ten

785 115 82
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Jimin's

Aku melambungkan tubuh aku di atas katil empuk sendiri dan mula meloloskan tubuh aku. Lengan sasaku diletakkan di belakang kepala aku sendiri.

Mata aku hanya menatap lama sahaja siling kosong berwarna kelabu di atas itu. Menatapnya lama. Memang mata aku memandang ke arah itu , namun fikiran aku jauh ke tempat lain.

Keluhan berat aku lepaskan sambil kedua dua belah mata aku terpejam rapat. Apa yang jadi harini , terngiang semula di dalam fikiran aku.

Dengar sahaja berita tentang Yiseo pengsan dan dibawa ke hospital , aku terus berlari ke hospital tersebut. Langsung tidak kisahkan tentang waktu sekolah yang masih berjalan.

Tiba sahaja di bahagian kecemasan di mana Yiseo di bawa ke sana , mata aku terbuntang besar tatkala mata aku tertancap ke arah lelaki itu.

Tubuhnya sudah pun basah dek kerana peluhnya. Wajahnya serabut sahaja dengan rambut yang dikusutkan. Jalan mundar mandir tanpa henti.

Jeon Jungkook.

Tanpa berfikir banyak , aku terus berlari menghampirinya.

"Hey Jeon Jungkook"  sebaik sahaja aku menyentuh bahunya dia terus menoleh memandang ke arahku.

Mata aku membulat tatkala melihat wajahnya yang sudah pun pucat dan berpeluh peluh. Dadanya berombak turun dan naik dengan lajunya.

"Jungkook , kau ok—"

Tak sempat aku ingin meneruskan ayatku , tiba tiba sahaja Jungkook rebah membuatkan aku panik. Pantas tubuhnya aku tahan.

"Jungkook , kau kenapa ? Jeon Jungkook !" walaupun aku sudah tampar pipinya perlahan , dia langsung tidak sedarkan diri.

Dia pengsan.

- - -

"Kau kenapa sebenarnya ? Yiseo yang pengsan berdarah kepala , yang kau pulak macam orang sakit ni dah kenapa ?"

Aku menyoal penuh tanda tanya kepada Jungkook sambil menyandarkan belakang badan aku di sebuah meja. Aku berpeluk tubuh memandangnya.

Jungkook masih dengan wajah pucatnya. Langsung tidak membuka mulut untuk memberikan aku satu patah pun perkataan sebagai jawapan.

Dia yang daripada tadi mendiamkan diri membuatkan aku rasa macam nak naik angin. Rasa macam aku nak mengamuk je sekarang.

Tapi aku tahu dia tu baru sedar dari pengsan , takkan aku nak bertindak terburu buru pulak kan ?

"Jeon , aku tak faham lah dengan kau sebenarnya. Aku betul betul tak faham" aku mengerutkan dahi memandangnya.

Mendengarkan sahaja aku berkata begitu , perlahan lahan dia menoleh dan memandang aku. Dengan pandangan 'apa' lemahnya itu diberikan kepada aku.

"Kau putus dengan dia , kau sakitkan hati dia , kau malukan dia. Tapi kenapa sekarang ni kau pulak yang bukan main angkat dia dari tangga ke hospital dalam keadaan lari tanpa menaiki apa apa kenderaan walaupun jauh , hm ?"

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkOù les histoires vivent. Découvrez maintenant