TMG12

1.7K 164 7
                                    

❦︎

V mengambil tempat sebelah Raiven di ruang tamu. Akhirnya dia tidak perlu untuk memakai lagi kerusi roda tapi dia hanya memerlukan tongkat untuk menahan dirinya.

Doktor kata mungkin lagi seminggu dua minggu baru boleh bukak pembalut tu pada kaki. Rayden dan Rayyan tiada di rumah kerana pergi oustation di Uk atas sebab kerja.

"R, along nak cakap pasal Moon adik."

Fokusnya pada televisyen yang sedang menonton terhenti seketika apabila panggilan nama seseorang disebut oleh Raiven.

"Moon?"

Gelaran yang V berikan kepada Rafael Kim, abang keempat V. Rafael tiada di Malaysia kerana dia menetap di Itali atas urusan pembelajaran. Hampir selama 6 tahun dia tidak bersemuka semenjak dia menetap di Korea lagi.

Ada sebab kenapa dia mengelarkan abangnya sebagai Moon . Bukan saja-saja dia letakkan gelaran itu.

"Ya. Dengar kata dia akan balik Malaysia. Kerja dekat sini. Lagipun dia sudah habis belajar dekat sana. Mungkin Raf akan ganti Along dekat sini sebab Along kena uruskan company peninggalan Mommy dekat Korea."

Terang Raiven sambil memandang muka V yang berlapik topeng. Anak mata V bergetar menandakan ada sesuatu perkara yang dia tidak suka. Bukan menangis tapi seolah gelisah dengan sesuatu perkara.

"Adik okey?" Tanya Raiven dengan prihatin.

Terus V memandang kearah abangnya. "Okey. Tapi along pasti yang dia tak kan ka- "

Percakapan V terhenti apabila bunyi panggilan telefonnya. Tombol hijau digeserkan bagi menjawab panggilan tersebut. Nama yang tertera sedikit sebanyak membuatkan V menyampah.

"Asal?" V memulakan perbualan dengan sedikit kasar.

"Macam marah nau je suara tu." 

"Aku ada hal ni."

"Cuma gue nak bilang sama lu yang ada orang kacau sarang kau . Tu je "

"Tak lawak , Amir." V menyebut namanya dengan malas . Amir Ashraf merupakan childhood dari kecil lagi dan juga merupakan anak kepada Puan Anissa.

"Halah kau. Tak delah aku tipu ja . Semuanya selamat aku jaga. Aku nak bagitau yang Ibu suruh kau datang sini. Katanya ada benda nak bagi. Tapi yang pelik ,ibu ada saja telefon tapi kenapa dia tak nak call kau sendiri? Tahu la kredit aku ban-"

"Bila?"

Tidak padan dengan lelaki tetapi mulut kalah makcik bawang. Ada sahaja benda yang dia hendak dibebelkan.

"Ish. Kalau boleh, sekarang. Tapi kalau busy, datang e-"

"On the way."

"Kau ni bagi aku habiskan a-"

Terus V mematikan panggilan. Raiven sudah awal-awal lagi tiada kerana sudah  naik ke bilik. Sekarang dah masuk waktu maghrib dah. So apa lagi ,V pun menuju ke lif dan menekan butang tingkat biliknya.

Kalau naik tangga ,risau pulak takut jatuh. Lagipun apa guna ada lif kalau tidak guna.

♕︎♕︎♕︎

Kini V duduk berhadapan dengan Puan Anissa yang dari tadi sibuk memerhati segenap sisi wajahnya yang berlindung itu.

"Kenapa Ibu panggil?"

Akibat rasa sudah membuang masa hampir setengah jam , V bertanyakan soalan. "Sorry, ibu terlepas train ke busan tadi. Ibu hanya nak bagi barang untuk kamu saje."

"Pardon?" Tanyanya dengan hairan.

Barang apa pula? Melihat wajah Puan Anissa yang serius membuatkan V pasti bahawa barang tersebut bukan sekadar barang.

Bukannya menjawab malah Puan Anissa bangun dari duduknya dan menuju ke arah sebuah almari yang terletak di hujung penjuru sebelah meja makan. Dicapainya sebuah kotak yang berwarna ungu lalu melabuhkan punggung semula di tempat asalnya.

"Nah." Kini kotak tersebut bertukar tangan. Kotak tersebut tidak terlalu besar dan kecil hanya sebesar kotak botol air mineral saja.

V meneliti segenap kotak tersebut tapi dia kelihatan sedikit hairan ataupun curiga apabila ada tertera nama aslinya di hujung kotak tersebut bertuliskan,

'Raysha Vanessa Kim lovely♡︎'

Bagaimana kotak ini ada pada Ibu? Dan kenapa ada namanya? Kebetulan kotak tersebut diwarnakan dengan warna kesukaannya sebelum ditukar dengan warna taik cicak iaitu hitam putih.

"Ibu nak Sya-

"Ibu, please. R bukannya Sya."

"Apa-apa jela. Ibu nak kamu buka kotak ni dirumah . Pastikan hanya R seorang sahaja yang melihat kotak tersebut, okey?"

Terangguk angguk V mengiyakan . Tiada mood mahu bercakap. Harap tiada benda yang akan menimbulkan masalahnya lagi .

"Kaki kamu macam mana?" Tanya Puan Anissa dengan prihatin.

"Macam tu la."

Walaupun dengar agak macam sedikit kasar tapi V apa kisah.Waktu pun sudah berlalu dengan pantas tanpa menyedarkan mereka berdua.

" R nak balik dulu. Assalamualaikum ."

Diambil tangan ibu lalu dicium bagi menyalami ibunya. Pelukan sekejap dileraikan sebelum V berlalu pergi menuju ke kereta Amir yang menunggunya di dalam kereta.

"Waalaikumussalam."

***

Dengan malasnya V meletakkan kotak tersebut ke dalam almari bajunya. Malas hendak buka kotak itu. Lagipun bukannya Puan Anissa menyuruh untuk balik segera untuk buka. Tiada kan?

Tapi perasaan tertanya-tanya menghurung dihati. Berbuak-buak seolah menyuruh dirinya untuk membuka sekarang. Tanpa membuang masa yang sememangnya dah membuang masa , dikeluarkan balik kotak tersebut dan diletakkan ke atas katil.

Sementara itu , pintu bilik sudah dipastikan berkunci untuk mengelak daripada gangguan. Diusap perlahan tulisan yang bertuliskan namanya. Kenapa kotak ini seakan familiar?

Dibuka perlahan selotep agar tidak terlalu merosakkan kotak tersebut. Dia seperti sayang pada kotak walaupun hanya kotak bewarna ungu sahaja. Perasaan yang sepatutnya  tidak bertandang dalam hati mula membuak. Ianya perasaan penasaran dan gemuruh.

Tangan mencapai sesuatu di dalam kotak tersebut. Apabila dikeluarkan, mata tidak lepas memandang sebuah bingkai gambar yang mengambarkan seorang budak perempuan memakai topeng dan seorang budak lelaki yang  memegang kon ais krim yang kelihatan sedang berehat disebuah taman. Taman itu dia cukup kenal apatah lagi kalau bukan taman di belakang kawasan perumahannya .

"What the hell is this?"

_____________

[OG]𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐊𝐄𝐃 𝐆𝐈𝐑𝐋♕︎ Where stories live. Discover now