Bukan ada pasai

26.3K 106 4
                                    

Pagi tu aku sampai awal lagi ke kilang. Macam biasa plan aku nak sarapan nasik lemak di deretan motor. Konon konon cubaan untuk dapat nikmat macam pagi kelmarin aha. Aku tengok sekeliling, tak nampak lagi kelibat Ina dan Zati. Tunggu dalam 5 minit masih tak sampai lagi. Aku kena troll ni. Mungkin makan dalam kantin kot tapi motor ego ina tak ada pon. Lambat sampai ni mesti sarapan kat luar. So aku decide nak lepak dan pergi sarapan di smooking room,sebab luar smoking room ni dia letak kerusi panjang,so boleh la lepak makan di situ sambil menyembang dengan geng laki. Yela mostly semua yg hisap rokok kat kilang ni laki. Kilang ni tak ada perempuan yang merokok.

Smoking room ni pulak berdekatan dengan pintu utama kilang,bukan gate ya..dekat gate masuk dengan motor dulu,then parking,lepastu berjalanlah kaki anda masuk ke pintu depan kilang,jarak dalam 250+-meter macam tu. Kalau lambat memang akan nampak la aksi berlari lari dari parking moto nak mengejar kotak punch card. Seminit lewat tolak rm 15 tau kilang ni. So aksi berlari ni kekadang dapat tepukan gemuruh la dari tingkat atas yg tengok dari tingkap. Siap jerit "ceeepat cepattt laju lajuuuuuu" hahahaha serious best. Macam bebudak sekolah tapi versi orang orang tua. Ahh nostalgia.

So tengah lepak menyembang dengan kawan kawan kilang,aku nampak kelibat dari jauh Ina tengah jalan dari parking motor. Bukan aku sorang je tengok tau,mostly semua yang tengah hisap rokok tengok ina tergedik gedik sedang jalan menuju ke arah pintu kilang(maksudnya lalu jugak depan kami di smoking room ). Dengan baju agak ketat,jalan persis menggoda,memang jadi bahan santapan mata kaum lelaki kat situ la. Tapi bukan ina je tau haha,memana je perempuan yang lalu memang semua akan serentak je tengok haha. Tapi yang lawa lawa la. Yang tua tua semua buat dono je. kuajar gila hahahahah.

So dalam 20 meter sebelum ina lalu depan kami,macam biasa,bau perfume dia sampai dulu kat hidung kami . Walaupon dia masih jauh menapak, dengan suasana waktu pagi,bau wangi yang menggoda tak kena situasi, memang dapat mengalihkan semua mata di situ la tengok dia jalan. So ada la mulut mulut murai mengusik "ina makan dah ke" "ina mai la lepak sap kok dulu awai lagi" "hai ina nasik lemak beli dua ke tuuuu" sambil terkekeh kekeh gelak reramai dengan punchline punchline bodoh macam tu haha. Aku jarang nak gelak sebab acah acah bersifat matang.hahahaha. Ina ni depa berani mengusik sikit yela sebab dia kan budak lagi. Muda lagi. Kalau kak iza yang jalan depa tak mengusik sangat,ushar tetap ushar,cuma just bagi salam je la,"assalamualaikum kak,awal je " "akak makan kak" ha macam tu.

So bila Ina masuk,aku pon turut serta masuk, sebab kami berkongsi bilik locker yang sama. Tapi aku jarang guna locker sebab aku tak bawak beg,dah nak kerja kan,aku bawak diri je. Bekal mak aku,aku letak di kantin. Fon pulak aku letak kat drawer office department aku,tapi dalam keadaan silent dan tutup data la. Kekadang je aku curi masuk phone dalam production.Then aku pergi kat bilik locker dengan niat nak tegur Ina la,yela semalam tak sempat mesej kes farah tu. Balasan dendam untuk maruah lelaki melayu kita semalam.hahahahaha.

"Lambat sampai,sorang je?zati mana" aku memulakan perbicaraan.
"Zati cuti tu lambat sikit,makan siap siap di rumah" toleh ina tanpa senyum.
"Sombong eh tak chat langsung" sambung lagi Ina. Terkedu pulak aku. Unexpected soalan.
"Semalam balik lena terus,letih" spontan aku jawab.
"Tengok last seen whatssap 1 pagi je" balas Ina laju. Haa sudah. Ini dah melibatkan perasaan ni. Dia tengok last seen aku pulak dah.
"Oh terjaga sat minum ayaq" balas aku lagi. Cuba bermain kad dengan Ina.
"Ele ada awek baru la tu" sambil angkat kening sebelah Ina tengok mata aku. Ahh ke situ pulak. Dia ni dah kenapa.
"Haha apa Ina ni,ni jumpak Ina la ni" aku cuba mematikan topik perbulan.
"Ele bangun pagi tak chat pon" dengan laju dia reply. Haih time tu ikut hati aku rasa nak penerajang je dia kat belakang tapi aku memegang prinsip iaitu jangan pukul perempuan.
" Cuti ni jom tengok wayang" tetiba aku ajak Ina tengok wayang. Cuba alih topik. Bukan ada pasai. Sebab aku bukan jenis keluar nak tengok wayang habiskan duit,kan aku tengah jimat nak kahwin. Tapi kenapa entah ayat tu keluar dari mulut aku.
"Boleh,emm wan belanja?" Tanya Ina. Nampak perubahan mood ina di situ.
" Wan ok jee,on?" Bukan ada pasai aku pon.haha.
"Okayh,on" senyum Ina kat aku. Fuh. Macam tu je?
Then kami pon berjalan menuju ke kotak punch card. So sambil jalan tu Ina bagitau aku yang member tunang zati mengayat dia semalam di wechat. Tergelak aku. Ahaha gatai jugak mamat tu tak padan dengan muka budak library.hahaha just kidding. Then aku tnya pasal zati,cuti balik kampung emergency ke apa ke. Sebab zaty ni budak alor setar,dia sayang mukhris. Tetiba haha. Then ina bagitau yang zati keluar bercuti dengan tunang dia ke cameron higlands. Patut lah tak nampak tunang dia hari ni. Pergi berdua kata Ina. Fuh zati ni tengok baik je. Nampak matang yela sama umur dengan aku. Nakal eh kamu zati hahahahaha.. Tapi aku fikir positif la. Bilik hotel asing asing tu.hahaha. Tergelak Ina.
Tapi cuti ni aku ada program yang tak dirancang,
Iaitu wayang bersama ina.
Bukan ada pasai.

siapa sangka Where stories live. Discover now