TMG11

1.7K 193 22
                                    


❦︎

Seminggu selepas kejadian dimana kaki V disimenkan , dia tidak banyak bergerak dan keluar. Bangun pagi ,pergi sekolah dan balik sekolah pastu ulangkaji kat rumah. Semua di rumah.

Disebabkan abangnya , Raiven terlalu protective keatasnya jadi dia terpaksa patuh . Kadang-kadang kalau dia terlalu bosan berada di dalam rumah ,dia akan berada dihalaman rumah. Sekurangnya ada jugak udara segar untuk diambil.

Hari ini merupakan hari minggu yang paling membosankan sehinggakan dirinya dihujani perasaan bosan melampau. Tidak ada satu pun yang hendak dia lakukan.

Television menjadi santapannya. Apabila acara music show yang muncul terus tangan berhenti daripada menerus menekan butang.

"Ouh jadi inilah yang Su minat sangat tu . Not bad. "

V hanya menghayati lagu yang dipersembahkan oleh kumpulan itu. Untung dirinya apabila dia dapat mengerti bahasa Korea tersebut.

Gadis itu menontonnya sehingga habis siaran dan kini digantikan dengan variety show iaitu 'Running Man ' dimainkan di kaca tv.

Telefon dikeluarkan dari poket lalu menelefon abangnya , Rayyan. Ada benda yang ingin dia sampaikan.

Beberapa deringan diperdengarkan, lalu dia mendengarkan suara abangnya di talian.

"Assalamualaikum, why do, adik?"

"Waalaikumussalam , bosan."

"Ingat kenapalah tadi. Takut abang ingatkan ada kecemasan tapi last-last sebab bosan. Pastu nak abang Yan buat apa?"

"Ambil adik."

V balas dengan suara sedikit dilembutkan. Hendak ambil hati sikit katanya walaupun bagi abangnya itu sama saja. Tiada beza langsung pada nadanya.

"Pergi mana pulak? Bukan adik masih lagi sakit kan kaki tu? "

V sedikit terkesan dengan abangnya. Bagi dia waktu dia sakit inilah peluang untuk dia bersama dengan keluarganya tapi apakan daya.

"Takpa la kalau macam tu. Bye"

Panggilan dimatikan terus dengan mengabaikan panggilan dari abangnya. Mahu merajuk? bazir masa sahaja baginya.

Tv ditutup dan menolak tayar kerusi roda menggunakan tangan menuju ke pintu rumah. Udara luar yang segar mula dihirup dengan senang.

Taman, wait for me.

♕︎♕︎♕︎

Walaupun V sudah mempunyai kerusi khas jadi tidak susah untuk dia  mencari bangku untuk duduk. Taman kebanyakkan dipenuhi dengan budak-budak bermain di taman permainan bersama ibu bapa yang mengawasi anak mereka.

V melihat mereka dengan senang. Baginya duduk diluar lebih aman daripada di rumah. Petang-petang seperti ini pulak seronok kalau berkelah.

Khabar dari sahabatnya pun tidak dia tahu. Dah mati ke hidup ye? Dah lama dia tidak jumpa dengan mereka sedangkan baru semalam mereka berjumpa.

Masih segar diingatkan dimana Lyna menyiku tangan Sufina yang sedang minum air sehingga Sufina tersembur habis ke muka V. Satu kantin bising dengan gelak tawa melihat wajah pucat Sufina yang tergapai-gapai mencari tisu untuk lap muka V.

Mujurlah V tidak marah malab lebih kepada memerhati gerak geri Sufina. Gadis itu pula mula naik seram memandang muka V yang tidak berwajah tu.

[OG]𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐊𝐄𝐃 𝐆𝐈𝐑𝐋♕︎ Where stories live. Discover now