twenty six

509 80 30
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Malam sudah pun menjelma. Dan Jungkook ingin menghantar aku pulang ke rumah. Selepas sahaja kejadian di ferris wheel tadi , keadaan di antara kami terus menjadi begitu kekok.

Dah macam ni first time kitorang kiss pulak.

Tak sempat nak main permainan lain , Jungkook dah ajak aku pergi dinner dan dia ingin bawa aku pulang ke rumah. Hanya disebabkan Jungkook dan aku dua dua dah malu.

"Yi-Yiseo..."

Panggilan dari arah tepiku membuatkan aku yang tadinya menundukkan kepala ke bawah pantas mendongak dan menoleh memandang Jungkook.

"Nae ?"

Dia tidak memandang aku. Turut menundukkan pandangannya. Bibir bawahnya digigit. Sesekali dia membuka mulut namun sayangnya tiada sepatah perkataan pun yang terbit.

"Nak cakap apa ?" soal aku lagi semakin pelik.

"Uhmmm..." Jungkook menggaru dahinya.

Hampir tertawa aku melihat Jungkook dalam keadaan begini.

Semasa bercinta mahupun dah putus sekalipun , dia tetap seorang lelaki yang begitu malu nak hadap dengan aku lepas kejadian intim kami sebentar tadi.

Tah macam mana dia layan bakal isteri dia nanti. Baru pegang pipi sikit dah senyum senyum lepastu blushing. Mahunya nanti dia lari sebab malu bila isteri dia nak goda dia.

Sedang menunggu Jungkook yang masih cuba untuk menyusun ayat untuk berkata sesuatu kepada aku , tiba tiba mata aku menangkap kelibat kawasan tapak bermain bola keranjang yang ada berdekatan dengan tempat kami berada.

"Eo , Jeon ! Tengok tu" ujarku riang sambil menunding jari ke hadapan. Senyuman lebar terukir jelas di wajahku.

Baru sahaja Jungkook ingin menoleh memandang ke arah yang aku lihat , aku sudah pun berlari menghampiri tapak bola keranjang tersebut.

Entah kenapa aku excited lain macam.

Tapak bola keranjang tu kosong sahaja. Tiada langsung orang yang bermain di situ. Namun ada bola keranjang yang ditinggalkan di gelanggang tersebut.

Disebabkan suasana malam ini agak gelap , lampu yang ada di sekitar gelanggang bola keranjang ini turut terpasang. Dah lama sebenarnya aku tak main bola keranjang.

Last aku main pun....

Aku menoleh sebentar ke arah Jungkook yang berjalan menghampiri aku dengan kedua dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodienya.

Dengan Jeon Jungkook...

"Kenapa tetibe excited tengok bola keranjang ni ?" soal Jungkook lalu tersenyum. Pelik jugak dengan perangai aku ni.

Aku hanya tersengih. "Suka hati lah. Lagipun dah lama tak main"

Pantas sahaja bola keranjang yang disediakan elok di tapak gelanggang tersebut dicapai oleh aku. Bola itu aku bounce buat seketika.

Sebenarnya aku memang suka dengan bola keranjang. Cuma dekat sekolah kami cikgu tak open team untuk basketball team perempuan. Hanya ada team lelaki sahaja.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now