↭ Forty Three

2.5K 232 792
                                    




' Kinda have feeling , kinda heartless . '

_________________







" Hati-hati turun . "

Namun, kaki dia tersilap langkah sewaktu turun daripada boat . Aisha bernasib baik kerana ada sepasang tangan terlilit di pinggang dan pantas membetulkan kedudukan saat memijak betul-betul di tanah .

" Kan aku dah suruh hati-hati . Cuai betul. " Ucap Kizz Calvien mendatar kemudian berjalan ke hadapan, meninggalkan Aisha terpinga-pinga di belakang .

Gadis itu mencebik bibir.

" Asyik marah saja. "

Langkah Kizz Calvien dikejar . Hujung lengan baju dipegang. Menghentikan pergerakan Kizz Calvien .

" Awak nak tinggalkan saya dekat sini ke ? Awak tak takut ke saya kena culik ? Awak tak risau ke ? "

Kizz Calvien menghela nafas kecil . Tanpa sebarang bicara, sehelai kain kecil di sebalik baju ditarik keluar lalu diikat pada tangannya dan tangan Aisha dengan kemas .

Selesai ikatan dikemaskan, Kizz Calvien memajukan langkah . Pergelangan tangan yang terikat terikut sekali langkah lelaki di hadapan .

" Eh awak ! Janganlah laju sangat . "

" Aku tak laju. Kau sahaja yang lambat macam kura-kura . "

" At least, kura-kura bijak. "

" Ya. Tapi kura-kura bukan kau. "

Bibir diketap geram . Asyik-asyik dia terkena balik . Kizz Calvien terlalu savage .

Kalau dia Thor , dah lama dia terbangkan Kizz Calvien dengan tukul besi ke dunia lain .

Hampir setengah jam , tiada satu barang pun di tangan masing- masing . Seorang masih bertenaga, seorang lagi sudah penat berjalan.

" Lama lagi ke kita dekat sini ? " Soal Aisha . Letih berpusing - pusing keliling kawasan dengan Kizz Calvien. Tapi satu habuk benda pun tak mampu menarik minat Kizz Calvien .

" Kenapa ? Kau penat ? " Soalan berbalas soalan . Dia berhenti langkah seraya menoleh ke belakang . Automatik pergerakan Aisha termati sekerat jalan .

" Tak sangat . " Nafi Aisha .

" Then, sambunglah balik jalan. " Tanpa riak, Kizz Calvien mengujar. Dia memusing badan ke depan . Aisha melopong .

Wh-What ?

Tak sweet langsung ! Omel Aisha di dalam hati. Kaki mengikut sahaja pergerakan Kizz Calvien .

Tiba di suatu gerai jualan , Kizz Calvien berhenti . Begitu juga Aisha di belakang . Perlahan-lahan mendekati Kizz Calvien yang sedang memilih air minuman .

Setelah membayarnya , Kizz Calvien menyuakan air minuman kepada Aisha . Tidak menolak , Aisha menerima huluran dengan berhati -hati . Bimbang jika tumpah .

" Terima kasih , awak ! " Aisha tarik balik kata-kata dia sebentar tadi.

Kizz Calvien sekadar menggumam kecil . Dia tidaklah sekejam sangat nak biarkan Aisha keletihan seharian suntuk . Dia masih ada hati perut.

" Awak dahaga tak ? "

" Soalan kbat eh? Perlu ke aku jawab sedangkan kau tahu keadaan aku sekarang . " Sarkastik Kizz Calvien membalas .

Aisha menjuling mata ke atas sambil memberi air minuman kepada Kizz Calvien .

" Nah . "

Terus air minuman di tangan Aisha dicapai dan diteguk rakus sehingga habis .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now