twenty five

513 81 16
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Ehem ehem"

Deheman yang dibuat Jungkook di sebelah membuatkan aku yang tengah mengelamun itu terus memusingkan kepala dan memandang tepat ke arahnya.

Lepas dengar apa yang dia cakap tadi dekat bangku , aku dengan dia automatik jadi awkward bapak. Dah macam ni first time kitorang berdua bercinta dan keluar date bersama pulak.

Aku memandangnya terpinga pinga. Jungkook gigit bibir bawahnya erat sambil menggaru belakang kepalanya yang tak gatal. Nampak jelas , dia juga malu dan kekok sebenarnya.

"Lu-lupakan apa yang aku cakap tadi dekat kau" ungkapnya sekali nafas. Pantas mengalihkan pandangannya.

Aku ketap bibir rapat bagi menahan diri daripada tersenyum tatkala melihat pipi Jungkook yang sudah mula memerah.

"Hurm ? Apa yang jadi tadi ?" sengaja aku bertanya. Buat buat macam tak ingat.

Mendengarkan sahaja kata kata aku itu , langkahnya terus terhenti membuatkan langkah aku juga turut terhenti. Aku memandangnya pelik dengan sebelah kening terangkat ke atas.

"Tunggu... kau amnesia ke ?" berkerut wajahnya memandang aku.

Aku tertawa kecil. "Aku tengah tolong kau buat buat tak ingat supaya kau tak malu. Ni kau pulak nak aku ingat ke macam mana ?" ujarku selamba.

Tanpa menunggu Jungkook , aku terus melangkah ke hadapan dengan kedua dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket blazer uniform sekolah sendiri.

Jungkook dari belakang terus berlari menghampiri aku dan kini kami berdua berjalan beriringan bersama tanpa hala tuju. Tah lah , aku pun tak tau nak gi mana. Sekadar jalan je ni.

"Ermm... Yiseo-ah"

"Hurm ?" balasku tanpa langsung memandang ke arahnya.

Mata aku masih ralit memerhatikan keadaan di sekeliling. Walaupun harini hari sekolah , tapi amusement park ni meriah jugak dengan orang.

"Kau ada nak main apa apa tak ? Kita main sama sama ?" soal Jungkook sambil kedua dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodienya.

"Kenapa kau bukan main nak berlagak baik dengan aku ni ha ? Tak faham lah" balasku jujur.

Entah mimpi apa lelaki ni tiba tiba je ajak aku ke sini lah ke situ lah. Paling bestnya , siap belanja aku pulak tu. Jeon Jungkook ni dah lah kedekut tahi hidung masin.

Tengok ni.

Sekarang ni bukan main pulak berlagak macam malaikat baik yang bukan main ajak aku pergi sini lah situ lah. Seolah olah dia macam dah lupa dengan apa yang dia buat dekat aku selama ni.

Jungkook terdiam buat seketika mendengar apa yang baru sahaja aku katakan kepadanya. Menyedari riak wajah Jungkook yang kian berubah itu , perlahan aku menoleh ke arahnya.

"Jungkook..."

Tiba tiba lengan aku dipegangnya erat membuatkan aku sedikit terkejut dengan tindakannya yang secara tiba tiba itu. Mata aku sedikit membulat memandangnya.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now