TMG01

3.6K 260 24
                                    

Gadis ini telah menarik ramai perhatian orang ramai seketika dia masih bayi. Kerana apa? Kerana dia mempunyai anak mata yang sangat menarik dan cantik.

Anak mata biru yang bercampuran warna hazel itu menjadi kegilaan ramai. Setiap kali anak matanya terkena cahaya, mata itu kelihatan sangat cantik dan bahaya untuk dipandang.

Turut gadis ini ditarget dalam kes perculikkan dan pembunuhan kerana ingin mengambil matanya.

Sejak dari situ, ibu bapa gadis ini mengambil keputusan untuk membelinya satu topeng muka yang menutup keseluruhan wajahnya kecuali dibahagian mulut.

Dia mula memakai mask tersebut semenjak usianya menginjak 2 tahun. Tetapi terdapat banyak lagi keistimewaan yang ada pada dirinya yang kebanyakkan orang tidak tahu.

Bahkan nama aslinya juga tidak ketahui ramai. Tambah-tambahan orang luar. Seketika umurnya 5 tahun, dirinya didapati oleh doktor merawat dirinya menyatakan gadis ini terdapat satu penyakit yang tidak ramai yang ada.

Penyakit yang dimiliki oleh V ialah penyakit yang pertama di daftar dalam sejarah. Bahkan ibu bapanya sendiri menyorokkan penyakit tersebut daripada pengetahuannya sendiri.

Ibarat hidupnya ini bagaikan patung bernyawa. Walaupun tidak mempunyai perasaan seperti orang lain. Dia juga tahu apa itu perasaan dan tahu macam mana nak menggambarkan walaupun tidak sempurna.

Baginya itu bukan penghalang pada dirinya untuk terus hidup. Baginya mungkin ada sebab kerana apa Allah menjadikannya seperti itu. Lagipun dia tidak pernah merungut untuk semua itu.

Dia juga bersyukur dikurniakan dua orang sahabatnya. Walaupun sahabat berlainan sifat dan perangai darinya, dia tetap juga bahagia walaupun dia tidak dapat merasainya.

Sebelum itu gigi taringnya hanya biasa sahaja. Elok usianya melonjak ke 12 tahun. Baru nampak perbezaan antara gigi taringnya sebelum ini dan sekarang.

Kalau dulu lebih kepada tumpul bahkan sekarang lebih kepada gigi taring seperti seorang vampire. Tiada sesiapa yang pernah nampak wajah sebenarnya malah keluarganya sahaja hanya tahu akan namanya.

Dia hanya digelarkan sebagai V dan R. Hanya keluarga dan sahabatnya sahaja memanggil dia dengan panggilan R manakala di sekolah orang akan memanggilnya dengan V.

Dia jugak tidak kisah tentang itu. Kerana memang sifatnya begitu. Hidup tanpa perasaan. Sedih pun begitu, marah pun begitu dan happy pun begitu tanpa sebarang reaksi.

Topeng dimuka tidak pernah ditanggalkan di depan orang. Kalau boleh 24 jam wajah itu terdapat topeng. Tetapi tanggungjawab dia sebagai orang islam diteguhkan.

Dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dirinya belum berhijab. Dia juga tidak pernah mengabaikan tentang agamanya.

......

Disini dan pada harini merupakan hari terakhirnya di Korea setelah 2 tahun belajar disana. Sekarang usianya 17 tahun dan akan menyambung pengajian di Malaysia.

Tujuan dia mengaji disana kerana atas permintaan neneknya disana. Kebetulan dirinya mempunyai 5 kacukan iaitu Malaysia, Korea, Amerika, France dan Arab. Ini kerana keluarnya suka merantau jadi jodoh mereka semua orang jauh.

Dia juga mempunyai 4 orang abang dan dia merupakan yang bongsu. Mak ayah mereka sudah meninggal dunia semasa V berusia 14 tahun. Tiada langsung air mata dan wajah sedih yang terpampar di wajah V.

" R, esok adik akan masuk sekolah Sri Kuala Lumpur School tau. Abang dah daftarkan kat sana. Adik okay?"

Tanya Raiven merupakan abang sulung V yang berumur 22. Dia sudah bekerja di syarikat peninggalan ayah mereka dan menjadi bos disitu.

[OG]𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐊𝐄𝐃 𝐆𝐈𝐑𝐋♕︎ Where stories live. Discover now