Zati

22.5K 113 17
                                    

Malam bulan berendang.
Berwarna biru di cermin kali....

Kedengaran bait bait lirik lagu kegemaran aku melalui radio di dalam kereta . Lagu yang lunak dan menginsafkan ni membuat kan aku menambah fokus memandu kereta memecah keheningan malam. Sedap tau lagu ni,pernah masuk dalam parlimen. Boleh kaji sendiri nanti.hahaha tiber.

Sampai je dekat tempat futsal, aku terus cari parking yang agak jauh,sebab segan jugak aku,yela kereta mak kan.hahahaha. Sebab dari dalam kereta aku nampak geng kilang aku dah ramai di court futsal. Aku tengok jam ada lebih kurang 15 minit sebelum pukul 10. Kelihatan jugak kelibat pom pom girl kita,yang agak ramai di situ. Hahahaha. Maksudnya geng perempuan kilang aku la. Aku tengok kereta kak iza pon ada. Haish kak iza ni main futsal ke? Takkan cuci mata kot. Kak iza baikkk kot.

Aku tengok notiffication chat yang masuk,sebab aku kalau drive memang susah aku nak tengok phone, biasala dalam arena driving ni,leka sesaat pon boleh maut tau. Driving ni umpama kita mempertaruhkan nyawa kita. Jadi ingatlah keluarga yang tersayang.hihi

Chat Ina je yang masuk,tanya dah sampai ke belum. So sebab aku dah sampai,aku biarkan chat itu tanpa dibalas. Aku keluar kereta,salin seluar track, seluar panjang tau sebab aku tak suka berseluar pendek,disulam pulak dengan baju hitam jersi barcelona dan bertangan panjang. Fuh nampak sangat sopan sekali cara pemakaian aku. Aku tengok ramai sangat berkumpul depan court,so aku rilek lepak dulu di kereta. Sambil tu aku ambil masa untuk push up sedikit,buat senaman memanaskan dan merenggangkan badan,ala macam senaman sebelum nak start main sukan(stretching). Yela takkan nak buat dekat court futsal,nanti geng kilang cakap aku pulun pulak dok senaman sesorang.haha. Lompat bintang juga aku lakukan untuk memastikan muscle muscle aku bersedia. Takut terkejut pulak muscle aku,tarik mengkarung (cramp) pulak masa tengah bermain. Tak ke malu.

Mengikut perkiraan aku,dah dekat 3 tahun aku tak bermain futsal. Tapi aktiviti sukan lain aku ada buat la sikit sikit macam gym,jogging, memanah, menunggang kuda hahaha dan lain lain. Menunggang kuda ni aku lawak je jangan caya pulak. Kalau ada kuda tak kerja dah aku kat kilang.
By the way aku ni dulu bekas sekolah sukan(rahsia)dan merupakan juga seorang athlete iaitu bola sepak dan rugby. So lepas habis sekolah aku terlibat dengan futsal pulak di kolej aku belajar,dalam tahun 2009-2011 aku banyak terlibat dalam SUKMA dan MASUM mewakili penang,negeri kesayangan DAP ku haha. Fuh nostalgia. Aku dulu pernah team futsal sekali dengan Ali Mahad tau,salah seorang player national kita masa zaman tu. Means dia adalah salah seorang kawan aku la,tapi sekarang dah tak main dah,anak seorang dah.haha. Ok stop sebab bila dah tua camni tak ada apa yang nak dibanggakan pon . Hanya tinggal kenangan yang sentiasa tersemat di hati. Sob sob.

Tengah aku syok pushup menggunakan jari telunjuk,tiba tiba
"Wan la hang kat sini,jom,nak start dah" satu suara menegur aku. Ohh azim rupanya. Camna dia boleh tau aku park sini. Aku tak pakai perfume pon.haha.
"La azim,masuk dulu,segan la pulak"
Balas aku lembut selembut lembutnya.
"Masuk sekali lah wan,wah pakai vios hang eh wan" teruja wan sambil memandang ke arah kereta mak aku.
" Kereta mak aku wan,tu pon sewa" bergurau aku dekat azim sambil buat muka serious. " Team kita main bila?"tanyaku lagi untuk menukar topik perbualan.
"Game kedua,first team merah lawan kuning dulu,kita lepas ni" jawab azim sambil menyalakan sebatang rokok.
Then azim mengajak aku masuk ke court futsal. So ramai geng laki tengok dan memandang aku sambil tersengih "wan dah sampai" "wan turun futsal ni" "boleh invite masuk group wassap" bermacam macam sorakan diberikan. Aku hanya tersenyum tunduk buat muka malu. Tapi memang segan. Then aku ternampak ina bersama si zam dan juga tunang zati. Eh dah balik cuti. Oh dua malam satu hari je ni. Berjimat nampaknya haha.. Dari apa yang azim bagitahu aku,tunang zati atau nama dia Jai, dengan si Zam ni memang minat futsal dan tiap minggu team depa je mantain tak tukar orang. Yang lagi 3 team memang random random kena tukar. Bermakna team Jai dan Zam ni dia pilih orang yang depa rasa syok main sekali la. Sebab law dia rupanya menang stay. Yang kalah akan keluar ganti dengan team warna lain. Dalam futsal pon ada politik ye guys. Haha.

Then aku ternampak Kak Iza dengan anak anaknya,terus aku bagi teguran sopan kepada kak Iza. Rupanya suami Kak Iza selalu join futsal dengan geng kilang ni,so Kak Iza datang teman. Suami Kak Iza satu team dengan si Jai ni lah. Kak Iza pulak nampak comel je sebab ni first time aku tengok dia tanpa berpakaian baju kilang. Nampak sedikit kelainan dan terserlah wajah ibu yang dimilikinya.

Aku memamg tak dapat nak tegur Ina la sebab zam memang melekat dengan dia. Bukan zam je,si Azim pon melekat menyembang dengan Ina. Haha. So aku perhati dari jauh. Aku hanya dapat menikmati bau perfume ina sahaja dari jarak jauh. Haha.Mana taknya,Ina memang pakai perfume yang ada aroma seksual,baju shirt hitam yang sendat,dengan punggung katiknya dipadankan berjeans biru,memang bisa menarik dan menggoda setiap mata lelaki di sini. Aku rasa Ina ni bangga bila ramai laki mengusik dia. Tapi sokay,aku tak tertarik sangat dengan Ina malam ni sebab aku tengok zati lebih elegant. Ni first time la aku tengok Zati berpakaian di luar. Dengan seluar tracks dan baju jersey biasa,tak terlalu ketat,persis muslimah, dengan tinggi nya,nampak macam atlit perempuan tau. Simple. Memang taste aku la. Nampak macam Zati ni seorang yang berperwatakan periang. Perfume yang zati pakai malam ni pon jenis yang sport,yang nice untuk dihidu. Dan baru aku perasan yang zati ni nampak cantik sangat malam tu. Then ada lagi geng perempuan lain tapi takkan aku nak tulis semua. Kang jadi 100 chapter.haha

So aku decide nak tegur zati sebab zati ni tak ada orang kacau,kan tunang dia ada jugak sini. Tunang dia pulak nampak macam sibuk sebab first game team dia dulu yang main.
"Zati,kerja tak datang,sini sampai eh" tegur aku dengam bersahaja.
Zati memandang aku agak tergamam,reaksi muka dia macam nampak sesuatu yang indah dah takjub haha, dia pon tak pernah tengok aku berpakaian sukan,so mungkin dia teruja dan tertarik dengan kemanisan aku malam tu. Ceh perasan hahahahaha.

" Eh wan,first time turun eh,aku cuti balik kampung urus hal nak kahwin" balas zati sambil tersenyum memandang ku. Emm cantik je. So aku pon bersembang sembang kosong dengan zati,tapi banyak hal yang melibatkan sukan. Rupanya zati ni selalu main badminton,thats why la body dia persis ahli sukan. Sambil kami berborak dan beberapa punchline diberikan kepada zati,kami juga bersama sama menyaksikan team tunang dia,Jai dan Zam tengah bermain futsal dan menguasai perlawanan. So basically,memang team Jai dan Zam ni buli opponent depa la..yela dah depa orang sama je tiap minggu haha. Aku pula seronok tengok depa main sebab bila ada geng perempuan ni,masing masing nak tunjuk terer dan mengeluarkan segala skill yang ada. Nampak sangat try hard di atas court. Jadi lawak tau tak Haha. Then aku tengok si azim pulak tengah rancak mengayat Ina. Aku doakan dia dari jauh semoga berjaya bro. Usaha tangga kejayaan.

10 minit berlalu. Perlawanan ditamatkan dan dimenangi team Jai. Aku tengok zam tersenyum senyum kat Ina buat gaya berjaya. Mungkin Ina janji dia satu goal satu blowjob kot. Haha. Then aku tengok azim melambai aku dari jauh.
" Wan jom wan team kita" jerit wan. Aku buat selamba sambil toleh kat zati. Zati tengok aku senyum dan pesan "main elok elok wan". Emphh satu kata semangat yang buat roh ronaldinho aku nak masuk ke dalam badan. Yeah im in game. Love u Zati. tetiba. Haha.

siapa sangka Where stories live. Discover now