W🐺:14

483 57 4
                                    

Tidak seperti sebelum ini, aku rasa takut nak masuk ke dalam kelas, kerana...

Ada mereka berdua, Younghoon dan Juyeon.

Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam kelas itu.

Patut ke aku masuk?

Atau...patut ke aku tunggu pelajar lain masuk ke dalam kelas?

Emm...

Aku rasa lebih baik aku tunggu pelajar lain masuk dulu. Nanti tak payahlah aku duduk bertiga dengan diorang.

Aku bersanda di dinding dan menunggu kedatangan member kelas aku yang lain.

Tidak lama itu, aku nampak kelibat seorang member kelas aku iaitu Kim Donghan yang berjalan menuju ke kelas kami.

Dia memandang aku pelik.

"Kenapa kau tak masuk kelas lagi?" Soalnya.

"A-Aku...nak ambil angin sekejap dekat sini. Hehe" jawabku kekok.

Donghan hanya mengelengkan kepalanya lalu masuk ke dalam kelas.

Aku mengikuti Donghan masuk ke dalam kelas.

Aku pandang Younghoon dan Juyeon dengan sekilas pandang.

Aku takut.

Aku duduk di tempat aku dengan perasaan gemuruh.

Mataku sekali sekali menjeling ke arah Donghan untuk memastikan dia berada di dalam kelas.

Aku mengeluarkan buku nota aku di dalam beg.

Baru sahaja aku ingin menulis sesuatu di dalam buku nota itu, aku terdengar bunyi kerusi diseret.

Aku terus pandang ke arah bunyi itu.

Ianya datang dari Donghan.

Aku menjadi gelabah apabila Donghan berjalan keluar dari kelas.

"Yah! Donghan Jakkaman!" Panggilku.

Donghan memandang aku pelik.

"Kau nak apa?" Soalnya.

"Kau nak pergi mana?" Soalku.

"Aku nak pergi ke tandas. Kenapa?"

"Aku nak ikut"

Mata Donghan membutang luas.

"Yah! Kau dah gila ke. Kau yeojalah. Dahlah! Malas aku nak layan kau. Gila" bebel Donghan dan berlalu pergi.

Aku menjadi beku.

Perlahan-lahan aku menoleh ke arah Younghoon dan Juyeon yang berada di belakangku.

Mereka memandang aku.

Aku menelan air liur ku.

Aku mengangkat punggungku dan berjalan keluar dari kelas.

Tersentak bahuku apabila ada 8 orang pelajar lelaki menghalang laluan aku.

Younghoon dan Juyeon pulak berdiri di belakangku.

Habislah akuuuuu.....

•••

Aku dibawa ke belakang sekolah oleh 10 orang lelaki kacak.

Aku memandang satu demi satu 10 orang lelaki itu yang kini berdiri di hadapan aku.

Juyeon dan Younghoon mengetuai mereka.

Ini bermakna 8 orang lelaki yang lain ni...Puak serigala Hitam!

Huhuhuuu...APPA! HYUNJAE! Hana takuttt...

"Apa hubungan awak dengan Hyunjae?" Soal Younghoon.

"Aku...tak nak bagitahu"

Juyeon yang berada di sebelah Younghoon menyilangkan tangan.

"Mana Hyunjae sekarang?" Soal Juyeon pula.

"Aku tak nak bagitahu juga" kataku acah berani.

Mereka semua mengeluh kecil.

"Siapa korang?" Soalku pula kepada mereka semua.

"Kami peng--"

Aku memandang Juyeon yang menutup mulut rakan di sebelahnya itu iaitu Chanhee.

"Tolong bagitahu kami dimana Hyunjae berada. Kami perlu bincang sesuatu dengan dia" beritahu lelaki di sebelah Younghoon iaitu, Sangyeon.

"Korang nak cederakan Hyunjae kan. Jadi aku tak nak bagitahu. Dah-Dah lah tu rampas kerajaan dia, janganlah pulak korang nak bunuh dia" kataku pada mereka.

Mereka tergamam selepas mendengar apa yang dikatakan aku itu.

Mereka saling pandang antara satu sama lain.

"Jadi...Hyunjae dah ceritakan semuanya pada awak?" Soal Sunwoo yang berdiri di sebelah Sangyeon.

"Ye! Dia dah ceritakan semuanya! Jadi jangan nak terfikir nak mempedayakan aku" ujarku dan berlalu pergi.

Mereka bingung.










TBC
Double update

WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now