chess

24K 152 29
                                    

Hari baru bermula. Pagi sudah pun tiba. Ketukan pintu yang kuat dari genggaman penumbuk diraja mak aku terus membangunkan aku dari mimpi yang indah. Seakan-akan bergegar bilik aku ini.

"Subuh ni 7 dah..hang tak bangun lagi ka?hang kerja ka dak ni?" Jerit mak aku dari luar pintu. Ya mak aku tak berapa ambil tahu bab kerja aku,tapi bab solat,memang nombor satu.

"Ya makkkkk bangun dahhh ni" laung aku sambil mengcover suara aku supaya kedengaran macam aku dah bangun sejak pukul 6 pagi.

Fuh berpinau-pinau kepala aku pagi ini disebab kan kelelahan peperangan nafsu semalam. Terasa seperti mimpi dengan apa yang berlaku. Ditambah pula batang yang masih naik keras di waktu pagi,biasala baru bangun tidur..mat salleh kata "morning wood". Tiber. Terus aku bergegas ke bilik air di dalam bilik aku untuk mandi menyegarkan diri dan bersiap untuk ke kerja. Aku kena hensem hari ni. Tiber.haha.

Pecutan mula dilakukan di atas higway berbekalkan motor lagendaku,aku terus menyelit di celah celah kereta dan lori untuk cepat sampai ke kilang. Yela kejap lagi nak tibai nasik lemak dulu, ushar ushar awek kilang dulu, nak tengok Ina duluu..eh.. Yela mesti pandangan dah semakin lain dengan apa yang dah berlaku. Sambil-sambil pecut tu mengelamun jugak aku pasal Ina dan peristiwa futsal cuti hari itu. Tersenyum aku sendirian di atas motor. Senyuman ikhlas.

Sampai je di parking motor,terus aku membawa keluar nasik lemak yang dibungkus. Macam biasa,aku malas nak makan kat kantin atau dekat tempat hisap rokok,dekat sini lebih selesa sambil memerhatikan geng kilang yang lain sampai dan meparking motor. Dengan kata lain,boleh tunggu Ina dan Zati sekali hahaha. Agak dah kan.

By the way, ada jugak dua tiga orang yang makan nasik lemak di atas motor, bukan aku sorang je tau. Aku pulak sampai agak awal,20 minit sebelum punch card. Yela awal tak kalut.

"Wan,power eh futsal hri tu " tiba tiba ada seorang mamat yang tak berapa aku kenali menegur aku. Aku pon tak berapa kenal dan tak menyembang sangat dengan dia. Terkejut jugak aku tetiber ni.

"Eh takdak la,syok syok lama tak main" balas aku sambil tersengih dan menyambung makan nasik lemak aku. Speechless jugak. Pui.

"Wan wah sempoi no hang kelecek" datang seorang lagi kawan kilang datang menegur. Aku tak tahu tegur or memuji,tapi aku anggap benda tu hanya menegur sahaja,sebagai pembuka bicara untuk menyembang.

"Wan nanti main lagi wan"

"Wan,puaih hati aku tengok hang ayam ayam kan team jai"

"Wan lepas satu game tu hang hilang pi mana"

Semakin ramai pulak yang menegur aku di parking motor . Ini membuatkan aku jadi tak senang duduk untuk menjamu selera.. Sapa sapa yang sampai dan lalu depan aku mesti akan menegur bab futsal. Aku dah agak benda ni akan terjadi. Aduh nanti ramai pulak yang kenal aku. Aku hanya mampu tersengih sengih tahi ayam sambil mengacah mengunyah nasik lemak seperti gula gula getah.

Tiba-tiba dari pintu pagar kilang,dari jauh sebuah skuter masuk dengan perlahan. Ya motor yang ditunggu tunggu oleh 90 peratus lelaki kat kilang ini. Semua mata lelaki yang ada di parking motor dengan serentak mula tertumpu ke arah skuter itu. Ya motor skuter yang sangat top tahun itu iaitu motor Ina. Tetapi ianya hampa,kerana hanya kelihatan sosok zati seorang sahaja yang menunggang skuter itu,kelibat hot model kilang ini iaitu Ina tidak kelihatan. Zati pulak orang tak berani ushar sangat, yela tunang eggineer tu, Abang Jai. Kang tak pasal je jadi kecoh.

By the way ia satu kegembiraan dan peluang untuk aku. Si Jai mesti lepak dekat smoking room. Eh Ina kenapa tak datang ni? Pelik jugak aku.

Aku mula rasa sedikit hampa apabila melihat Zati memarking motor yang agak jauh dari tempat aku parking. Yela sekeliling ni dah penuh. Tak dapat la aku nak menegur dia,dan dia juga tak dapat menegur aku. Cheewah. Haha. So aku terus fokus balik ke nasik lemak dan mengambil keputusan untuk menghabiskan nasik lemak ni dengan tiga suap.

"Wan,keluar dengan awek eh haritu,comel eh awek" tiba tiba satu suara yang indah menegur aku. Aku yang tengah fokus makan agak terkejut dengan teguran itu. Selamat lauk telur,kalau ayam, tak ke tercekik aku kat situ.

Terus aku menoleh ke arah teguran itu. Ya ia adalah dari Zati. Zati berada di hadapanku dengan muka bersahaja. Wah,terksima aku, yela Zati datang dekat motor aku,hanya untuk menegur bab awek? Orang lain semua tegur aku bab aku kelecek bola macam ronaldinho kot.

"Eh mana ada awek,tu kawan wan tu" bertipu sunat aku kat Zati. Aku pon tak tahu kenapa aku perlu tipu. Zati ni tunang orang kot.

"Haha eleee yela tu.nampak sweet je" Zati mula main angin.

"Haha yela,boring keluar seorang,ajak la kawan sekolah keluar" terus aku menipu lagi dengan wajah penuh kesucian. Selamat aku tak tersasul cakap keluar dengan kakak. Lagi nampak macam penipu besar. Haha. Ini kalau awek aku tahu,memang penendang tujuh bayangan mendarat kat muka aku ni.

"Kawan sekolah?haih baru habis sekolah ke?" Tegur Zati bersahaja smbil tersenyum manis.

"Ha ah lama tak jumpa kawan sekolah, saja la ajak keluar" walaupun terasa macam tak logik, aku masih terus menipu. Tapi aku pon tak faham kenapa aku kena mempertahan kan benda ni. Haha.

"Yela lalu depan kita pon tak tegur kan,takut la tu" Zati membalas penipuan aku dengan menggerakkan buah catur queen untuk check aku. Tapi masih belum lagi checkmate.

"Ish segan la nak tegur, dengan tunang kan " Aku melarikan buah king aku satu tapak.

"Haha ala tunang kita kan abang Jai,kawan wan jugak, tegur je la. Kami semua nampak wan tau" balas Zati bersahaja. Jawapan yang agak pedih kepada aku. Kantoi rupanya. Ingat depa tak nampak. Hahahaha malunya ish. Buah catur king aku mula dikepung oleh buah catur Zati.

"Haha eh Ina kenapa tak datang?" Aku terus memintas buah catur Zati dengan buah castle aku supaya aku tidak dichekcmate kan. Aku berlagak tenang.

Zati memandang terus ke mata aku. Dia diam beberapa saat dan kemudian bersuara.

"Ina tak sihat,nak demam rasanya" Mata Zati seakan tajam merenung ku. Ahh Zati tahu ke aku kat rumah dia semalam? Risau jugak aku tapi aku harus tenang. Zati masih mahu menggerakkan buah caturnya.

"La yeke,kenapa demam pulak,dah tu Abang Zam pergi hantar ubat tak?" Aku cuba membuat lawak sebab aku got no idea. Aku kan laki.

"Tak hantar pon,kenapa wan nak pi hantar ke,tau ke rumah sewa kami?" Zati menyoalku sambil mengerutkan kening. Ahh comel eh hang Zati.

"Haha mana lah tahu,send location tahu la" balas aku konfiden. Ingat,sekali menipu mesti teruskan menipu. Haha.

"Ele orang bagi no tak wassap pon,dah la jom nak pergi punch" balas Zati bersahaja dan terus laju meninggalkan aku.

Aku terus menghabiskan suapan terakhir nasik lemak. Dan tiba tiba aku tersentak. Eh "ele orang bagi no tak wassap pon" . Eh eh..apa Zati cakap tadi. "ele orang bagi no tak wassap pon". Ayat ni lain macam ni.

Terus aku menoleh ke arah Zati yang sudah berlalu pergi. Lain macam buah catur Zati ni. Betul ke ni.hahahahaha. Tapi Ina kenapa tak datang ni. Tadi aku nampak abang Zam dah datang tadi naik kereta. Ahh tak apalah . Aku terus bergerak dari motorku menuju ke dalam kilang. 3 minit lagi untuk punch card.

siapa sangka Where stories live. Discover now