ole

19.8K 108 6
                                    

Suasana sengit sedang menyebulungi perlawanan ini. Penonton di luar mula menambah ajinamoto ke dalam masakan dengan melaungkan sorakan sorakan tajam seperti " takkan kena kott " "haih team paduu" "comeback comeback" ha macam tu. Semua yang duduk di situ mula memberikan minat untuk menonton perlawanan penuh kejutan ini. Tapi tidak kepada abang rosli,aku nampak dia masih berusaha mengorat kak Iza,sambil kedua dua tangannya bergerak ke atas menunjukkan gaya, dia ni sembang pasal buah silat ke apa ni. Haha.

"Azim satgi hang duduk kat area palang goal je,jangan turun langsung ,jangan pi memana" bisik aku perlahan. "Ina tengah tengok hang tau dak" tambah aku lagi untuk meyakinkan dia. Ternampak lah urat nafsu di dahi azim bergerak dan terus tersenyum tersipu gatai bersetuju dengan arahan ku.
"Lee,dapat bola tengok aku,passing aku je" arah aku pulak kepada ramlee. Ramlee hanya mengangguk bersungguh. Dia ni jenis macam aku jugak buat kerja sendiri dan jarang aku tengok dia mengusik perempuan. Ramlee jenis kalau rehat suka duduk surau melepak di situ. Geng tak merokok jugak dia ni. So aku tahu dia senang nak passing bola,tak ada mengada ngada nak jadi ronaldinho dan nak control macho.
Dekat mie pulak aku tak bagi arahan spesifik sangat,sebab dia boleh main,bukan jenis kaki bangku. Cuma nak buat terer je la,biasa la tu, budak lagi. Sama umur dengan azim. Jenis dressing mat rempit sikit dan bermuka agak jambu. Aku cuma pesan dia main macam halim napie. Angguk je dia tergelak.haha.

Sepakan oleh team Jai dimulakan. Hantaran pendek dan laju mula dilakukan di kawasan mereka. Rotation team Jai dilakukan dengan penuh berhati hati. Aku target suami Kak Iza je ni,sebab dia jenis perlahan sikit,biasa la dah berumur. Jadi suami kak iza ni banyak tunggu bola di atas. Aku pulak cuma tunggu di bahagian bawah untuk bertahan. Lee dan mie berlari lari cuba menganggu dan merampas bola dari pihak lawan. Azim pula berlari anak di bahagian atas. Dan akhirnya zam menghantar bola leret ke arah suami kak Iza. Dengan pantas aku terus berada di depan suami kak iza dan beliau seakan terkejut,mungkin menjerit ,mak aii hensemnya. Hahaha lawak je. Terus aku merampas bola di kakinya sambil menolak perlahan bola ke celah kangkang atau nama popular nya ole!. Sorakan terus bergemuruh dengan ramai menjerit serentak OLE! Aku dengan pantas mengambil kembali bola setelah berjaya mengole. sebab aku tengok kaki suami Kak Iza ni nampak macam kaki dia besar dan berat sikit,jenis ni memang akan kena buah ole la. Sory ye bang.haha. Sebab zaman aku futsal dulu ole ni boleh dikatakan sebagai maruah diri haha dan selalu dijadikan challenge masa training futsal dulu. Kalau kena ole memang boleh dijadikan bahan sanpai ke hostel.

Zam dengan muka serious memandang tepat bola di kaki ku mula membuka langkah berlari menuju ke arah aku. Aku tahu niat dia untuk merampas bola di kaki ku. Nampak sangat terlalu gopoh berlari. Aku malas la nak buat bunga nak kelecek tetiba so aku just passing bola kepada ramlee dan lari ke depan meminta kembali bola kepadanya. Ramlee mengikut pesan ku tadi dan menghantar balik bola kepada ku secara bersahaja. Dia hanya melakukan dua sentuhan. Tahan dan hantar kembali. Simple. One two passing terjadi di situ secara lancar. Tanpa berkata apa apa,Aku terus menyepak dan menghantar laju bola leret ke arah azim yang sudah mula lari ke arah tiang goal.

Jai menoleh seakan terkejut dan menjerit "bawah weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii" dan berlari laju turun ke bawah. Bola sudah sampai di kaki Azim tapi dia boleh pulak tak shooting terus. Cuba nak berlagak menggelecek dan membuat tarian bunga . Aduh salah aku jugak sebab cakap Ina tengok dia. Kalau dah habit nak tunjuk handsome, memang tak boleh kontrol kekadang haha. Aku pula terus lari laju ke atas sambil jerit shoottttt azimmm shooottt. Selepas azim membuat bunga gelecek,baru dia melakukan rembatan tetapi sudah terlambat. Penjaga goal sudah mula menerpa dan rembatan leret azim berjaya ditahan menggunakan kaki oleh penjaga goal dan bola membidas keluar. Hanya sebab azim lambat dua saat ,dia tak berjaya menjadi hero. Penonton di luar ada yang menjerit dan memegang kepala dan ada yang ketawa. Yela nampak sangat nak buat terer azim ni pon. Haha.

Bola leret yang ditahan keluar menuju ke arah tengah court. Aku yang tengah berlari menuju ke atas melepasi line tengah memerhatikan bola meleret keluar. JACKPOT! Bola itu dengan comel meleret menuju ke arah aku. Aku tengok di depan nampak macam ada satu lorong cantik untuk aku melepaskan rembatan. Terus aku berlari laju fokus ke arah bola yang mula datang mendekati aku. Aku rasa dah tiga tahun aku tak rembat bola ni. Tetiba rasa geram pulak sebab kena shoot tadi, terus aku rasa seakan segenggam bola api mula berkumpul di kaki kanan keramat ku.

siapa sangka Où les histoires vivent. Découvrez maintenant