TMG-SC Baby

1.9K 185 3
                                    

|Special Chapter|

Bunyi tangisan seorang bayi memecahkan kesunyian sebuah bilik persalinan. Bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan telah menarik ramai perhatian.

Si Isteri mengambil bayi yang baru dilahirnya diletakkan disampingnya selepas dia diazan oleh Si Suami.

" Abang, anak mata dia sangat cantik."

Pernyataan dari Si isteri mendapat persetujuan dari Si suami. Yaa memang anak mata anak mereka sangat unik dan cantik.

Anak mata yang bercampuran biru dan hazel menampakkan keserian si bayi. Sedangkan tiada pun diantara mereka berdua yang memiliki anak mata tersebut kecuali Si isteri yang berwarna hazel dan Si suami berwarna biru gelap.

Mereka terlihat begitu teruja melihat wajah bayi perempuan tersebut. Sudah lama mereka mengimpikan anak perempuan setelah memiliki 4 orang anak lelaki.

"Kita mahu namakan anak kita ni apa ye ,abang?"

Mereka tidak sangka pun yang mereka bakal menerima anak perempuan. Kebetulan jugak mereka tidak membuat check up jantina untuk diberikan surprise semasa kelahirannya.

Masing-masing memiliki cadangan nama tersendiri tetapi dalam masa yang sama bimbang tak dapat diterima oleh pasangan.

"Sayang la namakannya. Abang kan namakan anak putera kita tu. So this is your turn. "

" Betul ni?"

Teruja Si isteri apabila mendapat persetujuan daripada pasangannya. Terus terangguk-angguk kepala Si suami.

"Macam mana dengan Raysha Vanessa ?" Cadang si isteri.

Mendapat anggukan daripada si suami menandakan si dia menerima cadangan daripada isterinya kesayangannya.

Diambil bayi perempuan tersebut lalu didukung dengan cara bayi selalu dukung tu la. Lalu berkata.

"Assalamualaikum , Raysha Vanessa Kim anak bidadari pasangan Kim. "

[OG]𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐊𝐄𝐃 𝐆𝐈𝐑𝐋♕︎ Where stories live. Discover now