta-Takut? Dia takut? Serious lah?

"Orang dekat sini terlalu ramai. Saya tak nak kehilangan awak" sambungnya.

Ouh.

Okey....

•••

Aku menjengkek-jengkekkan kaki aku untuk mengambil botol sos yang terletak di bahagian paling atas.

Macam dekat ff yang lain, ada seseorang turut mencapai botol sos itu.

Aku menjadi kaku apabila belakang kepalaku bersentuhan dengan sesuatu yang keras. Sebenarnya taklah sekeras batu...

Aku menjeling ke arah belakangku.

Ternyata ianya ialah bahagian dada Hyunjae.

Hyunjae berdiri di belakang aku dan mencapai botol sos itu.

Jantung aku terus berdegup dengan laju apabila berlaku persentuhan itu.

Tidak pernah lagi aku berdiri rapat seperti ini dengan seorang lelaki.

"Awak nak ambil ini kan?" Soal Hyunjae sebaik sahaja berjaya mencapai botol sos itu.

"N-Nae..." Lambat sahaja aku menjawab soalannya kerana aku masih tergamam dengan apa yang berlaku walaupun ianya hanya 'sedikit'

Baru sahaja kami ingin pergi ke bahagian lain, seorang yeoja menegur kami.

"Hana-ah!"

Aku menoleh ke arah empunya suara itu.

Ianya Soyeon dari kelas sebelah.

"Eo? Soyeon-ah. Kau buat apa dekat sini?" Soalku yang masih terkejut dengan penemuan yang tidak dijangka ini.

"Beli barang lah... Takkan memancing pulak" jawab Soyeon dengan perlantikan.

Okey. Aku kena.

Pandangan Soyeon teralih ke arah Hyunjae yang berada di sebelah aku.

"Eo? Siapa ni? Namchin?" Soal Soyeon dengan senyuman nakal.

Aku pandang Hyunjae sekilas.

"Ma-Mana ada...D-Dia...kawan aku" kawanku gagap.

"Namchin? Apa tu?" Celah Hyunjae.

Soyeon tergelak kecil mendengarnya.

"Namchin tu ringkasan untuk Namjachingu (teman lelaki)" terang Soyeon.

Selepas mendengar penerangan dari Soyeon, Hyunjae terus pandang aku.

Aku buat-buat tak tahu.

Hyunjae tersenyum kecil lalu kembali memandang Soyeon.

"Untunglah kau dikelilingi dengan lelaki handsome. Dekat kelas ada Younghoon dengan Juyeon. Namchin pulak handsome. Haih...cemburunya aku..."

Selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Soyeon itu, wajah Hyunjae terus bertukar serious.

"Kawanlah. Bukan Namchin" kataku cuba membetulkan kata Soyeon itu.

"Hahaha memang sekarang kawan. Tapi nanti mesti..em..kau tahu apa maksud aku kan." Ujar Soyeon dengan wajah nakalnya.

Aku mengeluh berat.

"Dahlah. Aku pergi dulu. Jumpa kau dekat sekali lagi esok. Annyeong"

"Annyeong..."

Aku melepas keluhan kecil selepas bayangan Soyeon hilang dari pandangan aku.

Aku memandang Hyunjae yang berada di sebelah aku.

"Hyunjae, kajja" ajakku pergi ke tempat lain.

"Jakkaman"

Aku memandang Hyunjae pelik.

"Tadi...kawan awak tu ada sebut...Younghoon dengan Juyeon. Siapa diorang?" Soal Hyunjae dengan wajah yang serious.

Wow. Aku tak pernah melihat wajahnya serious begini.

"Emm..Younghoon dengan Juyeon tu pelajar baru dekat kelas saya. Kenapa? Awak kenal diorang ke?"

Hyunjae terdiam seketika.

"diorang masih hidup ke? Tapi...mustahil untuk hidup selepas kena tangkap dengan Lee Gwangja." -bisik hati Hyunjae.

Hyunjae mengelengkan kepalanya lalu memandang aku dengan senyuman kecil.

"Tak ada apa. Kajja" ujarnya lalu berjalan pergi sambil menolak troli.

Hmmm...pelik....














TBC


WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now