two

958 143 41
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Kau dengan Jungkook dah break ?" soal Jimin , kawan baik aku merangkap jiran sebelah rumah aku pelik.

Dahinya berkerut kerut memandang wajah aku. Masih lagi terkejut dengan berita buruk yang aku baru sahaja sampaikan kepadanya.

Aku melepaskan keluhan berat. Perlahan aku silangkan kedua dua belah lengan aku di atas meja belajar dan mula mendaratkan dagu di atas lengan.

Muram sahaja muka aku tatkala teringatkan kembali apa yang terjadi di antara aku dan Jungkook di bumbung sekolah waktu rehat tadi.

Bila fikirkan balik , aku rasa macam nak menangis sekali lagi.

Kau bagitahu aku , perempuan mana je yang senang senang boleh move on dengan lelaki yang dia sayang gila gila lepas lelaki tu mintak break ?

"Hey Jang Yiseo , aku tanya kau ni" bahu aku digoyang Jimin perlahan.

Masih lagi tidak puas hati dengan apa yang aku sampaikan kepadanya. Mungkin dia fikir aku tengah bual bual kosong dan menipu dia.

"Apa lagi kau nak ?" soal aku perlahan dan malas kepadanya.

Bahu aku digoyang perlahan supaya tangannya yang memegang bahu aku erat itu dapat diturunkan. Rimas sebenarnya.

Kalau boleh , aku tak nak ada sesiapa langsung yang kacau aku sekarang ni. Aku nak luangkan masa sendirian.

Tapi disebabkan Jimin ni kawan baik aku , dia merupakan orang pertama yang aku bagitahu tentang hal ini. Lagipun aku pasti tak dapat sorokkan daripadanya.

Jimin kenal aku dah lama. Segala gerak badan aku dan apa yang aku fikirkan , dia sendiri dapat baca. Jadi takde guna kalau aku tipu dia.

"Yiseo , kau serious lah yang korang dah break ? Ho-how comes ?" berkerut kerut Jimin memandang aku dengan pandangan tidak percaya.

Siapa sahaja yang akan percaya apabila pasangan yang setia bercinta selama 3 tahun ini tiba tiba sahaja putus begitu sahaja atas sebab sudah bosan dengan pasangan sendiri ?

Jungkook ni budak popular sekolah. Mungkin sebab dia kacak orangnya , jadi apa yang dia lakukan semua diambil tahu pelajar pelajar lain.

Aku dan Jungkook bercinta sejak kami di middle school lagi. Dan kami menyambung hubungan percintaan kami tatkala menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah.

Aku tak tahu apa yang bermain di dalam fikiran Jungkook sampai dia mintak putus dengan aku. Dia kata dia bosan , tapi aku tak percaya.

Aku kenal Jeon Jungkook.

Dan aku pasti dia bukan seseorang yang seperti itu. Dan dia tak akan langsung tinggalkan aku macam tu sahaja.

Sebab aku tahu dan percaya sebanyak mana dia sayangkan dan cintakan aku sebagai teman wanitanya.

"Yiseo , aku tanya kau ni , perempuan. For god sake , stop ignore aku macam orang bodoh dekat sini !"

Jimin mencengkam bahu aku kuat dan menariknya laju membuatkan tubuh aku terus tertarik menghadap dirinya di sebelah aku itu.

Jimin tersentak. Matanya terbuka luas. Terdiam dirinya buat seketika tatkala matanya bertembung dengan mata aku yang sudah berair.

Aku ketap bibir aku yang sudah bergetar itu rapat dan memandang wajahnya tajam. Hati aku rasa sakit dan sakit lagi.

"Yi-Yiseo..."

Aku terus tepis tangan Jimin kasar dan bangkit daripada tempat dudukku. Disebabkan cikgu takde , jadi aku terus keluar dari kelas melalui pintu belakang.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now