twenty nine

560 89 19
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Apa termenung jauh ni , hm ?" teguran Yiseo membuatkan Jimin yang sedang termenung jauh itu terus termati lamunannya.

Pantas dia mengangkat wajah dan memandang Yiseo yang berada di hadapannya dengan mata yang dibulatkan sedikit.

"Hm ? Wae ?"

Yiseo ketawa kecil. "Takdelah aku tengok kau daripada tadi termenung jauh. Apa terfikir awek baru kat sekolah ke apa sampai aku kat depan ni kena layan macam tunggul"

Jimin hanya tersenyum nipis mendengar guarauan senda daripada Yiseo. Kedua dua mereka membalas senyuman sebelum makanan di hadapan ditumpukan semula.

"Erm... Yiseo ?"

"Hurm ?"

"Macam mana kat sini ? Dapat kawan baru tak ? Treatment kat sini semua okay ?" mendengarkan sahaja soalan Jimin , Yiseo mengangguk perlahan.

Sejak dua menjak , keadaan Yiseo semakin teruk dan kesan sampingan daripada penyakitnya itu membuatkan Yiseo memerlukan rawatan di hospital.

Walaupun tak banyak yang pihak hospital dapat bantu , cukup sekadar diberikan ubat bagi menahan rasa sakitnya itu sahaja sudah pun memadai.

Lagipula , Yiseo perlu ditahan di dalam hospital ini buat sementara bagi menunggu penderma hati supaya dia dapat menjalankan pembedahan dengan segera.

"Jimin-ah"

"Hurm ?"

Yiseo tersenyum. "Kau tak perlu nak risau pasal aku sangat. Risaukan diri kau tu ha. Aku tengok kau ni macam tak okay je. Ada masalah ke , hm ?"

Jimin tersenyum tawar. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Sudu yang dipegangnya itu mula menguis makanan di hadapannya.

Dia sendiri tidak tahu , sama ada perlu ataupun tidak dia memberitahu Yiseo tentang apa yang telah pun terjadi di sekolah tadi.

Lagipula , kejadian itu melibatkan dirinya dan juga Jeon Jungkook.

"Jang Yiseo..."

"Hurm ?"

"Kau... masih tak dapat nak lupakan Jungkook lagi ke ?"

Kata kata yang terbit di bibir milik Jimin membuatkan riak wajah Yiseo serta merta berubah. Sungguh , hanya dengan nama lelaki itu sahaja boleh mengubah emosinya dalam sekelip mata.

Tambahan pula , sudah hampir tiga minggu dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Bagaikan kewujudannya ini sudah pun lenyap dalam kehidupan lelaki bernama Jeon Jungkook itu.

Yiseo ditahan di hospital dan hanya Jimin dan ibu tirinya sahaja yang tahu tentang hal ini. Pelajar di sekolah mahupun cikgu cikgu juga langsung tidak tahu.

Jimin dah janji nak uruskan semuanya untuk Yiseo. Minggu hadapan , ibu tiri Yiseo akan mengisi borang berhenti sekolah untuk pihak sekolah.

Memandangkan hidupnya juga bakal berakhir , ibunya menyuruh Yiseo untuk berehat dan tenangkan fikiran di hospital itu sahaja. Tak perlu susah susah fikir tentang hal sekolah.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now