nineteen

548 98 72
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Eo ? Park Jimin ?" Dakyung tersenyum lebar lalu terus menghampiri Jimin dan Yiseo bersama dengan Jungkook yang berada di sebelahnya.

Jimin hanya tersenyum nipis sahaja memandang Dakyung yang merupakan sepupu rapatnya itu. Namun dia tidak terkejut melihat Dakyung bersama Jungkook , kerana awal awal lagi Jungkook sudah pun beritahu kepadanya.

"Apa yang kau buat dekat sini ?" makin melebar senyuman Dakyung memandang Jimin.

"Ah , aku..." Jimin tersenyum kelat lalu menggaru kepalanya yang tak gatal. Mencari idea untuk memberikan jawapan kepada Dakyung.

Sedang Jimin cuba mencari alasan , Dakyung terus menoleh dan memandang ke arah Yiseo yang daripada tadi hanya berdiam diri sahaja di sisi Jimin. Dakyung tersenyum lebar.

"Ni siapa ? Teman wanita kau ke ?" soal Dakyung lembut sambil matanya tak lepas memandang ke arah gadis di sebelah Jimin.

"Eo. Teman wanita aku. Kitorang datang date dekat sini" jawab Jimin selamba membuatkan Jungkook dan Yiseo serentak memandang ke arah Jimin.

"Aigoo... dah maju eh kau sekarang" terkekek Dakyung ketawa.

Jimin tersenyum nipis. Kini , matanya tertumpu kepada Jungkook yang berada di sebelah Dakyung pula. "Ni ? Apa Jungkook buat dengan kau dekat sini ?"

"Oh , korang berdua mesti saling kenal kan memandangkan korang dari sekolah yang sama ?" Dakyung tersenyum lebar. "Jungkook ni--"

"Tunang Ji Dakyung. Kami datang ke sini pun nak date" balas Jungkook tenang.

Mendengarkan sahaja jawapan yang diluahkan Jungkook , perlahan lahan Yiseo tundukkan pandangannya. Memandangkan di waktu itu , Jungkook memang berdiri betul betul di hadapannya.

"Bila kau balik dari US ? Tak bagitahu aku pun" sengaja Jimin cuba mengubah topik.

"Dah lama dah. Kau je yang tak datang jenguk aku dekat rumah. Kalau tak kita dah boleh spend time sama sama dah" Dakyung tersenyum mesra.

"Kalau aku ajak kau spend time dengan aku harini boleh ?" soal Jimin selamba membuatkan sebelah kening Dakyung terangkat ke atas.

"Nae ?"

"Kita boleh spend time harini kat sini sama sama dan..." Jimin memandang ke arah Jungkook dan Yiseo silih berganti. "Jungkook , boleh aku pinjam sepupu aku ni kejap ? Aku nak spend time dengan dia. Dan boleh kau tolong tengok tengokkan teman wanita aku ?"

Kata kata Jimin membuatkan riak wajah Yiseo terus sahaja berubah. Yiseo dan Jungkook serentak memandang wajah Jimin dengan pandangan terkejut. Jimin hanya tersengih.

Tanpa segan silu , pantas sahaja lengan Dakyung dirangkulnya erat sebelum dia memberikan senyuman lebar dan sinis kepada Jungkook yang masih lagi terpinga pinga.

"Jagakan Jang Yiseo tau" sebelah mata dikenyit ke arah Jungkook.

Sebaik sahaja berkata begitu , pantas sahaja Jimin pergi meninggalkan Yiseo dan Jungkook berduaan di situ bersama dengan Dakyung. Dakyung pulak tidak membantah dan mengikut sahaja kehendak Jimin.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now