↭ Forty Seven

1.9K 204 970
                                    


' Stuck in your ocean, drowning but healing. '

---------




Beberapa keping gambar dilempar Yeff Arziq ke atas meja . Laptop yang telah dimasukkan pendrive , dipusing ke arah bertentangan .

Ikutkan hati, dia mahu berbincang dengan Irfan sahaja namun Alang-alang semua dah ada , lebih baik dia bagitahu sekarang .

Takkan nak berahsia dengan mereka, kan ?

Yeff Arziq kembali duduk . Pandangan lebih tertumpu kepada Irfan di depan .

" Irfan , take a look . "

Nada Yeff Arziq serius semacam . Irfan lekas meraih gambar-gambar di atas meja dan ditenung lama . Sesekali keningnya berkerut .

Dia lihat pula laptop di hadapan . Pandangan pelik daripada Rayshen Darl dan Rayqal Shen terpamer tetapi tidak pula bersuara .

Hanya Hafine buat tidak tahu , ralit benar menulis sesuatu di atas buku jurnal . Gambar-gambar yang dilihat Irfan , diletakkan semula di atas meja .

Berbanding pula dengan Rayqal Shen, laju sahaja tangannya mengambil gambar , ingin mengetahui maklumat yang diperolehi Yeff Arziq . Rayshen Darl turut tumpang sekaki .

Teliti sahaja gambar , mereka berdua mencebik bibir lalu mencampaknya di atas meja .

" Kenapalah gambar perempuan ini juga kau ambil . Menyampahlah aku tengok . Hari-hari cerita pasal dia . Berita sekolah pun dia kebas . Attention seeker sungguh ." Keluh Rayqal Shen .

Rayshen Darl menggeleng . Bahu Irfan ditepuk .

" Aku just nak pesan . Kalau kau nak hidup lama , jauhkan diri kau dari dia . Dia bahaya . "

" Aku dah pesan dekat Irfan kau ini banyak kali supaya dia tak terlupa tapi tiap-tiap hari dia date dengan perempuan tu . Degil nak mampus . " Pedas Rayqal Shen bidas , mata menjeling tajam kepada Irfan .

Irfan mengangkat kepala .

" Motif dia ? " Mempamerkan pandangan yang sukar ditafsir . Tidak diambil hati pun dengan teguran pedas daripada Rayqal Shen .

Yeff Arziq ke depankan badan , tangan kedua-duanya dicantum . Soalan yang sangat bagus diutarakan oleh Irfan . Rayqal Shen dan Rayshen Darl terasa seperti diri mereka tidak wujud .

Dengar sahajalah .

" How to kill someone ? Fill them with love and then leave . That's my answer . "

" True. Aku setuju dengan Yeff . " Suara Hafine baru keluar. Irfan menoleh ke arah Hafine . Setelah pen dan kertas ditempatkan di atas meja , Hafine membalas pandangan Irfan.

" Dia just nak mainkan hati orang . Dia rapat dengan kau bukan dia ikhlas . Dia nak buat kau macam mana dia buat pada mangsa-mangsa dia sebelum ni . One day , bila dia dah puas , dia akan tinggalkan kau dan buat kau menagih kasih . Padahal waktu tu dia langsung tak pandang kau lagi . " Jelas Hafine bersahaja .

Yang mendengar , mengangguk kepala . Mengiyakan bait-bait bicara Hafine.

" Tapi baguslah kau ini Irfan , kikis duit minah tu untuk membeli makanan . Dia nak kikis duit kau , tapi duit sendiri pun dah makin pokai . " Celah Yeff Arziq suka .

" Apa maksud kau ? Irfan kikis duit Zahira? Whoa ! Hahaha . I can't believe it . " Rayshen Darl pula menyampuk , teruja sampai menepuk tangan . Nadanya seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar sekarang .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now