twenty one

581 87 16
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Omma , seo dah balik" ujar Yiseo perlahan ketika melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Ruangan rumah yang begitu gelap gelita membuatkan gadis itu tertanya tanya di manakah ibu tirinya berada. Barangkali sudah berpindah ke alam mimpi memandangkan waktu pun sudah lewat.

Ommanya itu memang jenis yang suka masuk tidur awal. Kadang kadang belum pukul 10 malam lagi , wanita itu sudah pun terlelap di dalam bilik tidurnya itu.

Lagipula , jikalau Yiseo balik lambat ataupun tidak , bukan ibu tirinya itu ingin mengambil peduli tentang hal kehidupan anak tirinya itu. Memang itu sudah menjadi kebiasaan hidup mereka.

Tanpa berlengah , pantas sahaja Yiseo mengorak langkahnya dan mula mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas. Tiba sahaja di dalam biliknya , terus sahaja gadis itu mengambil keputusan untuk membersihkan diri.

Seusai membersihkan diri , dia mula keluar dari bilik mandi hanya dengan menyarungkan tshirt berwarna putih bersama seluar pendek berwarna hitam.

Gadis itu juga kelihatan cukup letih. Memandangkan sepanjang hari itu dia menghabiskan masa bersama dengan Jeon Jungkook sahaja , bekas teman lelakinya.

Aneh , lelaki itu melayan gadis itu dengan cukup baik sekali. Berbeza dengan pertama kali lelaki itu mengucapkan kata putus kepada hubungan cinta yang telah dijalinkan mereka selama 3 tahun itu.

Yiseo melabuhkan punggungnya di atas katil. Perlahan lahan kedua dua belah kakinya diangkat ke atas dan dibaringkan di atas katil yang empuk itu.

" waiting for you anpanman ~ "

Bunyi ringtone Yiseo menandakan seseorang membuat panggilan telefon dengannya membuatkan gadis itu pantas sahaja menoleh ke tepi dan memandang ke arah telefon pintarnya yang diletakkan elok di atas meja kecil di sisi katil.

Tangan kecilnya pantas sahaja mencapai telefon itu. Matanya serta merta membaca nama si pemanggil yang tertera di skrin telefonnya. Melihatkan sahaja nama lelaki itu , Yiseo terus mengeluh.

Tak perlu membuang masa , pantas sahaja jarinya menekan butang decline.

Baru sahaja gadis itu ingin meletakkan semula telefonnya di atas meja tersebut , sekali lagi ringtonenya berbunyi kuat meminta untuk pemiliknya mengangkat panggilan.

Nama yang sama tertera di skrin.

"Apa masalah dia ni sebenarnya ?" Yiseo meluah geram. Namun disebabkan malas ingin menadah telinga mendengar ringtone yang tak henti melalak , terpaksa juga gadis itu mengangkat panggilan.

Ulang semula , terpaksa.

Telefon itu terus sahaja ditekupkan di telinga kanan miliknya. Pandangan malas dan menyampah terpapar di wajahnya. Walaupun si pemanggil tidak dapat melihat wajahnya , namun cukup mendengar suara menyampahnya sahaja dah memadai.

"Yeo-yeobseyo... ?" suara garau lemah seseorang kedengaran di hujung talian membuatkan sebelah kening Yiseo terangkat ke atas.

"Apa kau nak ?" balas Yiseo kasar. Sesekali dia menggulingkan matanya ke atas tanda menyampah.

Kedengaran jelas Jungkook ketawa kecil di hujung talian. "Kenapa kau decline call aku tadi...?"

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now