↭ Fifty Three

487 51 41
                                    





Apa pun yang menjadi Takdirmu, akan menemukan jalannya untuk menemukanmu .
- Ali Bin Abi Thalib

______________________


Cuaca kelihatan mendung , angin bertiup perlahan dengan awan gelap yang menutupi matahari. Dia menggosok lengan berkali-kali bila terasa sejuknya sampai mencengkam ke tulang.

Mata dia menatap pemandangan luar.

Tiga bulan . Sedar tidak sedar , genap sudah tiga bulan sudah dia menetap di penthouse milik Sean Darren tanpa pengetahuan sesiapa . Sean Darren. Satu nama yang tiba-tiba terpacul dari bibirnya .

Bukan kerana terpikat tapi dia teringat kembali waktu mula-mula dia bangun daripada lena , lelaki itu yang menjadi tatapan utama dia. Hatta , duduk berdepan dengannya di sofa panjang dan merenungnya tajam seperti melakukan kesalahan yang besar.

" Kau tahu kenapa kau berada di sini ? "

Aisha menggeleng kepala. Sean Darren menggulingkan mata sebelum menceritakan apa yang berlaku sebenarnya dari A sehingga Z. Dari penerangan Sean Darren , Aisha dapat agak siapa pelakunya. Cuma dia tidak sangka dia terlibat dalam dendam seseorang yang tiada kena mengena dalam hidupnya .

" Kau bernasib baik , kalau aku tak perasan rantai di leher kau tu , berkemungkinan besar kau dah jadi perempuan aku . Tapi jangan risau, aku tak akan usik hak dia. " Sean Darren smirk di hujung ayat. Hak Vien , penjenayah paling berbahaya. Memang taklah dia nak kacau.

Aisha Kim seram dengan pandangan Sean Darren. Boleh percaya ke lelaki di hadapannya ini ?

" First of all, aku nak bagitahu aku tak boleh nak lepaskan kau sekarang sebab aku yakin kalau aku biarkan kau pergi , kau belum tentu akan selamat . Buat sementara waktu , kau tinggal di sini dahulu. "

Daripada penglihatan Aisha Kim, Sean Darren dapat rasakan Aisha Kim tidak selesa ataupun takut dengan dia.

Hujung bibir Sean Darren menyenget.

"Jangan risau, kau bukan tinggal dengan aku. Aku ada rumah lain lagi. Kau boleh anggap aku sebagai penyelamat dan pelindung kau. Dalam rumah ini , ada beberapa peraturan kau kena patuhi. Aku tak dapat nak jelaskannya satu-persatu tapi Arzhel akan sampaikan kepada kau sekejap lagi ."

Dia mula bangkit dari sofa seraya membetulkan kot di badan . Dia ingin kejar masa. Banyak lagi benda harus diselesaikan segera. Sebelum melangkah keluar , sempat Aisha Kim yang berdiri tegak itu ditatap tajam.

" Kalau aku dapat tahu kau langgar salah satu peraturan aku , siap sedialah. Aku tak berani jamin denda apa aku bagi dekat kau nanti. Silap hari bulan, kau tak jadi milik Vien. Mark my words , Aisya Kim . "

Bayangan jejaka garang itu hilang dari pelosok fikiran. Menakutkan betul!

Dia membuang pandang ke luar jendela . Bosan sebenarnya tinggal di sini lagi-lagi berseorangan. Puas sudah dia jelajah setiap ruang dalam mansion ini. Minggu first sahaja dia teruja , masuk minggu kedua dan seterusnya , jemu dibuatnya.

Pembantu rumah pun seperti tiada fungsi. Hanya datang sehingga tengah hari sahaja. Bila waktu malam suasana berubah sepi.

Dia melepaskan keluhan berat.

Bosannya ! Kalau dia nak kerja , agak-agak Sean Darren bagi ke ? Tak kisahlah kerja apa , janji dia dapat hilangkan bosan. At least , dia dapat duit.

Tak cuba tak tahu.

♛•♛•♛

Halaman di sebelah kanan dibaca.

" Jika hati membuatmu terluka, masih ada Al-Quran yang dapat menyembuhkan lukamu. Jika kamu tidak mahu bersujud, maka semua impianmu tidak akan terwujud because Without Allah, You nothing ." Terhenti . Halaman seterusnya tidak jadi diselak.

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now