rezeki atau bala?

20.8K 119 15
                                    

"ok wan,take care"

Satu reply chat dari Kak Yana sejurus aku membuka handphone ku. Yela zati dah blah,Ina sibuk dengan zam,pom pom girl pula tengah rancak menyaksikan perlawanan yang berlangsung bersama dengan geng kilang yang lain. Kak Iza pulak tengah layan suami dia minum air. Abang rosli dah mula menghinggap ke sarang yang lain iaitu pom pom girl. Dashat orang tua ni. Haha. Pisang jugak aku so main phone je la. Wah reply dari Kak Yana ni menenggelam kan aku kepada bayangan zati dan ina. Terus aku laju membalas chat Kak Yana.
" Baru habis satu game ni,tengah rehat sat" balas ku sambil tersenyum. Bukan mulut aku tersenyum. Tapi hati aku yang tersenyum. Acehhhhhh. Haha.

"Wan main dulu,nanti dah balik chat kalau akak tak sleep lagi" sopan je Kak Yana balas. Ala kenapa baik sangat ni. Terus bersemangat aku nak cepat balik chat dengan Kak Yana. Yela aku rasa macam dah boring nak main futsal,takkan lah aku nak kena berlakon tak pandai main sangat nak bagi nampak seimbang game tu. Tak syok gila haha. Jadi tak mencabar tau nak main kecuali kalau lawan team Jai. Haha Sebab depa paling kuat kan so aku jadi bersemangat sebab rasa puas kalau menang,macam menang tadi. Haha aku nak tunjuk apa tu makna futsal sebenar kat depa. Serious puas.haha. Geng kat kampung aku pon selalu ajak aku kalau ada game yang kalah bayar atau tournament. Sebab depa tau aku dari sekolah sukan kan. So kalau just main syok syok jarang la depa nak ajak. Lagipon dulu aku jaga kaki,jarang nak main syok syok. Orang sukan mesti faham apa yang aku sampaikan ini.

Aku tengok perlawanan futsal agak rancak dengan saling berbalas balas serangan. Azim macam biasa la,tak ada aku memang tak ada la orang nak tegur dia. Dia nampak macam cuba acah acah nak jadi macam aku dalam game sebelum ni , iaitu dribble sesorang lepas tu kena rampas,lepas tu lambat passing. Haha nampak try hard sangat. Tapi ada jugak la skill dia yang menjadi. Bila skill dia menjadi memang nampak sinar kebanggaan dekat muka dia. Haha. So aku decide nak blah sengap sengap, aku malas la main,nak bagi alasan kena balik awal la. Slow slow aku kemaskan diri aku dan berjalan menuju ke pintu keluar. Aku buat dont know je jalan seakan akan aku halimunan dengan cepat dan tangkas. So sebelum nak sampai pintu keluar,aku lalu tandas dulu,so aku membelok ke tandas sekejap untuk membuang air dan membasuh muka. Satgi takut nak terkencing dalam kereta kacau pulak so aku sediakan payung sebelum hujan. Settle kan urusan penting di dalam tandas. Tandas cantik dan besar tau siap ada tempat mandi lagi,dengan bau wangi tandas yang menyegarkan. Fuh nice. Tandas lelaki ni bersebelahan dengan tandas permpuan tau. So aku rasa tandas perempuan pon mesti besar jugak macam ni.

Lepas dah selesai semua,aku membasuh muka dan mengadjust rambut ku yang agak kusut tadi. Aku tengok cermin nampak serabai gila haha. Huduh. Dah la zati ambik gambar tadi. Aduh malu. Aku ingat aku tengah dalam keadaan handsome. Sebab rambut aku ni panjang sikit melepasi tengkok tapi tak sampai bahu la. Selalu aku pakai cekak je. Senang. Tapi hari ni aku tak pakai,so rambut aku jadi macam lalang yang kena pijak dengan budak budak,ke kiri dan ke kanan. Haha.
Aku pon membasah kan dan merapikan rambut supaya nampak lebih smart dan segak . Bila nampak kemas sikit macam ni terfikir pulak aku nak patah balik kat zati mintak snap balik. Haha. Bukan ada pasai. Satgi dia kata aku buang tebiat pulak. Setelah berpuas hati dengan kekemasan rambut aku,terus aku melangkah keluar dengan cepat untuk balik ke rumah.

Eh. Langkah je keluar aku agak terkejut. Eh oder je dah sampai.haha. Serious ah. Zati ada kat luar tandas jugak. Aku tak tahu sama ada dia nak masuk tandas,atau nak keluar tandas,atau tunggu aku. Suratan atau kebetulan. Its true as everything happen have a reason? hahahahaha. Tapi gaya dia nampak macam menunggu. Aku tak pasti. Zati pon memandang aku bersahaja tapi dia tak ada gaya terkejut la. Aku je nampak terkejut la,yela baru aku terfikir depan cermin tadi,tetiba sampai. Haha. Maka tenggelamlah bayangan kak Yana seketika. Adehhh.

"Eh zati,tandas ka" soalan agak bodoh keluar dari bibir seksi ku.ahhh.haha
" Baru nak masuk tandas" balas zati . Aku tak tahu dia tipu ke tak tapi aku positif. Takkan lah dia nak follow aku. Siapalah aku ni sangat. Haha. Tapi jadi la,sempat jugak dia tengok rambut aku selepas keluar dari tandas. Ni kalau dia snap gambar aku, dia akan ada gambar before and after ni.hahahahahah.

"Aku nak gerak balik dah ni,kalau depa tanya cakap dah balik" aku memesan zati sebab aku tengok zati dah mula melangkah nak ke tandas. Cantik je langkah dia. Sopan.
"Ok eh wan,no hang? Satgi nak send gambar" tanya Zati kat aku bersahaja. Fuh unexpected soalan dan unexpected reaksi dari muka dia. Aku tak pasti Zati tengah control lawa ke dak. Nampak natural dan bersahaja cara dia mintak number. Main angin eh zati. Ada daya tarikan kat Zati ni.

Pucuk dicita ulam mendatang. Besar tapak tangan aku tadahkan. Bagaikan terkena durian runtuh. Seperti terkena panahan jackpot. Apa lagi peribahasa yang boleh dipakai?hahaha itu lah yang aku tengah rasakan selepas mendengar soalannya. Dengan pantas aku bermain pantun " Zati bagi no,stg aku whatssap,ok?" aku pulak yang bermain tarik tali dengan Zati.
"Ohh 0175******" tanpa banyak songeh Zati membalas angin aku. Aku mengangguk senyum "okayh satgi aku wassap" sambil jalan laju hendak meninggalkan zati. Dan yes zati menegur aku laju.
"eh ingat ka nombor,tak tulis kat mana mana?" Tanya Zati kelihatan agak risau.
"Eh ingat, tak apa satgi wassap ek" dengan berlagak terer terus aku blah tinggalkan Zati. Tapi dalam hati aku rasa macam best gila. Hati aku tersenyum senyum kegembiraan. Saja aku nak test Zati tadi.hihi. Sementara itu dalam otak aku tengah menghafal nombor dia supaya jangan terlupa sikit pon. Terkumat kamit otak aku menghafal sambil aku berjalan masuk kereta. Masuk dalam kereta je terus aku tulis no Zati dalam phone dengan menginggat kembali lenggok bibirnya. Ahhh.

Lepas aku save no Zati, terus aku bukak chat send kat Kak Yana on the way nak balik. Please wait me akakkkm.

Ting!
Satu notiffication masuk.

"Nak balik dah ke,tunggu kejap kat kereta" satu chat dari Ina masuk. Aku ingatkan Kak Yana. Gulp!. Alamak lupa pulak aku kat dia. Macammana ni haha. Aku menoleh dan dari jauh aku nampak Ina tengah jalan menuju ke parking. Yela Ina kenal kereta vios mak aku ni. Aku bukak tingkap perfume Ina dah sampai menerjah ke hidung aku laju. Dah kenapa bau perfume Ina serang aku ni haha. Terus tenggelam bayangan Kak Yana dan Zati. Dugaan ni. Rezeki ke bala?

siapa sangka Donde viven las historias. Descúbrelo ahora