↭ Thirty Three

2.9K 312 768
                                    


' Confident is silent , Insecurities are loud. '
_______________


Dari luar dewan sekolah , dapat Aisha dengar suara riuh rendah para pelajar yang keseluruhannya tidak gentar biarpun setelah ditahan dengan Cikgu Nazri , guru disiplin kerana pergaduhan besar-besaran sebentar tadi.

Disebabkan terlalu ramai pelajar, Cikgu Nazri lakukannya di dalam dewan. Kenapa tidak dalam bilik disiplin ? Jikalau dilakukan di dalam bilik disiplin , rasanya tiada ruang terus untuk guru-guru nak lalu .

" Ini amaran terakhir ! If perkara seperti ini berlaku lagi , saya tak akan teragak-agak untuk keluarkan anda dari sekolah ini ! Faham ? "

" Faham... "

" Good ! And Ice Royale , meet me in my office at 3 o'clock sharp . Okay! Itu sahaja . You all can dismiss now . " Usai habis Cikgu Nazri bersuara, mereka semua keluar dari dewan dengan pelbagai riak muka yang sukar ditafsirkan.

Ice Royale sah-sahlah kena marah dengan Cikgu Nazri sebab menyertai sekali dalam pergaduhan besar - besaran . Silap haribulan dilucutkan jawatan .

Jari-jemari , Aisha ketuk di atas papan pondok rehat yang dia duduki sementara menanti kehadiran Kizz Calvien . Di tepinya, terletak first-aid kit yang sememangnya dibawa ke mana-mana di dalam beg .

Sebentar tadi , sempat Aisha halang seorang lelaki form 3 mungkin yang melintasi di depannya untuk sampaikan pesanan kepada Kizz Calvien . Setia benar lelaki itu berdiri di tepi pintu masuk . Serupa penyambut tetamu .

Kizz Calvien entah datang , entah tidak .

Apa ?

Ingat dia tidak sedar akan figura lelaki itu di hujung dewan . Dia berlalu pergi itu hanyalah gimic .

Kizz Calvien boleh berlakon .

Takkan dia tidak boleh , kan ?

Sudut hujung bibir ternaik , sinis .

" Ehem . "

Mati senyuman Aisha apabila orang yang dinanti-nantikan berdiri di hadapan , memeluk tubuhnya sendiri dengan riak muka yang sering ditayang . Beku .

Pandangan mata jatuh pula pada rambut lelaki itu yang kelihatan serabai . Kemudian , anak mata dilarikan di baju Kizz Calvien yang tidak berbutang memperlihat baju t-shirt hitam di dalam .

Serta-merta Haru , watak dalam Extraordinary muncul di dalam ingatan .

A bad boy .

Muka calar balar , penuh dengan luka-luka .Kizz Calvien tetap kacak sepanjang hari .

" Cari aku ? "

Aisha angguk kepala .

" Duduk sini sekejap . Err... Berhadapan ." Tempat duduk di sisi ditepuk , meminta Kizz Calvien untuk duduk dahulu .

Kening Kizz Calvien terjongket sebelah , hairan dengan tingkah laku Aisha yang mesti ada udang di sebalik mee .

Tanpa banyak soal , Kizz Calvien melabuhkan punggung di sisi Aisha , badannya menghadap betul-betul kepada Aisha .

Iris mata Kizz Calvien tunak memerhati gelagat Aisha . Tuala kecil , Aisha capai lalu memerahnya dengan kuat sebelum mendekati Kizz Calvien tetapi lelaki itu menjarakkan jurang antara mereka berdua .

" Kenapa ni ? "

Nafas dalam dihela Aisha .

" Cubalah duduk diam-diam . Jangan bergerak sangat . Macam mana saya nak cuci luka awak kalau awak bergerak sana sini . " Lengan baju Kizz Calvien ditarik dekat , berlapik. Mujur Kizz Calvien memakai baju lengan panjang . Senang sedikit nak buat kerja .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now