W🐺:09

540 71 9
                                    

Sampai sahaja di rumah, aku terus mencari appaku.

Sepatutnya patut waktu ini appaku sudah pulang dari Pulau Jeju.

Tapi aku tidak nampak batang hidung appaku aku pun dekat rumah. Puas aku mencarinya di seluruh kawasan rumahku.

Aku masuk semula dalam rumahku selepas penat mencari appaku di belakang rumahku.

Masuk sahaja di dalam rumah, mataku terus memandang Hyunjae yang menarik perhatian aku.

Aku tertarik melihat riak wajahnya yang sedang khusyuk membaca buku di tepi tingkap.

Tambahan lagi, apabila sinaran matahari yang menembusi tingkap menerangi wajahnya.

Aku...

Terpegun.

Terpegun melihat wajah kacaknya.

Aku memandang...

Mulutnya...

Hidungnya...

Mata dia...

Wajahnya sangat sempurna.

Mataku terkelip-kelip apabila Hyunjae memandang aku.

"Awak pergi mana tadi?" Soalnya sambil menutup buku yang dibacanya tadi.

"Emm..saya...saya...cari appa saya dekat belakang" beritahu ku gugup.

Hyunjae berjalan mendekati aku.

Aku rasa semakin gugup. Jantungku berdegup dengan laju.

Aku mendongakkan sedikit kepalaku memandang wajah Hyunjae yang kini berada di hadapan aku.

"Appa awak tak balik lagi" beritahunya.

Dahiku berkerut.

"Tak balik lagi?"

Dia menganggukkan kepalanya.

Aku mengeluarkan telefon aku lalu menelefon appaku.

Hyunjae masih berdiri di hadapan aku. Dia hanya memandang aku yang sedang menunggu appaku mengangkat panggilan aku.

"Yobosaeyo."

"Appa, appa dekat mana?" Soalku.

"Appa masih dekat Pulau Jeju ni."

"Kenapa appa masih ada dekat sana? Bukan ke flight appa pagi tadi?"

"Maafkan appa, Hana. Flight appa untuk pagi tadi dibatalkan. Ada masalah sikit penerbangan pagi tadi. Kalau tak ada apa-apa lagi, esok appa balik"

Aku memuncungkan mulutku.

Aku memandang Hyunjae yang dari tadi memandang aku.

Haih...terpaksalah aku bermalam dengan dia lagi malam ni.

"Jadi, appa tinggal dekat mana sekarang?" Soalku risau.

"Appa tinggal dekat hotel untuk sementara waktu. Kamu tak perlu risaulah. Appa okey je ni."

"Hm. Okeylah. Jumpa appa esok"

"Nae.~"

Aku tersenyum kecil sebelum menamatkan panggilan itu.

"Appa awak dekat mana sekarang?" Soal Hyunjae ingin tahu.

"Appa saya ada dekat Pulau Jeju lagi" beritahuku sedih.

Hyunjae hanya balas dengan anggukan kecil.

Sekejap.

Barang dekat dapur dah habis. Apa yang kitaorang nak makan malam ni?

Aku memandang Hyunjae yang berjalan ke arah biliknya.

"Hyunjae" panggilku.

"Ye?"

"Boleh tak awak teman saya pergi beli barang dapur?"

"Boleh je" jawabnya dengan senyuman kecil.

•••

Aku memandang Hyunjae dari kaki sampai kepala.

"Kenapa?" Soalnya pelik.

Bukan apa, aku terkejut tengok dia tetap bergaya walaupun pakai baju appaku.

Mungkin sebab wajah dia yang kacak tu kot.

Biasalah... Kalau muka cantik atau handsome ni kalau pakai apapun tetap nampak cantik. Hump....

"Tak ada apa. Jomlah" aku keluar dari rumahku dan diikuti Hyunjae dari belakang.

Kami berjalan menunju ke perhentian bas yang berhampiran.

Kami berdua duduk di perhentian bas menunggu bas datang.

Disitu juga terdapat beberapa orang yang turut menunggu bas.

Aku memandang Hyunjae pelik apabila Hyunjae tiba-tiba duduk menghimpit aku.

Aku memandang Hyunjae yang menjeling ke arah yeoja yang duduk di sebelah kirinya.

Aku toleh ke arah yeoja itu.

Yeoja itu tidak henti-henti melemparkan senyuman GATAL kepada Hyunjae.

Yeoja itu juga tidak henti-henti mendekati Hyunjae.

Aku memandang yeoja itu menyampah.

Apa patut aku buat dengan yeoja ni...

Emm...

HA!

"Hyunjae awak tak rasa panas ke dekat sini? Saya rasa panas sangat la" kataku sambil mengipas-ngipas wajah aku dengan tanganku. Kaki aku, aku silangkan.

Yeoja yang duduk di sebelah kiri Hyunjae memandang aku dengan pandangan tajam.

Kenapa? Terasa ke?😏

Hyunjae memandang aku pelik.

"Panas?" Hyunjae memandang langit mencari matahari.

"Tapi sekarang mendung" ujar Hyunjae blur. Ke korang blur jugak?😅

Aku mengeluh berat.

Susah betul bercakap dengan serigala ni.

Pada masa yang sama bas pun tiba.

"Kajja"

Aku terus tarik Hyunjae masuk ke dalam bas.

Aku beri Hyunjae duduk di tepi tingkap dan manakala aku pulak duduk di sebelahnya.

Aku menyilangkan tangan aku lalu memandang yeoja tadi dengan pandangan yang tajam apabila dia berjalan melepasi aku.

Sekejap!

Aku bawa Hyunjae sekali ni, dia tak buat hal ke nanti?

Sebab dia kan Serigala...

Dia tak akan tukar jadi serigala secara tiba-tiba kan....

Aduh...risaunya akuuuuu...

Kenapalah aku tak fikir tadiii..😟

Harap-harap dia tak buat hal lah..
























TBC

Terima kasih korang sbb masih setia baca ff ni😍

WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now