dup dap dup dap

20.9K 133 7
                                    

"Makan mana awak?" Tanya aku kepada awek aku. Satu soalan yang memang agak susah untuk dijawab. Sebab aku dengan awek aku dah turun ke foodcourt dalam mall. Foodcourt ni tingkat yang bawah sekali. So banyak kedai terletak di tingkat bawah ini. Ada kfc,subway,pizza dan sebagainya. Sambil mata aku memerhati kedai kedai,sambil itu jugak aku mencuci mata memerhatikan awek awek penang ni. Memang banyak lelawa. Patut lah ada pepatah mengatakan "masuk penang jangan sampai terlepas signboard". Ayat ini membawa maksud mendalam sebenarnya. Yela mata ashik ushar awek anak mami,chindian dan melayu asli penang. Haha. Boleh terlepas signboard tau.

"Ikut awak lah nak makan memana" jawab awek aku. Menyuruh aku membuat decision. Hmm..
" Subway okay?" Cadang aku dengan yakin. Makanan yang konon konon dicanang sebagai berkhasiat . Haha.
"Macam tak best je" cebek awek aku membuat muka yang comel. Ha sudahh tadi suruh ikut aku adehh. Awek aku ni muka ada iras zahirah macwilson tau. Tapi bertudung dan pakai spek. Ya cantik tapi aku menyampah je tengokkk dia cebek macam tu. Nak kena siku ke apa. Haha.

"Kfc?'simple aku bertanya kat dia. Sambil mata aku melilau tengok sekeliling. Konon tengok kedai kedai makan la..padahal mata dok ushar awek awek. Tapi sekilas pandang la..dua kali pandang jadi dosa pulak. Sekali je tau aku pandang.

Awek aku diam sambil menggelengkan kepala. "Okay awak pilih" ujar aku lagi. Mata awek aku memerhatikan sekeliling. "Nasik ayam lah,chicken rice shop" ucap awek aku sambil terus berjalan menuju ke arah kedai nasik ayam tu. Wah laju je pergi. I like. Aku pon turut melangkah mengikut awek aku tanpa sebarang halangan. Aku okay je makan memana. Kita orang lelaki ni just bantai ja. Tolak batu dan kayu ja. Haha.

So sampailah kami ke kedai itu dan awek aku lah yang pergi orderkan makanan. Aku ikut je apa yang dia nak oder . Aku cuma pesan satu sahaja, "nasi tambah jangan lupa" . Ya nasik tambah memang sangat penting kalau jenis kedai yang letak nasi satu scop kecil je. Sementara menunggu makanan yang ditempah sampai, awek aku ajak berborak lagi dengan topik yang berlainan tapi mempunyai tema yang sama. Its about the wedding photographer, pelamin, make -up, kenduri nak berapa khemah dan lebih advance , awek aku sudah mula merancang tempat untuk berbulan madu.

Tengah rancak aku mengiyakan apa yang awek aku rancangkan, aku ternampak kelibat Zati dan Jai dari jauh sedang jalan menuju ke shoplet Al -Ikhsan. Aku tengok Ina dan Abang Zan tak ada pon. Mungkin berjalan asing. Haih ke mana lah Ina ni, ke tandas sekali ke dengan Abang Zam?haha. Shoplet Al Ikhsan ini terletak berdekatan dengan tempat makan aku. Tiba-tiba Jai dan Zati berhenti dari masuk ke Al ikhsan dan berpusing terus berjalan menuju ke food court. Sambil berjalan, mereka berdua kelihatan bergurau dan ketawa sesama sendiri. Memang nampak sangat sweet couple dan sepadan. Jai dengan kulit putih dan handsome, lebih tinggi dari aku, berjawatan enggineer dan juga seorang perokok. Jai memang memiliki ciri ciri idaman para wanita. Zati pula memiliki ciri ciri wanita yang simple dan gaya yang menarik. Dipadankan dengan cermin mata bulatnya yang tebal menampakkan wajah cantik innocentnya.

Sambil mata aku memerhatikan mereka, aku juga melayan awek aku berborak. Dua kerja dalam satu masa. Jiwa awek kena jaga. Sekejap tengok mereka,sekejap tengok awek aku. Aku betul betul cover mata aku supaya awek aku tak perasan yang aku tak fokus sangat dekat dia, haha. Mata aku pulak macam dah tak boleh kawal, ashik nak pandang ke arah pasangan merpati sejoli ini. Boleh juling kalau 4 jam aku buat macam ni tau tak. Argh.

Aku melihat Jai dan Zati berhenti dan berjalan dan seaakan berbincang sesuatu. Muka Jai kelihatan resah sedikit. Ya aku faham. Sebagai seorang brotherhood, aku tahu Jai mengalami masaalah yang sama, iaitu memilih tempat makan. Haha. Tapi mata aku agak terpaku dan terbeliak sikit apabila melihat Jai memeluk bahu Zati dan menarik rapat ke arahnya. Jai mencium dahi Zati sambil mereka berjalan menuju ke arah pizza hut. Terjeleous sedikit hati aku melihat aksi itu. Tapi aku cuba berfikiran positif, mungkin ada nyamuk yang hinggap di kepala Zati. Tapi tadi Zati seakan tersenyum suka apabila mendapat ciuman dari Jai. Arghh sakit hati. Wei Zati gambar aku dalam handphoneee hangg la. Tolong la tatap!! Haha.

"Eh awak dengar tak, awak tengok apa?" Jegil mata awek aku memandang aku. Terus mati lamunan dan cemburu aku terhadap Jai dan Zati. Aku lupa pula ada harimau kelaparan depan aku ni. Raja rimba ni tau tak.

" Ha okay okay awak cakap je, saya dengar" dengan penuh bersahaja aku meyakinkan awek aku yang aku dengar semua celotehnya.

"Awak tengok perempuan mana? Awak ingat saya tak tahu?" Balas awek ku laju. Terpinga pinga dan tersengih aku kat awek aku. Jadi tak tahu nak jawab apa. Tak mengaku salah, mengaku lagi la salah.

Aku terus memujuk awek aku dan memberikan perhatian penuh kepadanya. Yela kang tak dapat balik awal, tak boleh nak jumpak Kak Yana. Setelah selesai makan, aku dengan cepat terus mengajak awek aku pulang dengan alasan nak main takraw di taman. Biar aku ajak dia dulu sebelum awek aku bagi idea pelik pelik atau ajak aku ke mana mana. Mujur awek aku setuju dan kami terus bergerak pulang. Aku melihat jam gshock copy ory ku menunjukkan pukul 4 petang. Ya sejam lagi aku akan berjumpa dengan Kak Yana. Sampai rumah sekejap lagi aku kena mandi dan bersiap paling handsome. Debaran hendak bertemu dan bersemuka dengan Kak Yana. Nervous seakan orang bercinta. Ahh lama tak rasa perasaan macam ini. Dup dap dup dap.

siapa sangka Où les histoires vivent. Découvrez maintenant