TMG-SC Awasi

1.7K 173 2
                                    

Empat kanak-kanak lelaki masih tidak percaya bahawa mereka memiliki adik perempuan. Ditambah matanya yang cantik. Kesemua mereka mendapat anak mata oleh bapanya tapi adiknya dapat campuran oleh kedua.

"Mommy , ape name adik along?"

Pertanyaan daripada anak lelaki sulung , Raiven pada si ibu yang sedang meletakkan Raysha ke atas katil. Apabila sudah memastikan anaknya diulit mimpi, si ibu datang mendekati anak lelakinya.

"Name dia adalah R . Along boleh panggil adik along , R okey?"

"Tapi kenapa nama adik pendek je. Kalau along panjang je nama?"

Sepolos-polosnya Raiven bertanya pada mommy. Puan Ruhaina Violet hanya mengelengkan kepala melihat gelagat anak lelakinya ini. Pantas sahaja dia petah bercakap kerana dia sekarang berumur 5 tahun.

"Itu rahsia."

"Alah, mommy. Takpalah, Along tak kisah pun. Janji ada nama nak panggil adik along."

Puan Kim mengelus rambut Raiven. Sungguh dia tidak tahu sampai bila mereka dapat bertahan untuk menjaga anak mereka. Wajah naif pada muka anak-anaknya menyebabkan hatinya terasa sayu.

"Along kena janji dengan mommy. Walau apa-apa pun terjadi, mommy nak along jaga R ,ok?"

"Baiklah ,kapten mommy."

Tangan ditabik seolah seorang askar mendapat arahan dari seorang kapten.

Perbualan mereka berdua terganggu apabila bunyi tangisan ditingkat bawah ,dimana anak lelaki yang lain berada. Jantung berdegup dengan pantas.

Pintu bilik dimana diduduki oleh Raysha dikunci dari dalam. Dan laju sahaja langkah menurun tangga sambil mendukung Raiven.

Luluh hati Puan Kim melihat anaknya sedang dipegang oleh orang luar dengan berpakaian tertutup sehingga tidak nampak satu kulit pun.

Perasan kehadiran wanita tersebut , terus anak-anak menjerit nama mommy nya. Tetapi tidak kedengaran apabila mulut dicekup oleh mereka.

"Korang nak apa hah!?"

"Simple je . Aku nak anak perempuan kau."

Kelihatan anak sepasang kembar dan seorang lagi sedang menangis dalam cengkaman mereka bertiga. Raiven yang berada didukungan mommynya segera turun lalu berlari keatas diabaikan jeritan si ibu.

"Lepaskan anak lelaki aku!! Diorang tiada kena mengena dengan semua ni. " jerit Puan Ruhaina.

"Do i care?"

Pisau pelipat yang disimpan didalam poket dikeluarkan lalu dihala ke arah lengan salah seorang pasangan kembar. Rayyan menjerit tidak bersuara apabila lengannya ditoreh sehingga menitik darah.

"HENTIKAN BANGSATTTT!!!!"

Puan Ruhaina terus berlari kearah lelaki tersebut dan menarik anak lelakinya ke dalam pelukkan. Teresak-esak Rayyan menangis kerana sakit yang mendalam.

"Ops, nampaknya aku terdengar suara baby menangis la."

Mulut ditutup acah-acah dia terkejut . Memang betul apabila Raysha sedang menangis kerana mungkin terkejut dengan jeritan Puan Ruhaina yang agak kuat itu.

"Kau jangan berani sentuh anak aku!"

Keras Puan Ruhaina menyatakan ayatnya apabila seorang daripada mereka mula memanjat anak tangga. Tapi semuanya terbantut apabila kedengaran pintu utama dibuka luas secara kasar.

Maka tersembulah Tuan Jonathan Kim beriringi beberapa anggota polis masuk kedalam rumah. Penjahat yang tidak sempat untuk melarikan diri, dicekup oleh anggota polis.

Tuan Kim mendekati isterinya dan memeluk ketiga anak lelakinya yang sedang menangis.

"Abang, Raysha kat atas."

Ucap Puan Ruhaina dalam keadaan teresak. Dia masih lagi terkejut dengan apa yang telah berlaku. Mujurlah suaminya sempat datang cepat . Kalau tidak, sudah pasti sekarang dia tidak selamat.

Tuan Kim melepaskan anaknya dan berlari ke tingkat atas bagi mencari dua orang lagi anaknya.

Sempat lagi Raiven berlari kearah ayahnya yang menapak masuk kedalam bilik. Melihat Raysha yang sedang tidur dengan beberapa butir air mata di pipi dilap oleh Tuan Kim.

"Nasib baik Raiven sempat call papa. Terima kasih sayang."

Tujuan Raiven lari daripada ibunya adalah untuk menghubungi ayahnya. Nasib baik jugak Tuan Kim segera mengangkat telefon tersebut . Terus Tuan Kim memeluk badan anak lelakinya.

Sungguh dia terharu dengan sifat anak lelakinya seolah ni. Pada awal dia tidak percaya tapi apabila kedengaran suara dibelakang isterinya sedang menjerit , dia pasti ada sesuatu yang tidak kena lalu dia menghubungi polis berdekatan dengan rumahnya untuk ke rumahnya lalu dia segera pulang ke rumah.

"Mulai sekarang ,Raysha perlu diawasi."

[OG]𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐊𝐄𝐃 𝐆𝐈𝐑𝐋♕︎ Where stories live. Discover now