TMG03

2.1K 179 10
                                    

Sampai sahaja di kantin, mereka melilau mencari tempat duduk. Ini la salah satu punca kenapa perlu datang ke kantin dengan awal. Tempat duduk amat penting. V yang nampak tempat duduk kosong terus dia dan yang lain menuju ke situ.

"V jaga tempat. Kau, jom ikut aku."

Sufina yang baru sahaja hendak melabuhkan punggung sebelah V, ditarik oleh Lyna menuju ke kaunter makanan. Selalunya diorang ni ke kafe sahaja dan ada pelayan yang ambilkan order tapi disebabkan diorang ke kantin terpaksa la order sendiri.

V mengeluarkan fon iphonenya lalu aplikasi instagram menjadi santapan. Walaupun V memakai mask, tidak menandakan dia tidak mempunyai pengikut. Tapi dia hampir 1M. Malah gambar yang dipos olehnya semua gambar memakai mask. Tiada satu pun gambar yang menunjukkan muka.

Scroll punya scroll tiba-tiba satu bala datang tanpa diundang. Hendak kata kantin ada awan hujan rasanya tiada. Habis satu badan nya terkena air yang disiram.

V memandang atas melihat gerangan yang menganggunya itu. Sufina dan Lyna sedang membawa dulang makanan itu tercengang melihat situasi sekarang ni.

Perempuan tadi yang menganggu V tadi atau namanya Sarah hanya tersenyum sinis melihat perbuatan nya tersebut begitu juga dua mangkuk kawannya.

Tapi yang Sarah bengang ialah reaksi V yang selamba mengelap telefonnya yang terkena air. Tiada langsung jerkahan dan marah kepadanya. Selalunya orang lain akan marah atau tengking balik.

V berdiri menghadapnya lalu tersenyum sinis sehingga menampakkan gigi taring nya yang tajam tersebut dan meninggalkan nya.

Sufina dan Lyna meletakkan dulang makanan di atas meja lalu mengikut langkah V sebelum itu sempat Sufina berkata pada Sarah.

"Kau bangkitkan V."

Su menekankan nama V sebagai amaran keras pada Sarah. Sarah dan dua rakannya masih dalam mood terkejut. Masing-masing tidak percaya apa yang baru dilihat oleh mereka. Tajam nya.

V sudah menyelesaikan menukar baju. Mujurlah baju tadi tebal tidak menampakkan baju di dalam. Kini dia mengenakan baju sukan milik Lyna yang dia bawakan sebagai ganti.

"Kau okay?" Lyna bertanya dengan reaksi risau.

"Selagi mask tak tercabut, okay la."

Simple je ayat nya. Sufina dan Lyna menelan air liur kesat. Yelah suara V begitu keras menyatakan ayat itu tadi.

Mereka pun menuju ke kantin semula untuk menjamu selera yang terganggu gara-gara syaitan yang terlepas.

V tidak lepas memandang Sarah dengan reaksi wajah yang tiada siapa yang tahu. Sufina mengetuai bacaan doa makan sebelum mereka bertiga mula menjamu selera.

"V, kau nak tahu sesuatu tak?"

Sufina bertanya pada V dengan reaksi yang tidak sabar mahu bercerita. V mahu sahaja mengelengkan kepala sebagai tak nak tapi melihat kesungguhan Sufina, V pun mengangkat kening sebagai apa.

"Kau tau kan setiap sekolah mesti ada orang top school ataupun hotstaff la katakan. Haa sekarang aku nak cerita yang-"

Cerita Sufina tergendala tatkala satu kantin berteriak histeria. Majoriti perempuan yang menjerit sampai nak terkeluar anak tekak.

Kelihatan tiga orang lelaki yang berjalan beriringan menuju ke kantin. Tidak lupa perempuan berkejaran dibelakang mereka.

" Panjang umur diorang. Baru aku nak cerita. Yang pendek antara mereka berdua tu nama dia Adam Mikael . Dia ni suka berayat manis dan macam playboy sikit. Yang sebelah tu pulak yang pakai blazer tu nama dia Nik Farhan. Dia ni pulak lebih pada seorang peramah dan suka senyum pada orang. Yang terakhir yang tengah dan paling tinggi antara diorang ialah Aryan Max. Dia mix America dan Malayu. Dia ni macam sombong dan beku je muka. Kekadang diorang digelar sebagai The 3 pride kerana wajah diorang yang tampan."

Jelas Sufina panjang lebar. Lyna buat tak tau sebab dia sudah mengenalinya. V mengangkat muka dan memandang Sufina sebelum melontar satu soalan.

" Motif? "

" Aduh kau ni. Panjang lebar aku cerita tak kan tak dapat tangkap satu pun. Fuh larat hang ni." katanya dengan akhiri loghat Kedahnya.

"Motif dia ialah aku nak kata yang diorang ni disukai  oleh ramai dan aku takut - takut kau pula suka kat diorang." katanya lagi.

"Wth. Tunggu Sajat beranak dulu."

Balasan dari V membuatkan Sufina gelak besar sampai terbahak-bahak manakala Lyn gelak sambil menepuk meja.

*********

Hari pertama persekolahan berakhir dengan lancar walaupun tidak seaman disangka. Mereka pun sudah masing-masing masuk ke dalam kereta tapi tiba-tiba sahaja V menyuruh berhenti.

"Jap aku nak ke kelas. Aku tertinggal charger fon."

V pun keluar dari kereta lalu melangkah masuk ke dalam sekolah. Dah la ada satu charger tu je. Yang lain semua rosak. Time-time sekarang la nak lupa itu ini.

Setiba V ke kelas, dia segera mengambil charger lalu keluar dari situ. V berhenti tatkala terdengar suara yang sedang berborak. Itu membuatkan V tertarik dan ingin melihat gerangan siapakah itu.

Dia mengikut dari mana sumber suara itu datang. Kedengaran suara itu mula kuat datang dari sebuah bilik stor.

V yang penasaran apa yang dibualkan oleh diorang ingin melengkapkan telinga di pintu. Baru sahaja telinga mahu sampai ke permukaan pintu terbantut apabila Sufina menjerit namanya.

"V!!!!!" jeritan Sufina bergemar di koridor.

Serta merta perbualan yang kuat tersebut terhenti. V pun mengeluh sebelum melangkah mendekati Sufina yang bercekak pinggang.

"Pergi ambil charger atau kau pergi  lawan siapa menang dapat charger?"

Sufina membuat loyar buruk pada V malah gadis itu  hanya mengangkat bahu dan meninggalkan Sufina seorang disitu.

"Masalah betullah kalau ada kawan yang tak perasaan ni. Happy pun begitu sedih pun begitu tambahan marah pun begitu." ngeluh Sufina.

___________

[OG]𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐊𝐄𝐃 𝐆𝐈𝐑𝐋♕︎ Where stories live. Discover now