↭ Nineteen

4.2K 358 381
                                    

' You are my savage guy. But in the same time , you're cute to handle. '

_________________




Qaz mencemberutkan muka . Riak wajah yang nakal di sisi yang turut melihat ke arahnya kini membuatkan dia nak sekeh-sekeh sahaja kepala wanita itu .

Confirm mengutuk dia dalam diam .

Selepas Hana ditanya, dia terus angkat kepala dan melihat mata bininya silih berganti tetapi Hana hanya mengangkat bahu.

Tiba-tiba dia rasa pasrah .

Tapi dia sang suami yakin Hana mengandung ! Nalurinya kuat mengatakan walaupun Hana tidak ada muntah-muntah seperti dulu . Dia tak akan sweet dan manja macam ni tanpa sebab .

Qaz dan Hana menoleh ke depan saat mereka semua berdehem sambil mata memandang ke arah lain .

Cepat-cepat kedudukan dibetulkan . Riak serius dikawal sehabis mungkin . Dia menyilang kedua-dua kaki . Lagaknya seperti bos!

" Kau orang nak bincang apa tadi? "

" Pasal anak kita . "

" Anak kita ? "

Shen mengangguk .

Qaz menatap hairan ke arah Shen . Sesekali dia mengebilkan mata . Hilang dah lagak bosnya tu apabila clumsy datang balik .

Mata Qaz mengerling sekilas ke arah Hana kemudian melihat Shen semula .

" Masa bila pulak aku ada anak dengan kau ? "

Semua di ruang tamu melongo dengan balasan Qaz. Qaz ni dah kenapa ? Gila ke ? Nak kata bodoh nanti, marah.

Shen pula tersedak .

Dia terbatuk-batuk kecil . Eirna di sebelah hanya menggeleng kepala sambil mengusap belakang badan Shen .

Shen mengeluh bengang .

" Anak kau dengan kak Hana . Anak aku dengan Eirna .Tolak anak kau yang bongsu tu , Kizz . Ei tak kan aku nak jelaskan 3 kali baru kau faham? "

" Kenapa dengan dia orang? " Soal Qaz bersahaja . Langsung tidak peduli dengan kemarahan Shen . Apa dia kisah ? Nanti surut balik marah tu .

Shen menolak lidah ke isi dalam pipi . Tengah fikir bagaimana nak memulakan ayat . Berdepan dengan Qaz , buat dia gementar sedikit . Memang riak Qaz sangat menyeramkan bagi dia bila serius begini .

" Kau tahu seramai 147 orang kematian remaja perempuan dalam masa sebulan meningkat . Sebab kematian yang dinyatakan; disamun sebelum dibunuh kejam. "

" Then ? "

Luis ketawa sinis .

Mata-mata menumpu kepada dia yang tengah bangkit dari sofa . Shen dipandang sekilas .

" Mustahil itu sebab kematian yang paling ketara . Aku rasa itu bukan sebab yang utama . Sebab utama yang aku pasti , ini semua hubungan cinta . Bermula dengan Subjek B confess , dan mungkin Subjek A terima . So , dia orang couple. Bila Subjek A dah dapat apa yang mereka nak . Mereka akan tunggu tiga minggu atau sebulan . Bila subjek B merayu , Subjek A akan cari orang untuk bunuh mereka . Sesiapa yang berhubungan dengan mereka akan lenyap dari bumi . "

Semua kelihatan terdiam .

Lagi-lagi Qaz. Cuba memahami segala penerangan daripada Luis . Jejaka itu mengubah posisi. Dari duduk , dia turut berdiri .

Melihat ke luar rumah dan membelakangi mereka . Tangan menyilang ke belakang . Mulutnya mulai bergerak setelah berdiam sejenak .

" Kau nak cakap kematian semua remaja perempuan ada kena mengena dengan anak-anak kita ? " Dan badan dipusing menghadap mereka semua .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now