🐺SPECIAL CHAPTER🐺

529 59 4
                                    

[5 Tahun kemudian]

Hana menghentikan kenderaanya di depan rumah lamanya.

Bayangan seseorang terus terlintas di fikirannya.

Hana membuka perlahan pintu keretanya.

Dia keluar dari keretanya lalu berdiri di depan rumah lamanya itu.

Kenangan lama mula terngiang di fikirannya.

Keadaan rumah itu tetap sama seperti 5 tahun dahulu.

Hana mengeluh kecil lalu melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Keadaan di dalam rumah itu sangat bersih. Tiada sebarang habuk dan sarang labah-labah.

Ianya seperti ada seseorang yang menjaga rumah ini.

Hana pergi ke ruangan dapur.

Memori lama mula kembali ke dalam ingatannya.

Hana tersenyum sendirian apabila melihat meja makan yang tersusun rapi di dapur.

Dia teringat memori lama dimana dia mengajak si dia keluar Date.

Mata Hana tertarik ke arah bilik yang berada di sebelah ruangan dapur.

Hana berjalan mendekati bilik itu.

Itu adalah bilik si dia.

Hana membuka pintu itu perlahan.

Hana menjadi emo sebaik sahaja melihat keadaan bilik si dia.

Bayangan si dia asyik bermain di fikirannya.

Sudah jelas dia rindu akan si dia.

Sudah 5 tahun dia menahan perasaan itu.

Hana duduk di katil di dalam bilik itu.

Dia mengusap-usap alas katil itu.

"Hana" panggil seseorang.

Hana terus mengalihkan pandangannya ke arah pemilik suara itu.

Air mata Hana terus mengalir dengan deras.

"Awak rindukan saya?" Soalnya dengan senyuman.

Hana bangun dan terus memeluknya.

"Hyunjae..."

Yup! Pemilik suara itu ialah Hyunjae.

Hyunjae cuba menahan air matanya dari terus mengalir.

Dia juga cukup merana untuk menahan perasaan rindu itu.

Walaupun Hyunjae menahan air matanya, tetapi wajahnya kelihatan jelas dia menahan tangisannya.

Hana menangis dalam dakapan Hyunjae.

Hyunjae mengusap belakang Hana cuba menenangkannya.



Hana meleraikan pelukannya lalu memandang Hyunjae.

"Mulai sekarang, saya akan jumpa awak dengan kerap. Walaupun awak halang saya jumpa awak, saya tetap akan jumpa dengan awak. Saya tak sanggup menahan rindu saya pada awak lagi" kataku yang masih mengalirkan air mata.

Hyunjae menggigit bibir bawahnya cuba menahan tangisannya.

Dia mengangguk perlahan kepalanya.

"Saya juga tak sanggup menahan perasaan ini. Setiap hari saya berharap awak  kembali datang kepada saya. Saya menyesal kerana membiarkan awak pergi jauh dari saya. Mulai hari ini, saya akan lindungi awak tak kira apa yang berlaku kerana awak adalah kekuatan saya" luah Hyunjae yang akhirnya mengalirkan air mata.











THE END
[Real]




WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now