epilogue

844 96 54
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Perlahan lahan matanya terbuka. Pandangannya yang kabur itu membuatkan kepalanya terasa pedih dan sakit entah kenapa. Dia memejam semula matanya dan membuka balik matanya.

Kini , pandangannya mula stabil.

Dan perkara pertama yang dia dapat lihat ketika itu hanyalah siling putih.

Dengan penutup mulut oksigen diletakkan pada mulut dan hidungnya. Dia memejam matanya rapat semula sebelum membukanya kembali. Seluruh tubuhnya terasa agak kebas dan sakit.

"Kau dah bangun ?"

Suatu suara yang amat dikenalinya membuatkan dia perlahan menoleh dan melihat ke arah gerangan suara tersebut. Wajah seorang lelaki tampan menghiasi pandangannya.

Jimin tersenyum lebar.

"Syukur , kau baik baik sahaja"

Dengan pantas , penutup oksigen itu ditanggalkan membuatkan Jimin agak terkejut. Pantas sahaja dia mengangkat wajah dan memandang ke arah Jimin.

"Apa yang terjadi ? Di mana aku sekarang ?"

"K-kau baru je menjalani pembedahan tadi..." ujar Jimin perlahan.

"Pe-pembedahan ?"

Soalan dia membuatkan Jimin terdiam. Perlahan lelaki itu menundukkan wajahnya ke bawah. Entah kenapa dia merasakan seperti tidak patut untuk dia katakan perkara ini.

"Ma-macam mana ? Pi-pihak hospital dah jumpa penderma ke ?"

"Ya... tapi..."

"Tapi , apa ?" pantas sahaja gadis itu bertanya.

"Jeon Jungkook..." mata Yiseo membulat. "Dia , pendermanya"

Yiseo tersentak.

Terdiam buat seketika gadis itu jadinya. Dia sendiri tidak menyangkakan apa yang baru sahaja terbit di bibir milik sahabat baik di hadapannya ini.

Pantas Yiseo mengubah posisi baringnya kepada duduk di atas katil pesakit itu. Walaupun tubuhnya terasa agak sakit dan pedih namun digagahkannya jugak.

"Park Jimin , jujur dengan aku" keras suara Yiseo.

Jimin masih menundukkan pandangannya ke bawah. Bibir bawahnya digigit erat. Tidak mahu langsung bertentang mata dengan Yiseo yang berada di hadapannya.

"Jeon Jungkook..."

Yiseo menunggu jawapan daripada Jimin.

"Dia dah takde..."

Perlahan lahan Jimin mengangkat wajahnya dan menatap wajah Yiseo. Yiseo terkedu sebentar. Keadaan menjadi sunyi sepi buat seketika sebelum Yiseo membuka mulutnya perlahan.

"U-ulang semula..." bergetar suara Yiseo.

Namun Jimin hanya mendiamkan diri. Dia langsung tidak mengungkapkan apa apa kepada Yiseo. Malahan dia sendiri terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now