pom pom girl

23.7K 109 6
                                    

Macam biasa pagi ni,aku melepak dengan smoking gengs di smoking room sambil bersarapan. Kelibat bayang bayang Ina masih belum kelihatan,yela zati cuti lagi,mesti dia lambat sampai. Zati ni suka datang awal sebab nak jumpa tunang dia dulu,biasa la ambik semangat nak kerja. Itulah kuasa cinta. Kuasa cinta sebelum kahwin. Sebab dah kahwin nanti cinta tu tukar jadi komitment.opssss.hahahaha just kidding.

Seorang member kilang aku, azim menghulurkan sebatang rokok
"Wan nah boh la sebatang,baru semangat nak kerja" satu tawaran ikhlas nampaknya.
"John?" Tanya ku sambil menjeling kotak rokoknya.
"John je la wan" sengih azim.
"Aduh zim,jantung aku mahal,dunhill aku boleh la" bergurau aku kat azim tanpa ketawa untuk menolak pelawaannya.
"Oooo hang nak rokok mahal ja eh,belagak eh haha" azim membalas gurauan aku kembali. Tiba tiba perbualan aku dan azim terhenti seketika. Satu haruman wangi menerjah masuk ke hidung kami. Ya kelihatan dari jauh, Ina sampai sambil sedang terkedek kedek berjalan menuju ke pintu kilang. Ina memang tahu banyak mata nakal memandang dia. Tapi aku rasa Ina anggap itu satu show yang dia perlu untuk menunjukkan bakat dalam kategori modelling. Suasana di smoking room terhenti seketika sambil terdengar bunyi kicauan burung gagak. Pak cik tua supervisor yang 40 an turut memandang ina. Ya penangan sihir perfume. Haha.

"Geram aku tengok ina ni wan " bisik azim kepada ku. Kelihatan urat nafsu bergerak di dahi azim. Haha.
" Kenapa azim" bersahaja aku bertanya sambil meng acah acah matang.
" Hang tengok la tek dia,penuh tangan ni hihi" ujar azim sambil membuat muka geram. Nak je aku bagitau tek Ina kecik hahaha tapi aku tak mahu la pecah tembelang,nanti pecah dah hilang,suara sumbang.tiber.
"Dosa tu zim.." berustaz aku kepada azim sambil aku senyum sikit. Azim memandang aku berkerut.
" Hang xdak awek ka wan?" Tanya azim. Haha okay by the way aku dengan kawan kawan lelaki kilang,aku hanya kawan dalam kilang je,balik rumah memang aku akan buat hal aku. Macam bebudak lain,depa balik akan lepak sesama,cuti pergi berkelah sesama. Aku bukan jenis macam tu. Aku hanya kawan dalam kilang je. Luar kilang memang aku fikir nak pecut balik rumah. Lagipun aku lagi suka lepak dengan member di kampung. Geng kilang ni siap buat futsal tapi aku tak join sangat. So bila dah lelama,bebudak kilang pon faham aku jenis macammana then tak kacau aku sangat. Sebab aku tak suka nanti terjebak politik kilang. Dan aku percaya ada ramai yang berperangai macam ni kat kilang.
" Tak dak azim, aku tak hensem sangat" berseloroh aku kat azim.
" Haha mengorat la Ina, aku baru dapat no dia" ujar azim. Aku tak tahu dia bangga ke atau dia ada niat nak tolong aku.
" Boleh ayat ke zim?"begitu humble aku bertanya.
"Semalam aku dah chat dia wan" bangga azim memberitahu aku. Ooo tu la yang azim nak bagitahu aku. Ina layan dia. Good news ni ke bad news ni. Nakal Ina ni hahah.
" Dia suka hang tu azim" support aku kepada azim. "Dekat smoking room ni,aku tengok hang paling smart,serious" ujar aku lagi sambil buat muka serious memandang azim.
"Wei hang wan,serious ar" balas azim. Muka dia macam nak gelak, tak gelak. Sebab aku ni jarang nak bercakap lelama dengan kawan lelaki kilang. So bila aku cakap panjang sikit,nampak macam aku ikhlas bercakap,macam aku letak satu kepercayaan dekat hati dia,yang hang ni handsome azim.
"Aku serious ni azim" sambil aku memandang tepat mata dia. "Hang teruskan ayat,aku nampak dia macam suka dekat hang jugak" terus menerus support aku kepada azim. Azim macam terdiam sebab macam takut nak gelak. Lagipon aku tua azim banyak,dia baru 20 tahun.

Azim mengangguk angguk "tu la aku try" slow je azim membalas sambil mengeluarkan sebatang rokok lagi. Kali ni dia tak offer aku. Aku pon mengangkat kaki blah meninggalkan azim masuk ke kilang.
"Aku masuk dulu" bersopan aku kepada azim.

******
Sampai di bilik locker dengan tujuan nak menegur Ina,aku ternampak ina sedang rancak bersembang dengan kawan tunang zati, aceee mengayat lah tu...so aku decide untuk lalu sahaja depan ina. Bukan jenis aku nak kacau daun nie haha. Tetiba si zam ni( kawan tunang zati) menoleh ke arah aku dan datang laju menuju ke arah ku. Terkejut jugak aku. Dia ni kenapa. Nak ajak fight ke. Bukan ada pasai. Dia tak tahu ke aku belajar silat bangau dekat kampung pinang sebatang dulu.haha. Tapi risau jugak lah aku,dia tinggi dari aku,lepastu tua aku lagi pulak tu tapi muka budak library la. Hahaha Tak apa,aku hadap je sebab dia nampak tergesa gesa sangat datang kat aku. Rilek ah bang.

"Wan,join futsal malam ni,tak cukup seorang lagi untuk 4 team,kau join boleh?" BerKL pertanyaan zam sebab dia asal kuantan. Si zam ni memang aku selalu nampak tugas dia mengutip nama untuk mengatur team main futsal. Lagipon hari ni last day kerja,so depa ni set futsal la. Memang jadi aktiviti mingguan budak kilang ni bila cuti.
" Uish saya malas la bang zam" balas aku menolak.
" Semua budak kilang ni je wan,semua kita kenal,seronok seronok,kau bukan pernah join" pujuk zam kepada ku.
Okay dalam hati aku kali ni je lah aku layan. Depa ni nak tengok sangat skill messi aku ni. Okay tak apa.haha
"Emm bolehla" aku memberikan harapan palsu so aku boleh bagi alasan sakit perut ke apa ke malam ni. Aku cuma nak dia berhenti pujuk aku. Yeayh .

Tapi rancangan aku tak berjaya sebab terus dia mintak duit bayaran untuk futsal dan mengisi nama aku dalam team. Aduh. Kutip duit dulu pulak. Ingat kan lepas main. Aku pon layan kan je.Lepas si Zam ni blah, Ina datang kepada ku, "wan malam ni futsal eh" senyum Ina. Ahh dia ni kenapa. Saiko ah. Aku pon mengangguk dan mengenyit mata gatal. Aduh main futsal tak boleh chat dengan Kak Yana lah malam ni. 10 malam sampai 12 malam pulak tu.

Dan pada hari itu,ramai yang tegur aku, "wan futsal malam ni" "wan main woo malam ni" wan jangan lupa pukul 10" "wan ada kasut tak" terngiang ngiang berbagai jenis suara masuk ke kepala ku haha.
Semalam dah pening. Hari ini pon pening jugak. Tambah tambah si azim,dia memang nampak suka sangat sebab aku sama team dengan dia. Tiba tiba time rehat datang kat aku sembang tentang futsal. Hahaha bukan ada pasai. Teruja gila dia .

So malam tu lepas balik kerja, siap siap,ambil kasut keramat aku yang sudah dua tahun tak digunakan. Masih ada bekas bekas jahit macam kasut shoalin soccer tu. Terus aku pecut menuju ke futsal safira seberang jaya. Aku inform Kak Yana yang aku ada futsal. Begitu juga awek aku.
Malam ni aku nak shoot macam cristiano ronaldo dan menggelecek seperti messi. Sebab Ina dengan geng perempuan pon turun memeriahkan futsal. Jadi pompom girl. Terbayang aku depa menari nari sambil meniupkan semangat. Mana tahu aku ada rezeki jap gi.Hahahaha. Patut ah ashik futsal tiap minggu geng ni.hahahaha. Ada pemanis rupanya.


siapa sangka Where stories live. Discover now