TMG02

2.4K 199 8
                                    

V seperti biasa bangun pagi lalu mengemaskan tempat tidurnya dan terus masuk ke dalam bilik air.

Setelah beberapa minit kemudian, dia telah lengkap berpakaian baju sekolah Sri KL yang sudah dibelikan oleh abangnya dan tidak lupa topeng muka berwarna putih dipakai. Rambut dibiarkan lepas begitu sahaja.

Sebaik sahaja ditangga, bau aroma masakan menusuk ke hidung. Berkerut dahi V apabila aroma itu membuatkan perutnya berbunyi lapar. Tanpa buang masa, terus V melangkah ke arah dapur.

Kelihatan Raiven sedang tekun memasak dengan mengenakan apron berwarna pink. Jangan hairan mana datangnya apron sebegitu. Mestilah kepunyaan arwah mama mereka yang punya.

Tanpa membuang masa, V meletakkan beg sekolahnya di kerusi sebelahnya sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Datanglah Raiven membawa sepinggan nasi goreng lalu diletakkan di atas meja makan. Raiven hanya memandang muka V yang bersama topeng hanya senyum sahaja.

"Morning,sayang. Cantiknya adik abang ini!" katanya.

Cringe. V hanya menanyangkan muka blur walaupun dia tahu yang Raiven tidak akan nampaknya. Besides, dia tidak ada perasaan tu yang membuatkan mereka suka menyakat V.

"Nak along hantarkan? Atau nak pergi dengan kawan-kawan?" tanya Raiven sebelum mulut disumbat dengan nasi goreng.

Sesekali lelaki itu mengangguk kepalanya apabila keenakkan nasi goreng itu sangat sedap.

"Entah. Tengok keadaan."Balas V dengan ringkas.

Elok hanya empat suapan nasi goreng selamat ke perut V, kedengaran bunyi hon kereta diluar. V mula bangun dari meja makan apabila menyedari kehadiran rakannya.

"Tu mesti diorang." kata Raiven.

"Adik pergi dulu. Assalamualaikum."

V menyalami tangan abangnya dan berlari anak ke arah pintu utama. Selagi Sufina tidak nampak kehadiran V, selagi itu hon kereta kedengaran.

"Waalaikumsalam!" jawab Raiven.

V yang sudah siap memakai kasut sekolah, terus berlari ke arah kereta sebelum pintu sebelah pemandu dibuka. Kelihatan Sufina yang tersengih busuk di tempat duduk memandu.

"Hon sekali pun dah cukup."

V berkata sebelum menarik tudung Sufina kedepan sedikit. Ulang suara, SEDIKIT. Dengan itu, terus membuatkan Sufina merengek tidak suka. Yela perempuan kalau bab tudung ni, baik jangan cari pasal.

"Engkau ni, R. Jangan la tarik tudung aku. Habis awning tudung aku yang aku buat dalam setengah jam tau dak!" bebel Sufina.

V hanya mengendahkan sahaja. Su pulak sibuk membaiki awning yang rosak akibat V akhirnya sudah putus asa bila tak menjadi.

Padahal awning tudungnya masih terbentuk elok tanpa cacat cela.

Maka dengan itu bermulalah perjalanan ke rumah Lyna. Keberadaan rumah Sufina dan V yang dekat itu, Sufina mengambil keputusan dengan mengambil V dahulu.

Selesai mengambil Lyna, V membuka mulut berbicara.

"Kat sana jangan panggil R. Panggil V je."

Keras sahaja V berkata membuatkan yang lain hanya mengangguk faham. Tidak lupa Sufina yang masih lagi dalam badmood apabila dia tidak berpuas hati lagi dengan awning tudungnya.

***********

Setelah sampai sahaja disekolah, masing-masing turun dari kereta. Yang menarik ramai perhatian pelajar ialah V. Dengan topeng putih dimuka memang membuatkan mereka semua kebingungan.

[OG]𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐊𝐄𝐃 𝐆𝐈𝐑𝐋♕︎ Where stories live. Discover now