TMG10

1.8K 167 4
                                    

Permandangan yang pertama V dapat lihat ialah bilik berdinding putih. Bau ubat mula menyengat ke hidung. Sudah sepastinya kalau ini bilik wad di hospital.

Otak dipikirkan kembali apa yang telah terjadi . Perlahan-lahan ingatan segar kembali dan V mula bangun dari baringan. Dipandang kearah kakinya yang tidak boleh digerakkan.

Ternyata kakinya disimenkan kemungkinan terseliuh semasa larian tadi. Kenapa perlu disimenkan? Adakah kakinya patah?

"Jangan banyak gerak sangat."

Mata dialihkan memandang kearah sumber suara. Seorang lelaki yang sedang duduk diatas sofa sambil fokus dengan bermain gajetnya. V memegang ke bahagian muka.

Alhamdulillah masih lagi bertopeng. Kalau tidak, mampus la dia. Pesanan dari lelaki itu diabaikan lalu meletakkan kaki ke bawah. Sedikit susah apabila sebelah kaki kirinya tidak boleh digerakkan.

Akhirnya boleh juga diluruskan kaki kebawah walaupun agak sedikit kekok di kaki. Badan diregangkan kerana rasa terlalu lama berbaring. Hendak bertanya bagaimana dia boleh ada disini. Nanti dikatakan klishe pulak.

Tekak terasa perit menandakan tekaknya perlu di isi air kosong tetapi kenapa selalu  botol air di letakkan di pepenjuru bilik.

"Kau kalau nak air, bagitau. Mulut kena simen jugak ke?"

Bengang Aryan apabila melihat kesungguhan V untuk mengambil air. Dah sakit buat cara sakit. Jangan nak menambahkan lagi kesusahan orang.

Aryan bangun dari duduk dan melangkah kearah meja lalu mengambil sebotol air mineral. Disuakan botol tersebut kearah V. Disebabkan tengkak yang tidak mampu bertahan daripada kering, diambilnya jugak lalu meminumkannya.

Selesai minum , botol itu diambil semula oleh Aryan lalu diletakkan tempat asal. V memandangnya sekilas sebelum memandang kearah kakinya itu.

"Thanks."

Akhirnya V membuat keputusan untuk mengucapkan walaupun dalam suara yang malas. Mendengarkan deheman sebagai membalasan nya. Keadaan yang mula janggal dan sunyi lalu dipecahkan oleh V.

"Siapa bawa aku kesini?"

"Kalau aku kata aku yang bawa, kau nak kata pa?"

"Thank you jela ." Betulkah dia yang bawa aku kesini? Bisik hatinya.

"Sombong gila."

"So?" Balas V dengan bersahaja.

"Aku nak mintak maaf pasal pada yang jadi dekat hallway tu."

Terus V memandang tepat kearah Aryan yang menyimpan telefon pintarnya kedalam poket seluar. Badan ditegakkan menghadap V.

"Aku yang langgar then aku marah kat kau. So I'm so sorry."

"I forgive you."

Niatnya mahu berbaik dengan V tetapi V seolah tidak memberi peluang kepadanya. Kekadang dia jugak tertanya kenapa gadis dihadapannya ini bertopeng? Dan kenapa dirinya seperti dibuli?

"Aku nak tanya kau . Alang tumpang aku tengah ramah sekarang ni."

"Hm?"

"Asal kau bertopeng?"

Bukan Aryan hendak menjadi makcik bawang tapi memang niatnya hendak tahu kenapa. Dari awal permulaan sekolah sampailah sekarang . Muka tak pernah tidak bertopeng. V yang sudah menyangka soalan apa yang disoalkan oleh Aryan pantas sahaja mengelaknya.

"Panggil doktor untuk aku."

Aryan mengerti apa ada di fikiran V. Mesti mahu mengelak diri dari menjawab soalan tersebut. Lagipun siapakah dia untuk memaksanya?

"Okay."

Tombol pintu bilik wad dibuka oleh Aryan lalu keluar bagi mendapatkan doktor. Perlahan sahaja V mengeluh apabila terpikir sekejap dengan soalan diajukan oleh Aryan.

Dia ada sebab sendiri kenapa. Kalau tidak disebabkan nasihat oleh kedua ibubapanya, pastinya dia juga tidak suka pakai mask tersebut. Dia juga teringin untuk menjadi gadis remaja diluar sana. Tapi disebabkan kondisi dirinya yang mempunyai pelbagai keistimewaan , dipendamkan.

♕︎♕︎♕︎

Selepas membayar bil hospital, V yang duduk di kerusi roda ditolak oleh Aryan. Tujuan V memanggil doktor adalah untuk meminta kebenaran pulang kerumah.

Pada awalnya doktor menolak keras kerana V memerlukan perkhidmatan di hospital tapi dengan hasil kerja keras V menyatakan dia akan upah doktor merawatnya baru dibenarkan.

Tidak mahu dia untuk duduk lama-lama di hospital . Sudahlah kebosanan duduk disini tanpa teman. Kalau di rumah, at least dia ada tv atau gajet untuk dimain.

Sebaliknya, dia terfikir dimana pergi kedua sahabatnya yang dikatakan sehidup sejiwa tu. Tidak melawatnya langsung dari awal dia disini sehingga mahu balik pun.

Elok sahaja mereka dua ada dimuka pintu utama, tiba-tiba mereka disergah oleh abang sulung V ,Raiven. Mukanya penuh dengan riak kerisauan manakala peluh tidak henti menitik turun.

"Adik abang,okey? Macam mana boleh jadi macam ni? Risau abang tahu masa cikgu R call bagitau yang R cedera. "

Panggilan nama yang dipanggilkan oleh Raiven pada V sedikit sebanyak menimbulkan persoalan dipikiran Aryan. Abang V? Tetapi kenapa dia panggil V dengan panggilan R?

"Along, take a breath first. "

Raiven pun melakukan apa yang dikatakan oleh V. Dihirup lalu dihembuskan nafas bagi menenangkan dirinya.

"Kita balik. Tapi ini siapa?"

Raiven yang baru sedar bahawa Aryan yang berdiri dibelakang kerusi roda memandang kearahnya.

"Aryan , kawan V. "

V hanya mengabaikan sahaja disaat Aryan mengatakan bahawa dia kawan kepada V. Tangan dihalakan kehadapan untuk berjabat dengan Raiven. Tambah membuang masa ,Raiven pun menyambut salaman tersebut.

"Ouh ,kamu la Aryan. Terima kasih bawakan R ke hospital. Tapikan, kenapa kamu yang bawakan? Mana kawan mangkuk jamban ,adik?"

"Along, rumah."

Keras sahaja suara V. Sungguh dia amat penat ketika ini. Sudahlah mereka tunggu di hadapan pintu utama menyebabkan jalan lalu lalang orang terganggu.

"Ok,adik. Thank you ye jagakan R."

"No problem ."

Raiven menolak kerusi roda kearah kereta mereka. Aryan memerhati pasangan adik beradik dari jauh. Banyak persoalan timbul dipikiran. Kenapa V dipanggil R? Dan siapakah sebenarnya V ni?

_____________

[OG]𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐊𝐄𝐃 𝐆𝐈𝐑𝐋♕︎ Where stories live. Discover now