Abg Jamil

25.2K 119 23
                                    

Sruhhhhh.. sruhhhh..sruhhh..
Kedengaran air shower berbunyi.
Kelihatan seorang pemuda sedang leka mandi dalam keadaan bogel setelah penat seharian bekerja di sebuah kilang terkemuka.
Sruhhh..sruhhhh..
Aceewahhh hahahaha..
Yela dah aku sorang je mandi dalam tu,rajin pulak nak pakai boxer or kain basah. Lain ah mandi dengan perempuan,swimming suit aku pakai.aha.

Sambil aku tengah mengshampoo rambut aku yang kian lebat kian jauh ni,otak aku masih lagi terfikir pasal ajakan aku kat Ina nak tengok wayang cuti ni. Aku rasa macam tak sedap hati. Macam ada benda yang tak kena. Ahh apa apa hal aku nak chat Kak Yana dulu satgi. Rindu dah ni. Dengan cepat aku menghabiskan mandian dan bersandar di kamarku.

"Salam akak sory semalam wan balik,penat tak berapa sihat terus tidor" ya. Aku tahu. Ini dinamakan tipu sunat.

Tak lupa juga.
"Hi Ina nak tengok wayang cita apa nanti?" Tanpa fikir aku send. Menyandar aku sebab rasa tak sedap hati lain macam.

" Yeke ,wan tak sihat kenapa ni,rajin sangat kerja ni" satu reply dari Kak Yana. Bersemangat dan terusik seketika hati aku membaca chat dari Kak Yana. Umpama dia caring kat aku walaupon ayat itu hanya biasa-biasa. Hilang habis rasa resah gelisah aku. Haha. Aku letak handphone di dada sambil mengadjust badan ku dari sandar untuk berbaring.

Trutt truttt.. telefon aku berbunyi, bergetar dada aku dengan vibrate phone ni. Wah mesti Kak Yana call ni risau aku tak sihat. Yahoooo. Dengan bergegas aku mencapai phone. Tarik nafas nak kontrol suara.Baru aku nak angkat call, eh.. Ni Nombor yang paling aku takut. Yang aku rasa tak sedap hati dari tadi lagi rupanya inilah, iaitu, "my love" . Tertera besar di screen handphone ku.Hmmmm Awek aku.

So aku rilek dulu biar call berbunyi sampai nak habis,baru aku angkat. Awek aku ni jarang nak call dua tiga kali semalam. Sebab tadi sebelum mandi dah call,so mesti ada something wrong ni atau ada apa apa.

"Awak cuti lusa kan?teman saya ke sunway,saya nak pergi popular beli buku" tanya awek aku dengan sopan dan lembut. Itulah padahnya apabila awek tahu jadual kerja kita.

"Ohh boleh jugak tu,esok saya bagitau awak balik,takut mak ajak sya teman dia pergi memana" jawapan panjang dari aku. Jawapan yang memberi makna mendalam. Jawapan yang ada harapan tapi ada halangan.haha. Otak aku kembali fikir pasal wayang dengan Ina. Aduh.

"Okay esok awak bagitau saya balik" ringkas dan simple jawapannya. Tetapi agak berserabut bagi aku. Hahaha . Okay Awek aku ni dia memang simple, style,matured,dan jarang lah nak gaduh sebab tu lah aku kawan dengan dia. Kat situ Aku nampak dia ni ada ciri ciri yang boleh jaga aku. Nak kata lawa..emm ofcozzlahhh nama pon awek kan. hahahaha. muka dia ada iras iras artis zahirah macwilson, boleh google, tapi versi pakai tudung la. Baik budi pekerti,hormat orang tua dan perfume dia tak bau wangi sejauh 20 meter. Hahahaha . Tapi satu je, jangan aku kantoi ada skandal je dengan dia,sebab aku sudah diberikan peluang kedua. Silap silap dia boleh bukak gayung patani kunci 12 kat tengkok aku. Tak ke naya. Hahahaha tapi syukur sekarang dia dah jadi wife aku dengan selamatnya.

Then lepas habis gayut dengan awek aku tu,tak lama dalam 15 minit macam tu,aku tengok banyak notiffication chat masuk. Ya dari Kak Yana dan Ina lah. So aku cepat cepat membalas chat depa. Yela perempuan ni susah kita nak faham perasaan kaum perempuan ni. Haha so ambil langkah selamat.

Sambil sambil chat tu,ina bagitahu aku dia nak tengok cerita marvel civil war. Wah cara ni macam comfirm je nak keluar. Pejam mata aku. So Aku sekarang ada dua pilihan. Awek aku atau Ina. Cinta atau nafsu? Serious atau foya? Arghh. Tapi aku layan kan je. Esok masih ada sehari lagi untuk fikir.

Dengan Kak Yana pulak,suasana chat kami sangat dipenuhi dengan bunga bunga gugur,letupan bunga api yang indah,coklat coklat yang sweet disertai punchline punchline yang padu dari aku.hahahaha. Kak yana pula laju je reply chat aku. So aku sibuk melayan kedua dua kawan dalam wechat aku ni. Ina pulak sibuk bagitahu aku enggineer tu mengorat tengah chat dia, so ,dalam hati aku tengah berdoa la supaya enggineer tu ajak dia keluar jugak cuti ni. hahaha.
So aku boleh terlepas dari satu masaalah.

Then lepas ucap goodnight dekat Ina,aku terus fokus dengan Kak Yana. Ina sudah disingkirkan dari pentas ini. So aku mintak nak call Kak yana lagi malam ni. Kali ni kak Yana setuju sebab suami dia pon belum balik lagi.

Bergayut lah aku dengan Kak Yana malam tu. Seguni punchline aku bawak bagi kat Kak Yana malam tu. Then tiba tiba ,all of sudden,no wheather or pandemic,
"Akak,wan cuti lusa ni,free siang boleh la jumpak sembang sembang" offer aku tanpa berfikir panjang.hahahhah. Then aku terdiam sejenak. Ni aku cari pasal ni. Tapi aku rasa mesti la Kak Yana tolak. Siang hari kan ada suami dia.

"Petang boleh la sebab nak ke kedai serbaneka(nama rhsia) dengan anak menakan" balas Kak Yana. Ah sudah. Satu jawapan yang tak diduga. Aku pulak tak tahu nak gembira ke,nak sedih ke,nak sebak ke, arghhhhhhh. Tapi aku layan kan je.
"Oh boleh dekat je tu,sembang dalam kereta pon xpe akak" ajak lagi aku umpama menambahkan alkohol di dalam api. Siap bagi cadangan sembang dalam kereta.hahaha .Yela play safe. Wife orang tu.

"Okayh,yela dalam kereta je,akak nak jumpak kejap je,nak tengok jugak wan ni" balas Kak Yana lembut.

"Wan pon nak tengok akak,mesti cantik depan depan" yeayhh bommmm. Bermakna ada persetujuan di situ.

Setelah selesai bergayut, terus aku mengambil kain basah,aku lumurkan di dahi dan letak di situ. Selamat tak ada koolfever. Yela pening la. Tadi dua pilihan,sekarang dah jadi tiga pulak. Ahhh boleh demam aku.
Baru aku faham perasaan abang jamil.

The legend.





siapa sangka Où les histoires vivent. Découvrez maintenant