TMG06

2K 168 8
                                    

"Assalamualaikum, adik dah balik."

Hairan. Sunyi semacam je rumah. Selalunya mesti ada Raiven ataupun kembar Ray di ruang tamu dan akan membalas salam V.

Tapi kini hanya bunyi cengkerik yang tak tahu asal dari mana. Tanpa buang masa, V berlalu ke tingkat atas dan menuju ke biliknya.

Yang lagi menghairankan lagi V apabila pintu biliknya terbuka. Sedangkan sebelum dia ke sekolah , dia menutup bilik tidurnya dengan rapi dan dikunci.

Pintu dibuka dengan perlahan. Perasaan tertanya berbuak dalam hatinya. Menantikan siapakah gerangan yang masuk ke dalam biliknya. V memandang persekitaran dalam biliknya.

Kosong.

Tiada satu pun tanda yang menyatakan ada orang masuk ke dalam biliknya. Tapi bukan itu yang V pikirkan. Dia hanya pikirkan macam mana pintu biliknya boleh terbuka.

Hendak dikata abangnya, tidak mungkin sebab kunci pendua dia sudah menyimpannya. Tanpa fikir negatif , V berpikir semua ni tidak pernah berlaku dan melakukan harinya seperti biasa.

Pintu bilik ditutup lalu diletakkan beg sekolah diatas meja belajar. Apa yang dapat menyegarkan badan hanyalah mandian.

Seperti biasa V akan membuang topeng muka nya dihadapan singki. Kejadian yang berlaku di sekolah tidak sengaja diputar di kepala.

"Nasib kau Sarah. Ada orang tolong kau ."

Selesai sahaja berpakaian , V berdiri berhadapan dengan cermin soleknya. Mukanya diletakkan skincare sambil matanya menilik wajahnya sendiri.

Dia pernah bertanya pada arwah mama dan papanya kenapa dia harus sentiasa memakai mask. Katanya demi keselamatan V. Jadi dia hanya patuh pada apa yang dikatakan oleh kedua ibubapanya.

Tergendala perbuatan V apabila kedengaran barangan yang jatuh ke atas lantai. V mencapai mask hitamnya lalu dipakai dan menuju keluar.

Maka ternampak dua sosok yang memandang ke arah V dengan reaksi terkejut.

"Hai, sahabat."

Sign peace dilakukan lalu ditunjukkan kearah V.  Dah kenapa dua ekor ni ada kat sini? Sudah la mereka masuk seperti jenayah.

"Aku tahu. Mesti nak tahu macam mana kami boleh ada kat sini kan? Pasal tu, aku taktahu dan aku just ikut Lyn sebab dia yang ajak."

"Asal aku pula? Semua ni Along kau punya pasal. Dia suruh kitorang temankan kau."

Cuak habis mereka berdua apabila V berjalan ke arah mereka berdua. Apabila jarak mereka berdua semakin hampir, tertutup habis mata.

Bunyi pintu ditutup membuatkan mereka membuka mata . Aik tak kena apa-apa ke?

" Hang tak marah ka?"

Sufina bertanya apabila V dengan selambanya melabuhkan punggung diatas kerusi belajar. Lyna pun berpikiran sama seperti Sufina.

"Kenapa aku nak marah pula?"

Maka terjadilah aksi bertepuk dahi masing-masing. Lupa yang mana V bukan ada perasaan pun! Tapikan tidak boleh juga mereka mengambil kesempatan dalam kelemahan orang.

Dah macam tu reaksi V. Apa lagi kita yang mereka mahu lakukan? Lalu Sufian melemparkan badannya di atas katil V. Dah la bilik V ni besar mengalahkan ruang tamu dirumah mereka .

"Bila along suruh korang datang?"

"Mesti kau tak tengok chat kan. "

"Telefon aku takdak bateri."

"Patutla along bagitau yang dia call kau tak dapat."

"Then?"

" Ya Allah engkau berikanlah kesabaran untuk hambamu ni dalam berhadapan salah seorang hambamu yang terlalu bengap ini."

Tapak tangan dihala ke atas seolah berdoa dengan mulut kuman kamit menyebutnya. V tidak hairan akan Sufina yang seperti dialah orang bengap lalu dikeluarkan buku untuk mengulangkaji apa yang dibelajar disekolah tadi.

Lyna tanpa banyak suara membaringkan badan di katil V yang terlalu empuk.

Sufina yang perasaan dirinya seolah tidak menarik satu pun perhatian memandang kearah kedua sahabatnya.

Whatt!? Aku kena pulau sia.

Sufina akhirnya pasrah lalu membaringkan badannya semula disebelah Lyna. Ditarik-tarik lengan Lyna untuk dijadikan sebagai bantal peluk. Malah perbuatan itu terbantut apabila Lyna menolaknya jatuh katil.

"Kau orang duduk boleh senyap kot."

Ulangkaji V terganggu apabila berlaku pelbagai bunyi bising dibelakangnya. Sufina yang mengusap punggungnya yang tercium lantai memandang ke arah V.

" Eh-eh aku pulak. Lyn yang tolak aku luh."

"Tadi korang sampai bila?"

V mengalihkan topik dengan bertanyakan soalan.

"Baru je tadi. Sampai-sampai terus kami naik bilik kau. Asal?" Ucap Lyna dengan sekali nafas.

V mengangguk kepalanya lalu menutup buku nya dan mengemas sedikit dimejanya. Dia menuju ke arah bilik persalinan dimana terletaknya almari baju . Dan mengantikan baju t-shirt kepada hoddie.

Tindakan V telah menarik perhatian kedua sahabatnya yang hampir terlelap diatas katil.

" Kau nak gi mana?" Su membuka mulut.

" Kedai."

" Kedai mana?"

"Belakang."

" Buat pa?"

"Mancing."

"Mancing pa?"

"Seriously, Su?" Bengang V.

" Dah aku tanya, kau jawab sepatah. Lain kali jawab la full. Macam aku nak pergi kedai belakang beli ais krim untuk korang dua. Barulah sahabat sejati."

Loyak buruk Sufina langsung tidak mendatangkan sebarang reaksi daripada V. Malah V hanya melambaikan tangannya lalu keluar dari bilik.

"Adios, girls."

"Ingatkan nak ajak. " Sufina cemberut lalu mengalihkan pandangan memandang Lyna.

"Ni seorang lagi. Datang rumah orang terus tidur. Apa nak jadi dengan anak dara." sambungnya.

♪♪♪♪

Moto berjenama yamaha r6 kepunyaan Raiven diparking dihadapan sebuah family mart . Tujuan dia datang ke sini untuk membelikan minuman kegemarannya nya iaitu monster pink.

Kelihatan hanya tinggal satu tin sahaja lagi didalam peti sejuk. Tanpa buang masa , diambil nya dan tidak lupa juga dua tin air ice lemon tea dan tiga cup ramen carbonara sebelum menuju ke kaunter.

Diletakkan semua barang untuk dibayar . Selesai membayar , V membuka salah satu ramen lalu mengisikan air panas.

Dicampur adukkan semua perencah yang disiapkan . Tidak lupa juga dia membeli satu biji telur untuk diletakkan dalam ramen tersebut.

Setelah semuanya siap , dia menuju ke sebuah meja yang terletak diluar kedai bagi menjamu mi segera itu.

Sedang elok menikmati juadah didepan mata , seseorang menegur V membuatkan V berhenti dari menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Sorry. Ada orang tak?"

Digeleng kepalanya V menyatakan dihadapannya tiada orang yang menduduki kerusi tersebut.

"Boleh saya duduk?"

Terus dia duduk berhadapan dengan V selepas mendapat kebenaran V dengan mengangguk kepala .

Dihadapan kelihatan seorang lelaki yang menutup kepala dengan topi dan disarungkan dengan kepala hoddie. Pakaian full pakej warna hitam.

V mencuri-curi lihat lelaki dihadapanya. Kelihatan seperti familiar bagi V. Seolah dia mengenali lelaki tersebut tetapi dimana?

__________________

[OG]𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐊𝐄𝐃 𝐆𝐈𝐑𝐋♕︎ Onde histórias criam vida. Descubra agora