↭Three

8.6K 497 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





' Powerful people come from powerful places. '

_____________________

Dua hari kemudian setelah pemergian ibu angkatnya , Kizz Calvien berjalan melalui deretan kedai dan masuk ke dalam lorong gelap . Tempat di mana ramai pengemis dan orang gila mencari makan .

Semasa berjalan , seorang lelaki tua yang gila , berjambang penuh dan bercompang-camping datang menyergah ke arah Kizz Calvien secara tiba-tiba membuatkan dia terkejut .

Automatik terundur langkah ke belakang melihat lelaki gila itu menyuakan tangan kepadanya.

" Bagi aku duit ! Aku nak duit ! Duit ! "

" Saya tak ada.. "

" Kau tak ada duit ? " lelaki itu menyengetkan kepala seraya menyelak baju dan mengeluarkan cawan besi bersaiz kecil . Isi yang berterabur diletakkan di tapak tangan .

Ianya kepingan duit syiling .

Dengan riak polos , ditunjukkan isi itu kepada Kizz Calvien .

" Ini , ambillah duit ini.. "

Kizz Calvien hanya merenung sebelum matanya jatuh ke arah lelaki itu . Rahangnya diketap kejap .

" Hey ! Ini masih tak cukup untuk saya . Saya nak banyak lagi . "

Mendengar jawapan Kizz Calvien , perlahan-lahan dia mendekati Kizz Calvien . " Tak cukup ? "

Tersengih sinis melihat Kizz Calvien kelihatan menggigil ketakutan . Itu yang dia suka .

Ketakutan .

" Untuk mendapat sedikit , kau kena merayu . Dan untuk dapat lebih banyak , kau kena pukul ! "

Seorang lelaki tua melintasi lelaki gila itu dan Kizz Calvien . Sangat berdekatan . Tidak semena-mena lelaki itu ditarik ke arahnya . Tangan menghinggap ke bahu lelaki tua itu. Sedikit kasar .

Menyebabkan lelaki tua itu terketar-ketar mengeluarkan apa-apa sahaja benda di dalam poket baju .

Dan kemudian ,setelah dapat apa yang dia mahu baru lelaki tua itu dilepaskan .

Beberapa keping not duit ringgit terjatuh di atas jalan tidak diambil heran . Lelaki tua itu terus mengangkat kaki meninggalkan lorong itu .

Mata Kizz Calvien tidak lari daripada merenung nilai mata wang itu .

" Kuasa . "

Kepala Kizz Calvien mendongak semula ke atas saat terdengar bisikan lelaki gila itu .

" Hanya jika kau ada kuasa , barulah kau ada duit . "

" Kuasa ? Mana saya nak cari kuasa tu ? Bagitahu sekarang ." Soal Kizz Calvien terburu-buru .

Namun tiada balasan . Lelaki gila itu hanya ketawa terbahak-bahak . Kizz Calvien menggengam buku lima sebelum beredar .

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now