sixteen

561 89 61
                                    

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Park Jimin !"

Belum sempat Jimin ingin melangkahpergi meninggalkan aku di kelas ini , aku sempat menahan lenggannya membuatkan Jimin terus menghentikan langkahnya.

Dia yang berdiri membelakangi aku itu terus melepaskan keluhan berat sambil kedua dua belah matanya dipejam rapat. Jelas kelihatan bahawa dia sangat malas ingin melayan aku.

Aku memusingkan sedikit tubuhnya supaya dia akan menghadap aku yang sedang memandang wajahnya dengan pandangan penuh tertanya tanya.

"Kenapa sepanjang harini kau palau aku ? Rehat tadi pun kau buat tak endah bila aku ajak makan. Tak pasal pasal harini aku kena makan sorang sorang takde teman"

Dia ketawa sinis sebaik sahaja mendengar apa yang aku baru sahaja katakan kepadanya. Sebelah kening aku serta merta terangkat ke atas dan memandang wajahnya pelik.

"Sejak bila pulau kau kisahkan aku ni , Yiseo ?" soalnya dingin.

Makin pelik aku tengok dia ni. "Kenapa kau cakap macam tu ?"

Keluhan berat Jimin lepaskan sebelum dia menatap wajah aku semula. Mulutnya dibuka sedikit bagi mengluarkan jawapan kepada soalan yang aku tujukan sebentar tadi.

"Kalau aku cakap yang aku dah tanak berkawan dengan kau , apa yang kau nak buat ?"

Aku tersentak.

Perlahan lahan tangan aku yang setia memegang erat lengan Jimin ketika itu semakin lama semakin longgar membuatkan tangan aku akhirnya terlepas dari lengannya.

Ruangan kelas ketika itu menjadi sunyi sepi tanpa sebarang suara memandangkan budak kelas aku yang lain semuanya sudah pun beransur pulang ke rumah masing masing.

Dan kini , hanya ada aku dan Jimin sahaja di ruang belakang kelas.

"A-apa yang kau cakapkan ni , Park Jimin ?" berkerut kerut dahi aku memandang wajah Jimin.

Masih tak dapat nak terima hakikat dengan apa yang aku baru sahaja dengar daripada Jimin ketika ini. Katakan kepada aku , yang aku sedang bermimpi ngeri sekarang.

Mata Jimin tajam menikam anak mata aku. Hanya pandangan ketat dan dingin sahaja dia berikan kepada aku. Sudah tiada lagi senyuman lebar bodoh yang dia selalu berikan kepada aku.

Apa sebenarnya yang dah terjadi ni ?

"Aku tak rasa yang kau ni pekak lagi. Jadi aku malas nak ulang balik apa yang aku cakap dekat kau. Aku yakin , kau dapat dengar dengan jelas tadi"

"Ji-Jimin..." aku tundukkan pandangan ke bawah.

Pantas sahaja tangan aku memegang semula lengan Jimin. Bibir aku diketap erat. Sedaya upaya aku cuba untuk sembunyikan perasaan sedih yang aku rasakan ketika ini kepadanya.

Semua ni berlaku dengan secara tiba tiba dan aku tak expect semua ni. Aku tak faham dan aku keliru kenapa dia buat keputusan terburu buru seperti ini.

"A-apa puncanya...." suara aku perlahan.

Belum sempat aku dapat mendengar jawapan daripada mulut Jimin sendiri , tiba tiba sahaja dia menolak tubuh aku membuatkan tubuh aku terundur ke belakang beberapa langkah.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now