twenty eight

501 81 61
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Apa yang awak berdua fikir yang awak tengah buat sekarang ni , hm ?" pandangan tajam diberikan kepada dua orang pelajar lelaki di hadapannya.

Pengetua Jo mengeluh perlahan. Sisi kepalanya dipicit perlahan. Entah kenapa kepalanya terasa begitu sakit dan pedih sekali. Penat layan kerena budak budak sekolahnya.

Baru sahaja tadi , dilaporkan bahawa dua orang pelajar di hadapannya ini bergaduh sewaktu kelas sedang berlangsung. Nasib Miss Choi sempat datang dan leraikan pergaduhan.

Kalau tak , tak tahu lah apa yang akan terjadi nanti.

Wajah kedua dua orang pelajar di hadapannya dipandang buat seketika. Luka sini sana , tak ubah macam samseng dah. Ini bukannya pelajar sekolah !

Pengetua Jo mengeluh berat sekali lagi.

"Kamu berdua tahu bukan , final exam nak dekat dah , hm ?"

—Diam.

"Kamu berdua kena ingat , kamu berdua ni pelajar senior sekolah ni. Dah tak perlu lagi kamu nak habiskan masa dengan bergaduh dan bermain macam ni , fokus dengan pelajaran kamu tu yang lebih penting"

—Diam.

"Apa awak berdua fikir saya ni tunggul ke dekat depan ni , Park Jimin ? Jeon Jungkook ?"

Serentak mereka berdua mengangkat wajah dan membalas pandangan Pengetua Jo. Kedua dua mereka mempunyai luka di wajah mereka sendiri.

Hasil daripada bertumbuk sebentar tadi.

Entah apa yang menjadi isu mereka perlu bertumbuk dan bergaduh , Pengetua Jo sendiri tidak tahu dan dia sendiri pun malas ingin mengambil tahu.

Masalah peribadinya lebih cukup memenatkan daripada dia ingin mengambil tahu tentang apa yang mereka berdua sedang gaduhkan pada ketika itu.

"Park Jimin-sshi..."

"Nae ?" balas Jimin perlahan.

"Awak ni pelajar yang baik. Kenapa tiba tiba bergaduh , hm ? Selama awak sekolah dekat sini , awak tak pernah ada kes disiplin"

Perlahan Jimin tundukkan kepalanya ke bawah. Tak mahu lagi bertentang mata dengan Pengetua Jo yang berada di hadapannya ketika itu.

Sama ada dia takut ataupun malu ingin bertemu mata , Pengetua Jo sendiri tidak tahu.

Kini , perlahan Pengetua Jo memusingkan kepalanya ke sebelah tepi pulak. Menghadap wajah Jungkook yang penuh luka di hadapannya itu.

Dia mengeluh perlahan.

"Jeon Jungkook-sshi..."

"Hurm ?" balas Jungkook tanpa langsung memandang Pengetua Jo.

"Pandang saya bila saya panggil awak , Jeon Jungkook"

Jungkook mengeluh berat. Mahu atau tidak , terpaksa juga lah dia mengikut sahaja kehendak pengetua wanita di hadapannya itu.

Pandangan malas Jungkook berikan. "Waeyo ?"

"Awak tokoh pelajar tau , Jeon Jungkook. Pelajar terbaik kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi kenapa awak libatkan diri dalam perkara tak berfaedah macam ni , hm ?"

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now