seven

739 115 50
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Kau demam panas"

Aku hanya ketap bibir rapat tatkala Jungkook mendaratkan telapak tangannya di atas dahi aku dan mula menarik tangannya semula.

Omma tiada di rumah dan Jungkook yang hantar aku ke rumah. Dia tak mahu hantar aku ke klinik atau ke hospital sebab dia kata menyusahkan dia.

Nanti nak kena bayar duit rawatan lagi. Tak pasal pasal duit dia pulak aku cekau.

Dia bangkit daripada duduk di atas katil aku dan mula memandang tepat ke dalam anak mata aku.

"Kau pergi mandi. Keringkan badan kau lepastu berehat" ujarnya mendatar.

Wajah aku dipandangnya sekilas sebelum dia mula memusingkan tubuhnya ke belakang membelakangi aku.

"Jeon Jungkook !"

Baru sahaja dia ingin pergi meninggalkan aku , suara aku memanggilnya kuat membuatkan langkahnya terus terhenti.

"A-awak nak tinggalkan saya ke...?" soalku perlahan.

Aku menundukkan pandangan ke bawah tatkala memikirkan diri ini yang bakal ditinggalkan sekali lagi oleh lelaki bernama Jeon Jungkook.

"Tak"

Mata aku membulat. Pantas aku mengangkat wajah dan memandang belakang badannya dengan pandangan terkejut.

"Aku nak turun bawah. Cari ubat dan buatkan kau bubur"

Sebaik sahaja dia berkata begitu , dia terus pergi meninggalkan aku seorang diri di dalam bilik ini.

Perlahan lahan senyuman aku terukir.

Selesai sahaja mandi dan keringkan badan aku semua , aku sudah pun siap lengkap dengan baju baru. Baju yang basah tadi aku dah letak dalam bakul untuk dibasuh.

Aku hanya mengenakan tshirt kuning lengan pendek dan seluar pendek berwarna hitam sahaja.

Selesai bersiap , aku mula turun ke tingkat bawah. Dari tangga lagi aku dah bau bubur ayam yang Jungkook masak sendiri tu.

Jungkook memang dah biasa dengan keadaan di dapur. Bukan sahaja dapur malahan di segenap ruang rumah aku ni sendiri.

Sebab dia memang dah selalu datang ke sini. Dan dia pun selalu buatkan aku bubur ayam bersama dengan air coklat panas bila aku demam.

Perlahan lahan aku melangkah menuju ke arah dapur. Senyuman aku terukir tatkala melihat Jungkook yang sedang bertungkus lumus menyiapkan bubur ayam untukku.

Rasa seperti diperhatikan , terus dia memusingkan tubuhnya ke belakang dan memandang ke arah aku yang sedang memerhatikannya.

"Yah !" dahinya terus berkerut. "Kenapa kau turun ? Nanti aku siap aku naik jelah atas" ujarnya tak puas hati.

Walaupun nada suaranya agak kasar kepada aku , namun aku tahu sebenarnya dia risaukan aku yang tengah demam panas ni.

Sedaya upaya aku sembunyikan senyuman yang hampir terukir di wajah aku ini. Terus sahaja aku mengambil tempat di meja kaunter di dapur ini.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now