W🐺:24 [LAST]

467 59 4
                                    

"HWALL!"

"Hai korang. Lama kita tidak berjumpa" sapanya dengan senyuman.

"Siapa kau?!" Soal Gwangja yang sedang menahan sakit.

"Aku? Aku adalah sebahagian dari mereka" Beritahunya atau dikenali sebagai Hwall.

"Ouh ye. Kau cari ni kan?" Hwall mengeluarkan botol kaca dari kocek bajunya.

"Kau yang ambil rupanya?!!" Kata Gwangja geram.

Hwall sempat mengenyit kan sebelah matanya pada Gwangja sebelum memanah ke arah askar-askarnya yang ingin menyerang Hwall.

Pada masa yang sama, Hana mengambil kesempatan itu untuk memotong tali yang diikat di tangannya dengan pisau kecil yang diberi oleh Hyunjae.

Selesai sahaja Hana membuka ikatan tali di tangannya, Hana terus pergi ke arah Hyunjae.

Dia membukakan ikatan tali di tangan Hyunjae.

"Gomawo" ucap Hyunjae.

Hyunjae sempat mencium dahi Hana sebelum dia pergi menolomg ahli THE Boyz yang lain membuka ikatan tali.

Ini bukan masanya untuk rasa teruja ye.

Hana turut menolong bukakan ikatan tali ahli THE BOYZ yang lain.

•••

Selepas semua ikatan tali ahli THE BOYZ dibuka, mereka membantu Hwall menyerang askar-askar Gwangja.

"Hyunjae!" Panggil Hwall.

Hyunjae memandang Hwall yang menayangkan botol kaca itu.

"Ambil ni!" Hwall membaling botol itu pada Hyunjae.

Baru sahaja Hyunjae ingin menangkap botol itu, Gwangja terlebih dahulu mengambilnya dengan tali tongkat elektriknya.

Mereka saling pandang antara satu sama lain dengan pandangan tajam.

"Lawan aku kalau nak botol ni" katanya sambil menayangkan botol itu pada Hyunjae.

Hyunjae yang geram dengan Gwangja dari dulu terus menukar menjadi serigala lalu berlari ke arah Gwangja.

Gwangja juga turut bertukar menjadi serigala lalu menyerang Hyunjae.

•••

Ssrriikkkk---

Hyunjae dan Gwangja tercampak ke belakang serentak.

Gwangja bertukar menjadi manusia semula. Dia melemparkan talinya ke arah Hyunjae yang terbaring.

Apabila tali itu melilit badan Hyunjae, elektrik di tali itu terus mengalir.

Hyunjae menjerit kesakitan lalu bertukar menjadi manusia semula.

Pada masa yang sama, Hana menyerang Gwangja dari belakang secara senyap-senyap.

Hana mencucuk bahu Gwangja di tempat Gwangja terkena panahan Hwall dengan pisau kecil.

Gwangja menjerit kesakitan.

Hana mengambil kesempatan itu untuk membawa Hyunjae pergi dari situ.

Baru sahaja Hana ingin mengangkat Hyunjae, Gwangja melilitkan badan Hana dengan talinya lalu mencampaknya jauh dari situ.

Semua ahli THE Boyz yang sedang berlawan terkejut melihat Hana di campak jauh.

Hana tidak sedarkan diri.

Hyunjae pergi ke arah Hana dalam keadaan tidak bermaya.

Baru beberapa langkah, Hyunjae sekali lagi dililit dengan tali elektrik itu lalu dicampak jauh dari Hana.

WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZDove le storie prendono vita. Scoprilo ora