eighteen

596 92 56
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Keluar sahaja daripada bilik tidurnya , Jimin terus mengorak langkah menuju ke arah ruang tamu. Sebaik sahaja punggungnya mendarat di atas sofa tersebut , telefon pintarnya yang berada di atas meja kaca itu pantas sahaja dicapai.

Ada 10 missed call dan 5 unread message.

Tak payah teka pun , lelaki berwajah manis tu dah tahu siapakah gerangan yang membuat panggilan tak henti henti dan menghantar pesanan mesej kepadanya malam itu.

Siapa lagi kalau bukan , Jeon Jungkook.

Disebabkan malas nak bukak pesanan mesej yang dihantar Jungkook kepadanya , contact Jungkook pantas sahaja ditekan untuk dia membuat panggilan kepada lelaki itu.

Telefonnya ditekupkan di sebelah telinganya. Dia bermain main dengan jari jemarinya buat seketika sementara menunggu talian bersama Jungkook bersambung untuk membuat panggilan.

"Yeobse—"

"Jang Yiseo okay ?"

Belum sempat Jimin nak greet hello , pantas sahaja Jungkook memotong percakapan Jimin dan terus bertanya soalan yang daripada tadi tak henti bermain di dalam kepalanya sehingga membuatkan dia tidak boleh tidur.

Jimin mengeluh pendek. "Dia okay"

"Kau dah bawak dia pergi rumah kau kan ?" soal Jungkook penuh risau.

"Dah. Dia tengah tidur dekat bilik aku sekarang"

Jungkook di hujung talian mengucap syukur. "Terima kasih. Terima kasih sangat sangat , Jimin"

Senyuman pendek Jimin ukirkan. "No problem. Lagipun dia pun kawan aku"

Jungkook ketawa lega di hujung talian.

Selepas apa sahaja yang terjadi kepada Yiseo , lelaki itu tidak henti henti menelefon Jimin untuk bertanyakan tentang keadaan gadis itu. Dah serupa panik hilang anak dah Jungkook tu.

"Jeon"

"Hurm ?"

"Kau yang telefon polis , bukan ?"

—Diam.

"Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau call aku untuk bagitahu apa yang terjadi dekat Yiseo guna telefon awam. Kau nak acah acah jadi anonymous , hm ?"

—Diam.

"Kau ada peluang untuk selamatkan dia , tapi kenapa kau mintak tolong aku juga ? Kenapa kau bagi peluang dekat aku sedangkan kau berhak untuk ada di sisi dia memandangkan dia sangat sangat perlukan kau , Jeon ?"

—Diam.

"Kau kata kau sayangkan dia , jadi kenapa kau buat macam ni ?"

Keluhan berat kedengaran di hujung talian.

"Sebab aku sayang dia lah , aku buat semua ni untuk dia" ujar Jungkook perlahan.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now