W🐺:17

475 52 1
                                    

Perlahan-lahan aku membuka mataku apabila aku terasa ada sesuatu basah mendarat di atas dahi aku.

Sebaik sahaja aku membuka mataku, orang pertama yang jadi tatapan aku ialah Hyunjae.

Dia meletakkan kain basah di atas dahiku.

"Oh? Awak dah bangun" katanya yang terkejut melihat aku membuka mata.

Tanpa berkata apa-apa, aku terus mengangkat kepala aku. Aku mahu duduk.

Hyunjae menolong aku betulkan kedudukan bantal ku untuk buat sebagai penyandar.

Kain basah di atas dahiku, Hyunjae ambil.

"Awak okey?" Soal Hyunjae risau.

Aku mengangguk perlahan kepala aku tanda okey.

Baru sahaja aku ingin mengingati apa yang berlaku pada diri aku, kepala aku terus sakit dan berdenyut-denyut.

Aku memejamkan mata cuba menahan kesakitan itu.

"Hana-ah, awak okey?" Soal Hyunjae resah.

"Apa yang jadi pada saya?" Soalku.

"THE BOYZ jumpa awak terbaring dekat hentian bas depan sekolah awak. Mereka bawa awak ke sini. Apa yang jadi pada awak sebenarnya?" Terang Hyunjae.

"Saya... Tak ingat" jawabku.

"Takpe. Awak rehat dulu." Ujarnya.

Hyunjae mengusap kepala aku lalu keluar dari bilikku.

Tidak lama itu, Hyunjae kembali masuk ke dalam bilikku sambil membawa peti kecemasan.

"Tepi bibir awak luka. Mungkin bibir awak terkena benda yang keras masa awak jatuh pengasn. Biar saya rawatkan"

Selepas Hyunjae berkata begitu, baru aku rasa sakit di tepi bibirku.

Kalau aku terlalu sakut sehingga aku tidak perasan akan luka yang berada di tepi bibirku.

Aku hanya duduk diam-diam.

Hyunjae membuka kotak kecemasan dan mengambil barang-barang yang perlu.

Hyunjae duduk mendekati aku.

Hyunjae perlahan-lahan meletakkan cream di luka yang berada di tepi bibirku.

"Argh" setiap kali Hyunjae menyentuh luka itu, aku akan terjerit kecil.

Selesai sahaja Hyunjae meletakkan cream itu, Hyunjae mendekatkan wajahnya dengan wajahku lalu meniup luka itu.

Jarak bibirnya dengan wajah aku sangat dekat.

Kedudukan kami sekarang ini dapat menimbulkan salah faham terhadap seseorang yang melihatnya.

Jantung aku berdegup dengan laju.

Aku hanya merenung matanya yang fokus pada luka aku.

Aku tidak dapat berhenti dari terus memandang ke arah matanya.

Aku menjadi beku apabila mata kami bertembung.

Hyunjae memandang aku.

"Wae?" Soal Hyunjae.

"T-Tak ada apa.." jawabku gugup.

Hyunjae sambung melihat lukaku.

•••

☀️☀️☀️

Aku merenung jauh ke arah luar kelas aku.

Aku cuba mengingati apa yang berlaku pada aku semalam.

Macam mana aku boleh pengsan?

Aku renung sahaja perhentian bas yang berada di depan sekolah.

"Hana-ah" panggil seseorang.

Aku menoleh ke arah pintu kelasku.

Pandangan aku dipenuhi dengan jejaka-jejaka kacak. Tak lain tak bukan THE BOYZ.

Sunwoo yang berada paling hadapan mereka, mendekati aku terlebih dahulu.

"Awak okey?" Soalnya risau.

"Nae.." jawabku dengan senyuman kecil.

"Baguslah kalau awak okey. Kami risau sangat tentang keadaan awak." Ujar Sangyeon.

"Apa yang dah terjadi sebenarnya? Macam mana awak boleh pengsan?" Soal Eric ingin tahu.

Aku menyenget kan sedikit kepala aku cuba mengingati apa yang berlaku.

Berapa banyak pun usaha aku untuk mengingatinya, aku tetap tidak mengingatinya.

"Entahlah. Saya tak ingat" kataku.

"Tak pe. Janji awak okey" kata Changmin sambil meletakkan tangannya di bahu aku.

Aku hanya balas dengan senyuman.

Sedang sibuk kami berbual, tiba-tiba riaksi Younghoon berubah.

Tidak lama itu, reaksi ahli THE BOYZ yang lain juga turut berubah.

Wajah mereka bertukar serious.

Aku memandang mereka pelik.

Mereka saling pandang antara satu sama lain.

"Hana-ah. Kami kena pergi" ujar Jacob.

"Dah nak pergi? Awalnya. Masa belajar lambat lagi" kataku sedih.

Kalau mereka semua pergi, tinggal aku seorang diri dalam kelas itu.

"Mianhae Hana, nanti kita sambung berbual lagi" ujar Kevin.

"Hmmm..okey"

Mereka melambai tangan ke arah aku, lalu berlari keluar dari kelasku dengan tergesa-gesa.

•••

Sudah 30 minit kami mula belajar, tetapi Younghoon dan Juyeon masih tidak masuk ke kelas.

Mana mereka pergi?

PAK! PAK! PAK!

Bahuku terhincut dek terkejut apabila semua pintu kelas di blog itu tertutup akibat angin yang kuat.

Aku menoleh ke arah luar tingkap.

Langit bertukar gelap dengan hanya sekelip mata.

Angin yang kuat memasuki kelas kami.

Kertas-kertas yang berada di atas meja kami berterbangan.

Apa yang terjadi?











TBC

WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now