TMG04

2.1K 191 20
                                    

Buka sahaja pintu rumah lalu  salam yang diberi tidak dijawab , kelihatan Rayyan sedang menikmati mi segera sambil menonton televisyen. Bukan itu sahaja, sampai habis muka berair dengan air mata.

V mengerutkan dahi dan melangkah masuk ke dalam rumah. Gadis itu berhenti apabila melihat Rayden sambil ditangannya membawa dua mangkuk mi segera.

"Eh adik, bila balik? Tak dengar pun."

Rayden pun meletakkan mangkuk tersebut diatas meja depan televisyen.  V meletakkan beg sekolahnya disebelah dan merampas salah satu mangkuk.

"Tadi." jawab sepatah V.

V menghirup mi segera tanpa mempedulikan Rayden yang ternganga melihat V makan tanpa bersalah.

"Allahu, adik. Maggie tu abang Ray punya. Dah la yang tu ada telur kuning cair!"

Rayden akhirnya pasrah sahaja apabila regekkan itu tidak dilayan oleh V yang melayan movie yang disiarkan.

Rayyan yang sudah habis makan lalu mengangkat mangkuk ke singki dan terus basuh. Dah alang-alang  itu, dia turut basuh periuk yang dimasak oleh Rayden.

"How's your day?" soalan diajukan pada V.

V hanya menganggukkan kepalanya menandakan dia hanya baik sahaja. Walaupun hakikatnya, tak seindah yang disangka.

Nasib baiklah abangnya tidak perasan akan perubahan pada pakaiannya.

Selesai sahaja V membasuh mangkuknya, lalu dia menuju ke biliknya tidurnya.

Melihat mukanya dicermin, tiba-tiba sahaja dia teringatkan peristiwa dimana perempuan yang bernama Sarah yang telah menganggu mood harinya .

"Punah mood aku."

Selepas itu, dia perlu pergi mandi dengan segera untuk menyelesaikan satu perkara. Pertama sekali, dia harus menenangkan dirinya sebelum benda menjadi lebih sukar.

********

Ketukan di pintu telah membuatkan V yang sedang menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh gurunya terhenti. Bunyi deheman dari V menyatakan seolah dia mengizinkan orang tersebut untuk masuk.

Muncullah wajah tampan milik Rayyan sambil membawa satu plastik ditangannya. Rayyan yang perasan yang V tidak pernah berenggang dengan masknya walaupun seminit. Tetap akan ada dimukanya.

"Ada apa datang sini?" soal V pelik.

"Nothing . Just abang Yan ada bawak makanan ringan untuk R. "

Dianggkat plastik tersebut ke udara untuk ditunjukkan pada V. Gadis itumemandang sekilas sebelum menyambung kerjanya.

"Letak la dulu atas katil." arah V.

Rayyan tanpa buang masa meletakkan disitu. Kelihatan V yang sedang tekun berperang nombor dan simbol. Kadang-kadang Rayyan pun teringin melihat wajah adik perempuan nya.

Tidak pernah dalam hidupnya dapat melihat wajah V. Kalau waktu kecik mana nak ingatnya wajah dia macam mana. Tambah-tambah dirinya meningkat dewasa.

Gambar dari album mereka juga tiada gambar wajah V. Semuanya terhiasi dengan mask tersebut.

"R masih marah pada abang?" soal Rayyan dengan suara dikendurkan.

V yang pelik dengan soalan diajukan terus memandang si abang.

"For what?"

[OG]𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐊𝐄𝐃 𝐆𝐈𝐑𝐋♕︎ Where stories live. Discover now