W🐺:07

541 65 16
                                    

Selesai sahaja aku masak Ramen untuk dia, aku pun hidangkan di meja.

Dia memandang Ramen itu dengan perasaan ingin tahu rasanya.

Aku duduk di depannya. Aku tidak sabar melihat reaksi dia selepas makan Ramen tu. Harap dia sukalah. Kalau tak habislah nyawa akuuuu.

Hyunjae menghidu bau Ramen itu terlebih dahulu.

Dia menganggukkan kecil kepalanya selepas bau Ramen itu.

Dia menyuapkan sedikit Ramen di dalam mulutnya.

Dia memandang aku dengan mata yang bulat.

"Macam mana? Okey tak?" Soalku teruja.

Dia melemparkan sanyuman lalu mengangguk kepalanya.

Aku tersenyum lebar.

Baguslah dia suka. Selamat nyawa aku....😚

"Awak tak makan?" Soalnya.

"Tak. Saya tak nak muka saya bengkak pergi sekolah nanti" ujarku sambil memegang pipiku.

"Awak tetap cantiklah" puji Hyunjae tiba-tiba.

Siap cubit pipi aku tu.

Ini mesti ikut dalam drama lagi ni.

Kalau aku girlfriend dia tak apa jugak. Eh sekejap. Macam mana eh kalau manusia bercinta dengan serigala?

Selalunya aku tengok dalam movie ada je manusia bercinta dengan serigala.

Kalau kahwin nanti, anak dia ikut dia eh?

•••

Kepala ku terangguk-angguk menahan ngantuk.

Mengantuk aku dibuatnya menunggu si Hyunjae ni makan.

"Hana, awak pergilah tidur" arah Hyunjae.

"H-Ha?"

"Pergilah tidur"

"T-Tak pe. Saya teman awak makan" ujarku sambil membetulkan kedudukan aku.

Disebabkan kedegilan aku, akhirnya aku tertidur juga dekat meja makan itu jugak.

Apalah nasib kau, Hana...😑

•••

☀️

Aku cuba mencapai telefonku yang berbunyi di tepi katil aku tanpa membuka mata.

Capai punya capai...
Aku tersentuh sesuatu yang berbulu.

Berbulu?

Aku menyentuh 'benda' yang berbulu itu cuba meneka identiti 'benda' itu.

Okey...
Aku tak dapat nak teka benda bulu tu. Setahu aku, tak ada benda yang berbulu dalam bilik aku ini.

Disebabkan aku ingin tahu sangat identiti 'benda' itu, akhirnya aku membuka mata aku.

Alangkah terkejutnya aku apabila 'benda' yang berbulu itu ialah...

KEPALA HYUNJAE!😱

Aku mengalih tanganku dari kepalanya.

Hyunjae mengangkat kepalanya lalu memandang aku dengan wajah yang mamai.

A-Apa dia buat dekat sini.

Mata aku teralih ke arah tangan Hyunjae yang kini aku peluk.

APA?!

Macam mana aku boleh peluk tangan dia ni?!

Aku terus menepis tangannya walaupun tangannya tidak bersalah.

"Hyunjae! Kenapa awak tidur dekat sini?!" Soalku sambil menjarakkan diri aku dari Hyunjae yang masih mamai.

{FLASHBACK}

Disebabkan Hana tertidur dekat meja makan, Hyunjae yang kesian tolong bawa Hana masuk ke dalam bilik.

Hyunjae mengangkat Hana seperti bridal style lalu bawanya ke dalam biliknya.

Hyunjae meletakkan Hana di atas katilnya dengan perlahan.

Hyunjae menyelubungi tubuh Hana dengan selimut.

Baru sahaja Hyunjae nak pergi, tiba-tiba Hana mencapai tangan Hyunjae.

Hyunjae pandang Hana terkejut.

"Omma..Hana rindu Omma.." kata Hana dalam keadaan tidak sedar.

Tangan Hyunjae ditariknya lalu memeluknya dengan erat.

Hyunjae terduduk apabila sebelah lengannya dipeluk Hana.

Hyunjae cuba melepaskan lengannya dari pegangan Hana tapi tidak berjaya.

Dia tidak sampai hati nak menganggu Hana.

Jadi begitulah yang terjadi....

{END FLASHBACK}

"Jadi macam tu lah saya ada dekat sini" beritahu Hyunjae.

Aku tergamam lalu menutup muka aku dengan bantal.

Apa yang aku dah buat niiiiiiii
Malunya akuuuuu😩

•••

Siap sahaja aku menyarungkan uniform sekolah di tubuhku, aku mengambil jam tanganku di laci meja solek.

Eh?

Ada rantai Hyunjaelah. Inikan rantai yang aku ambil masa Hyunjae datang ke rumah aku dalam keadaan fizikal seekor serigala hari itu.

Lupa pulak aku nak bagi dia balik.

Aku memakai jam tangan aku lalu mengambil rantai itu.

•••

Aku mengetuk pintu bilik Hyunjae.

"Hyunjae oh Hyunjae..Hyunjae~ Mana dia ni. Raja Hyunjae~"

Penat aku memanggil dia. Dia tidak buka-buka pintu. Tengah mandilah tu.

Takpelah aku bagi rantai ni nanti je lah. Aku dah lambat nak pergi sekolah ni.

Aku menyimpan rantai itu di dalam beg sekolah aku. Nak masuk ke dalam bilik aku semula takut lambat sampai sekolah pulak.

Tbc

WEREWOLF BOY || Hyunjae TBZOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz