seventeen

611 91 37
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Jang Yiseo..." suara Jimin memanggil nama aku lembut.

Aku yang sedang duduk sambil memeluk kedua dua belah lutut erat itu langsung tida memandang ke arahnya. Tubuh aku sudah pun menggeletar dahsyat.

"Jang Yiseo , kau dah selamat. Semuanya dah okay..."

Perlahan lahan aku mengangkat wajah ke atas dan menatap wajah Jimin yang sudah pun lebam dan luka akibat dibelasah oleh mereka yang lain sebentar tadi.

Tatkala aku membalas pandangannya , pantas sahaja lelaki itu mengukirkan senyuman manisnya kepada aku membuatkan empangan air mata di tubir mata aku akhirnya pecah berderai.

Air mata aku mengalir deras membasahi pipi.

Sesekali , mereka yang lain yang berada jauh daripada aku dan Jimin yang telah pun ditangkap oleh beberapa anggota polis itu menarik perhatian aku. Bibir aku pantas sahaja dikemam rapat.

"Ji-Jimin..."

Aku kembali menundukkan semula wajah aku ke bawah. Tubuh aku dipeluk dan dikecilkan semula kerana rasa malu sangat sangat apabila Jimin melihat aku dalam keadaan yang cukup menyedihkan ini.

Tubuh aku pula masih tidak henti daripada menggigil ketakutan. Sungguh , aku takut sangat sangat dengan apa yang baru sahaja menimpa aku sebentar tadi sehingga aku rasa macam nak mati.

Pantas sahaja Jimin menanggalkan blazer uniform sekolah yang tersarung di tubuhnya itu lalu blazer tersebut disarungkan di bahu aku. Perlahan tangannya menutup sedikit tubuh aku yang terdedah.

"Ji-Jimin..."

Aku mengeluarkan tangan kecil ku dan cuba untuk mencapai lengannya. Namun ketika itu , tangan aku tak henti henti berketar sehingga membuatkan aku tak mampu ingin memegang lengannya.

Dia yang sedang menyaksikan perbuatan aku itu , terus mencapai tangan aku dan menggenggam tangan aku erat. Kedua dua belah tangan aku dipegangnya erat.

Hangatnya tangan Jimin....

Perlahan lahan aku dongakkan wajah ke atas semula dan menatap wajah Jimin yang sedang menguntumkan senyuman manis dan lebarnya kepada aku.

"Kau tak perlu takut. Aku ada di sini , Jang Yiseo"

Sebaik sahaja berkata begitu kepada aku , dia terus menarik tubuh kecil aku masuk ke dalam dakapan hangatnya. Di saat wajah aku dibenamkan di dadanya , dia mula mengusap rambut aku lembut.

"Aku tau kau masih takut. Jadi , kalau kau nak menangis , menangis lah. Aku sedia ada di sini untuk pinjamkan bahu aku pada kau"

Mendengarkan sahaja apa yang baru sahaja Jimin luahkan kepada aku itu , aku terus memejam mata rapat dan menangis teresak esak pada dadanya. Tangisan aku kedengaran begitu kuat sekali.

Walaupun kemeja sekolah bahagian dadanya itu sudah pun basah dek kerana air mata aku yang tidak henti henti mengalir membasahi pipi , namun dibiarkan sahaja olehnya. Rambut aku diusapnya lembut.

"Aku ada di sini , Jang Yiseo...."

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now