nine

708 120 103
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Perlahan lahan mata aku terbuka. Dan perkara pertama yang aku dapat lihat ketika ini hanyalah siling putih yang berada di atas.

Keluhan berat aku lepaskan sambil memejam kedua dua belah mata aku. Kepala aku ketika ini terasa begitu berat sangat sangat.

"Yiseo ? Kau dah bangun ?"

Suara garau seseorang menegur aku membuatkan aku membuka mata sebelum perlahan lahan menoleh ke arahnya.

Park Jimin.

"Kau tunggu sekejap , aku pergi panggil doktor"

Baru sahaja Jimin ingin bangun dari tempat duduknya dan melangkah pergi meninggalkan aku , pantas aku gelengkan kepala.

Dia menghentikan langkahnya dan memandang aku dengan sebelah keningnya yang terangkat ke atas. Memandang aku pelik.

"Tak perlu. Aku okay"

Aku cuba untuk bangun dari katil menggunakan sebelah tangan aku yang dijadikan penyokong untuk aku bangun.

Melihatkan sahaja aku dalam keadaan begitu , Jimin terus menghampiri aku dan membantu aku bangun lalu menyandarkan aku pada kepala katil.

"Kenapa kau tak baring je ? Rehatkan diri kau ?"

Soalan yang ditujukan Jimin kepada aku hanya dibalas dengan gelengan perlahan sahaja.

"Aku okay" balasku lemah.

"Okay ? Hey Jang Yiseo , kau sedar tak yang kau baru je jatuh tangga tadi ? Kaki kau bengkak dan kepala kau baru je berlaku pendarahan tadi !"

Aku melepaskan keluhan berat sambil kedua dua belah mata aku terpejam rapat. Penat. Betul betul penat sekarang ni.

Perlahan lahan aku membuka mata aku semula dan menoleh memandang Jimin yang berada di sebelah aku.

"Park Jimin , aku penat"

Mendengarkan sahaja balasan aku , lelaki itu terus terdiam. Mungkin baru menyedari yang dia terlalu overreacting dengan situasi ini.

Perlahan lahan Jimin menundukkan pandangannya ke bawah. Dia melepaskan keluhan berat juga.

"Mana... Jungkook ?"

Satu soalan terpacul di mulut aku membuatkan Jimin terus mengangkat wajahnya semula dan memandang aku.

Riak wajahnya mula berubah tatkala aku menyebut sahaja nama Jungkook di hadapannya ketika itu.

"Kenapa kau pasal dia pulak ?" mendatar sahaja suaranya.

Aku menundukkan pandangan ke bawah. "D-dia yang bawak aku ke sini , bukan ?"

"Kau ni bodoh ke , Yiseo ?"

Riak wajah aku mula berubah tatkala Jimin membalas seperti itu kepada aku. Mata aku dan dia saling bertaut.

"Aku yang bawak kau ke hospital ni. Jungkook takde"

"K-kau tipu kan ?"

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now