W🐺:12

500 66 3
                                    

Aku datang ke sekolah seperti biasa.

Sampai sahaja di kelas, aku terus menyapa Younghoon dan Juyeon yang berada di tempat mereka.

"Hai" sapaku.

Aku tidak tahu sejak bila aku jadi peramah dengan mereka berdua.

Mereka hanya memandang aku dengan pandangan pelik.

Aku duduk di tempat aku lalu membuat hal sendiri.

Semasa aku sedang khusyuk menulis sesuatu di buku nota, aku dapat merasai ada seseorang merenung aku.

Perlahan-lahan aku mengangkat kepala aku lalu memandang Juyeon dan Younghoon yang kini berdiri di depan aku sambil merenung aku.

Nasib sahaja aku tidak kena serangan jantung.

Aku menelan air liur ku.

Kenapa diorang pandang aku macam tu?

"W-Wae?" Soalku gemuruh.

Aduhhhh...tak payahlah tenung aku macam tu. Tahulah handsome. Cukup-cukuplah aku direnung dengan abang serigala handsome dekat rumah tu. Hehe.

"Rantai yang semalam tu...awak ada bawa?" Soal Younghoon.

"Dekat rumah. Wae?"

Diorang saling pandang antara satu sama lain sebelum kembali memandang aku.

"Rantai tu...milik siapa?" Soal Juyeon.

"Kawan saya. Wae?"

"Siapa nama kawan awak?"

"Lee H--"

Ding~ Dong~ Deng~

📢"Perhatian kepada semua pelajar, sila berkumpul di dewan utama untuk menjalankan majlis perhimpunan rasmi"

Oh? Perhimpunan rasmi? Bukan ke esok?

Aku mengemas barangku lalu simpan di laci bawah mejaku.

"Saya pergi ke dewan utama dulu. Kalau jumpa Euna, cakap dengan dia yang saya pergi ke dewan utama. Annyeong"

Aku berjalan keluar dari kelas dan menunjukkan ke dewan utama.

•••

Tepat pada pukul 8:30 pagi, pintu dewan utama ditutup.

Pelajar yang tidak sempat masuk akan di denda. Nasib koranglah....

Siapa suruh datang lambat.

Sementara menunggu majlis itu bermula, aku dan Euna saling berbual kosong.

Soyeon dari kelas sebelah yang bosan kawannya tidak hadir, menyelik di tengah-tengah.

"Eh kau buat apa dekat sini? Pergilah dekat barisan kelas kau" kata Euna sambil menolak-nolak Soyeon.

"Ala...kasihanilah aku ini...kawan aku tak datanglah hari ni. Bagilah aku lepak dekat sini" rayu Soyeon.

Euna memandang Soyeon menyampah lalu beri Soyeon ruang untuk duduk.

"Oh! Ha! Hana-ah. Dia ada tanya apa-apa tentang aku?" Soal Soyeon yang mengedik.

"Dia? Siapa?"

"Ala...lelaki handsome yang aku jumpa dengan kau samalamlah..." Beritahunya sambil mencucuk lenganku.

"Lelaki handsome? Hana keluar dengan lelaki ke semalam?" Soal Euna terkejut.

"Nae. Aku tersempak dengan diorang malam tadi dekat mall."

"Serious lah?! Woahhh dah majulah Hana." Kata Euna kagum sambil menepuk-nepuk bahuku.

"Wae? Wae? Wae? Apa yang dah maju?" Soal Soyeon ingin tahu.

"Hana tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki kecuali appa dia. Kawan lelaki pun dia tak ada. Ha! Dia pun tak pernah bercinta." Beritahu Euna.

Aku hanya mengelengkan kepalaku mendengar apa yang dikatakan oleh Euna.

"Yah Hana-ah. Serious lah kau tak pernah bercinta? Kawan lelaki pun tak ada?" Soal Soyeon simpati.

Aku pandangnya dengan pandangan menyampah.

"Salah ke aku tak pernah bercinta?" Balas ku.

"Bukan salah. Ianya menggamgumkan"

Dahiku berkerut mendengar apa yang  dikatakan oleh Soyeon itu.

Merepek.

"Soyeon-ah. Siapa lelaki yang keluar dengan Hana tu?" Soal Euna ingin tahu.

"Entahlah aku tak kenal. Aku rasa dia dari sekolah sebelah kot" ujar Soyeon yang main teka sahaja.

Aku sekali lagi mengelengkan kepala lalu menoleh ke arah lain. Malas aku nak layan.

"Ouh yeke. Handsome sangat ke lelaki tu?"

"Nae. Handsome sangat"

"Jinjja?! Woahhh terbaiklah Hana" kata Euna sambil menunjuk ibu jari di depan wajahku.

Aku menepis ibu jarinya itu

"Ha! Aku ada gambar dia" beritahu Soyeon.

Aku terus pandang Soyeon terkejut.

"Yah! Macam mana kau ada gambar dia?" Soalku tak puas hati.

"Hehe Mian...aku sebenarnya ada ambil gambar korang semalam senyap-senyap. Tak adalah...aku tengok korang romantik sangat, jadi aku ambillah gambar" terang Soyeon dengan sengihan.

Aku pandangannya dengan pandangan tidak percaya.

Woahhh dahsyat betul kawan-kawan aku ni.

"Cepatlah, aku nak tengok" ujar Euna teruja.

Soyeon membuka gambar yang ditangkap itu lalu tunjuk kepada Euna.

"Woahhhhhhhh" Euna menepuk-nepuk bahuku.

"Handsomenyaaaaa" sambung Euna sambil menutup mulutnya.

Aku melihat gambar yang ditangkap oleh Soyeon.

Gambar itu diambil ketika aku dan Hyunjae berjalan bersebelahan.

"Weh siapa nama dia?" Soal Euna sambil mengoncang-goncang tubuhku.

"Lee Hyunjae" beritahuku.

"Nae?!"

Terhincut bahu aku apabila Younghoon yang duduk di sebelah aku menjerit.

Bukan aku sahaja, Euna dan Soyeon juga turut terkejut.

Kami bertiga memandangnya pelik.

"Boleh saya tengok gambar tu?" Minta Younghoon.

"Ah? N-Nae.." Soyeon menghulurkan telefonnya kepada Younghoon.

Juyeon dan Younghoon sama-sama melihat gambar itu.

Mata mereka terbuntang luas sebaik sahaja melihat gambar itu.

Mereka memandang aku serentak.

"W-Wae?" Soalku ketakutan.











TBC






WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now