TMG13

1.7K 185 5
                                    

❦︎

Aryan sedang memandang sayu kearah luar jendela. Entah kenapa dia rasa sesuatu yang berlainan ketika dia bersama dengan V. Seolah ada daya tarikan yang membuatkan dia perlu rapat dengannya. Seolah dia dengan V pernah berjumpa sebelum ini.

Hendak kata dia ada perasaan keatasnya . Tidak mungkin itu berlaku kerana dia baru sahaja berjumpa dengannya. Tetapi hatinya mengatakan berdalih dengan pernyataan itu.

Termenung punya termenung, bunyi ketukan pintu bilik menarik perhatian. Terlihat seorang wanita kira-kira umur dalam lingkungan 50 sedang memandang kearahnya.

"Mama masuk boleh?" Pintanya.

Aryan hanya menganggukkan kepala. Malas sungguh untuk menggunakan suara. Punggung dilabuhkan keatas katil sambil menatap belakang badan anak lelakinya.

"Ayan, kenapa nak? Ma tengok macam stress je. Cuba bagitau mama. Mana tau mama boleh tolong ayan."

Nafas dihelah panjang. Tidak suka soalan bertemakan tolong tersebut. "Just nothing."

"Tapi muka ayan kata memerlukan tempat untuk meluah. Then, ada mama dekat sini. Ceritalah."

"I just miss her." Balas Aryan dengan sayu. Tidak bertenaga mahu menjawab . Hanya mampu tunggu malaikat mencabut nyawanya. Perasaan rindu kepada seseorang, menggunung tinggi dalam hati.

"Who? Budak perempuan tu?"

Jari telunjuk dihala kearah sebuah bingkai gambar dimana terletaknya di atas meja belajar . Gambar seorang budak perempuan menutup mukanya dengan kedua tapak tangan dan seorang budak lelaki sambil posing gaya peace kearah kamera.

Aryan turut memandang kearah gambar tersebut. Dia kembali mengeluh buat kali kedua.

Kawan kecil lamanya dahulu. Dia terlupa akan namanya tetapi hanya mengingati nama panggilan nya sahaja.

"Nisa." Cukup membuatkan Si ibu menatap anaknya dengan pandangan redup.  Tidak tahu bagaimana lagi mereka mahu menemukan gadis tersebut.

***

"Kau ni asal, V? Macam ada masalah je."

Sufina bersuara menanya keadaan V apabila dari awal diorang datang ke sekolah sampai habis waktu belajar, tiada satu patah perkataan pun yang terkeluar dari mulut V.

Kini kaki V aman daripada kakinya dibaluy. Jadi bolehlah dia bebas pergi merata tempat. Kadang  pergi mana-mana, mesti terpaksa ajak mereka dua.

"Ye doh. Cikgu Siti tanya kau soalan sampai kau baran."

Sokong Lyna. Kini mereka bertiga berada di sebuah pondok di taman sekolah. Mahu ambil udara segar katanya. Dalam kelas, terdapat pelbagai bau yang tidak mampu mereka bertahan.

Gila tidak terkejut mereka masa belajar tadi. Waktu Cikgu Siti mahu bertanya soalan bertemakan tajuk kimia pada V, secara tidak langsung V melengting dan menghempas kuat buku latihan ke atas meja. Cuak habis satu kelas.

Jadi dengan terpaksa, Lyna sukarela menjawab soalan bagi pihak V. Cikgu pula hanya mampu diamkan diri sahaja. Kedua rakannya rasa bersalah dengan tindakkan V pada guru itu.

V tidak menjawab pertanyaan itu malah meninggalkan mereka berdua. Entah ape yang ada dalam pikiran V ketika itu.

Dalam perjalanan ke kantin, dalam tidak sengaja terserempak dengan Sarah bersama rakannya. Itu membuat V berdecit apabila Sarah mengangkat kedua tangan seolah menghalang V dari terus pergi.

"Kau nak pergi mana hah?"

Sarah soal sambil bermain hujung rambut. V memandang kearahnya atas bawah. Aku takdak masa ni.

" Nak kata bisu rasanya tak kot. Jawab la, bodoh."

"Kau nak apa?"

V tiada tenaga untuk layan kehendak gadis ini. Berkali-kali dirinya mengeluh kasar.

Baru sahaja V mahu melangkah pergi, lengan ditarik kebelakang tapi secara reflek V menghempas tangan si pemegang dengan kuat sehingga jatuh ke lantai.

"Lemah."

V meninggalkan mereka. Dua orang rakan Sarah bukan nya menolong untuk bangun malah gelak terbahak-bahak. Muncung habis Sarah diperlakukan seperti itu.

***

Dua air kotak milo dan sebotol air mineral diambil sebelum bayar di kaunter. Senyum tipis dihadiahkan kepada penjaga kaunter membuatkan diorang terikut tersenyum.

Elok sahaja penutup air mineral dibuka dan mahu sahaja minum dalam beberapa inci sebelum menyentuh bibir, tiba - tiba datanglah seseorang merampas dari tangannya lalu minum hingga habis.

V menghantar pandangan kosong kearahnya. Hanya mampu bersabar dan terus bersabar.

"Thank you untuk air ini. Nah."

Botol kosong yang tidak dipenghuni oleh air diberikan semula kepada V. Mahu sahaja dia mengetuk kepala lelaki itu dengan meja kantin.

Dengan bebalnya, V menuju kembali kearah peti dimana terletaknya air mineral yang sejuk lagikan dingin tu dan mengambil sebotol lalu membayarnya.

Selesai sahaja membayar, terus sahaja dia meninggalkan lelaki tersebut tetapi lain pulak jadi apabila lelaki tersebut memanggilnya.

"V!"

Setapak demi setapak dia melangkah mendekati V. V menjongketkan kening tertanya-tanya padanya.

"Petang ni teman aku per-"

"Aku busy."

V memintas percakapannya seraya pergi dari situ. Jiwa kelelakinya goyah apabila begitu sahaja V pergi tanpa kisah akan permintaannya.

"Asal susah sangat perempuan ni?" lelaki yang bernama Adam tersebut pun pergi dari situ. Ya, dialah yang kacau V dari tadi bukan Aryan.

Sedang elok V berjalan, dengan tibanya dia disergah oleh kedua sahabatnya. "Yah V!!"

Tangan Lyna pula memegang sisi bahu V sambil mengambil nafas laju. Sufina pula mengambil nafas sambil duduk dengan mengibaskan tudungnya.

"Kenapa ni?"

Dengan termengah-mengah Lyna berkata pada V. "T-tu a-ada orang ca-cari kau. Aduh asal penat sangat bodoh? Huh."

Berkerut habis muka V. Siapa pula yang cari dia ni? Sufina tanpa amaran merampas air yang ada pada tangan V. Dengan laju, dia teguk hingga habis.

"Siapa?"

Lyna pun merampas satu kotak air milo yang dipegang oleh V. V menjeling melihat karenah kedua rakannya yang merampas air ditangannya.  V mula memandang kearah yang ditunjuk oleh Sufina.

Aryan. V menyebut namanya dalam hati. Kenapa lelaki ini mencarinya?

____________

[OG]𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐊𝐄𝐃 𝐆𝐈𝐑𝐋♕︎ Where stories live. Discover now